Bab 9

7 0 0
                                    

"Sebulan lagi kita nak exam untuk final year kan? Apa rancangan korang lepas habis diploma nanti?"tanya Rykarl sambil menyuap aiskrim mcflurry oreo ke dalam mulutnya.

Ini semua idea last minit Rykarl untuk keluar makan aiskrim. Kalut mereka semua apabila Rykarl menelefon dan menyuruh mereka datang untuk membincangkan hal penting dengan nada suara yang sedih.

Alhamdulilah, masih hidup membe selepas dibelasah oleh Dhia.

"Hm, aku nak terus kerja la sebab nak cari duit untuk pembiayaan ibu nanti" kata Aulia sambil tersenyum pahit mengenangkan kesihatan ibunya yang semakin teruk.

Ayah Aulia menghidap penyakit kanser paru-paru dan telah meninggal dunia sewaktu dia berumur 16 tahun.

"Lagi berapa bulan pembedahan tu?" tanya Harraz.

" Erm, 2 bulan lagi"jawab Aulia.

" Alhamdulilah, mujur tak kena waktu exam kan. Kau jangan sedih-sedih tau. Ingat, kau ada Allah, kau ada kami yang boleh bantu kau."kata Dhia sambil menggosok belakang badan Aulia.

Aulia tersenyum manis kepada kawan-kawannya bagi menutup kesedihan itu.

Dhia tiba-tiba teringat tentang apa yang disampaikan oleh ibunya.

Flashback..

Hanya berbunyikan sudu dan garfu sahaja, tiada siapa yang memulakan percakapan mahupun Dhia atau mamanya, Damia.

"Aku nak kau pergi duduk dengan paklong kau lepas kau diploma nanti"
Kata Damia dengan mendatar.

Terhenti tangan Dhia yang mahu menyuap makanan ke dalam mulut.

"Kenapa ma? Kenapa Dhia tak boleh duduk sini?" tanya Dhia sambil memandang wajah beku mamanya.

"Eh, kau ingat aku nak sangat ka jaga kau. Kalau bukan disebabkan Hayra yang suruh untuk stay jaga kau, tak kuasa aku nak hadap muka pembunuh macam kau ni!" herdik Damia.

Zapp!

It's hurt you know when the only family you have say that to you.

Terdiam Dhia mendengar herdikan mamanya. Sampai begitu sekali mamanya benci terhadapnya. Dhia menarik nafas dalam-dalam untuk menahan matanya dari mengeluarkan sebarang titisan air mata.

"Kalau itu yang mama nak, Dhia akan turutkan. Dhia minta maaf kalau Dhia dah kecewakan mama"

"Hm, baguslah kau dah sedar. So cepat- cepatlah kau berambus dari sini." Kata Damia sambil bangun dari kerusi dan berjalan naik ke atas.

Tertunduk Dhia sambil menggenggam tangannya bagi mengumpulkan kekuatan untuk dirinya. Tanpa sedar, setitis demi setitis air mata keluar dari tubir matanya.

Kenapa?

Kenapa dirinya perlu hadap semua ini? Kenapa mamanya masih tidak dapat menerima kembali dirinya?

Persoalan yang bermain di fikirannya menyebabkan dadanya sesak. Dhia mencengkam dadanya sambil bahunya sedikit terhinjut-hinjut mengeluarkan air mata.

"Hey, Dhia!"

Tersedar Dhia dari lamunannya. Berkedip-kedip matanya melihat tiga pasang mata melihat ke arahnya.

"Kau asal dho? Kenapa kau nangis?" tanya Aulia sambil memegang kedua-dua belah bahu Dhia.

Berkerut dahi Dhia "Ha? Mana ada aku nangis?"

"Ni apa? Air hujan?" sindir Aulia sambil mengelap air yang berada di pipi Dhia dengan tangannya.

Terkedu Dhia. 'Bila masa pula air mata ni turun, hish nak jawab apa ni'
Getus hati Dhia. Belum sampai masanya lagi untuk memberitahu hal ini kepada gengnya terutama Harraz.

"Err, tetiba aku teringat kat arwah kucing aku, Oreo." Kata Dhia sambil menggosok belakang lehernya dan tersenyum janggal.

"Ye ke ni?" Serentak Rykarl dan Aulia berkata sambil mengecilkan mata mereka memandang Dhia bagai tidak percaya dengan alasan yang Dhia bagi.

"Hish, betullah. Tak nak percaya sudah."

"Sudah sudah, dah lewat ni. Korang berdua tu perempuan, tak elok keluar lewat malam. Jom aku dengan Rykarl follow dari belakang." Kata Harraz bagi menamatkan pergaduhan itu.

" Haah lah, jom Dhia." Aulia menarik tangan Dhia untuk bangun dan berjalan keluar.

Harraz dan Rykarl turut keluar dan pergi ke kereta masing-masing. Dalam perjalanan, pikiran Harraz terngiang-ngiang wajah Dhia. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Dhia.

_______________________________________

"Harraz, nanti boleh kamu gantikan daddy sebagai ceo dekat company De La Rose tu?"tanya Fayyad kepada Harraz. Dia tidak mahu memaksa anaknya untuk menggantikan jawatannya itu.

Harraz memandang Fayyad dan senyum.

"Boleh ja daddy, lagipun kalau bukan Harraz siapa lagi nak buat kan?" jawab Harraz.

Tersenyum Fayyad dan Hayra mendengar jawapan daripada Harraz. Mereka bangga kerana mempunyai anak seperti Harraz dan Haura yang sangat menghormati mereka.

"Ha, nanti esok abang jemput Kak Dee dan Kak Aulia tau datang ke majlis hari lahir Haura." kata Haura.

"Eh, bukan hari lahir kau dah lepas ke?"tanya Harraz dengan muka tidak bersalah.

Muncung mulut Haura mendengar jawapan abangnya itu. Nampak sangat dia tidak ingat tarikh hari lahirnya.

"Mummyyy, tengok abang tu" rengek Haura.

"Harraz, apa cakap macam tu kat adik"kata Hayra kepada anak lelakinya itu. Tau sangat Harraz suka mengusik adiknya.

"Gurau je la, erm tengoklah dulu" jawab Harraz dengan nada selamba sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

Pap!

"Aduh, sakitlah pandai!"kata Harraz sambil menggosok bahunya yang menjadi tempat tamparan adiknya itu.

"Ha, kan dah kena. Padan muka kau"balas Haura dengan jelingan tajam kepada abangnya.

"Haih, sudah-sudah. Makan dulu, lepas makan sambung balik "kata Hayra sambil tergelak kecil melihat telatah anak-anaknya.

"Baik mummy!" jawab mereka dengan serentak.








You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

1| DHIA ALEXANDRAWhere stories live. Discover now