10

4.7K 183 7
                                    

"Takpe, kak kira sekali dengan buku saya." Tiba-tiba datang seseorang dari belakang Adam sambil meletakkan bukunya di sebelah buku Adam.

Tergamam Adam melihat lelaki yang memakai baju kemeja ungu itu.

'Eh, Zul Ilham.' Getus hati Adam.

Wajah Zul Ilham pula beku seperti selalu seraya mengulurkan duit besar kepada kakak tadi. Sesekali dia menjeling sekilas ke arah Adam yang berdiri tepat di sisinya.

Jadi betullah lelaki memakai baju kemeja ungu di tingkat atas tadi adalah orang yang dia kenali tapi tak sangka pula orang itu adalah Zul Ilham.

Selesai sahaja buku-buku itu dimasukkan ke dalam beg plastik lalu kakak itu menyerahkan beg plastik kepada Zul Ilham dan kini sudah bertukar tangan.

Zul Ilham merenung seketika ke arah muka Adam yang tengah terkedu melihat dia datang secara tiba-tiba. Mereka berdua bergerak beberapa langkah meninggalkan kuanter tersebut.

"Lain kali dah tahu takde duit, jangan gatal nak datang. Tak pasal-pasal je kau ni." Perli Zul Ilham dengan muka beku langsung tiada segaris senyuman di bibirnya.

Adam tersenyum kelat seraya matanya redup memandang ke lantai.

"Dah kau jangan nak sedih sangat." Balas Zul Ilham dingin lagi.

Adam terdiam lagi.

"Nah." Kata Zul Ilham seraya menyerahkan buku nota ringkas sejarah itu kepada Adam.

"Thanks." Ucap Adam perlahan kerana malu. Dia malu kerana terlalu banyak menyusahkan pengawas tersebut. Perlahan-lahan buku itu sudah bertukar tangan.

Mereka berdua melangkah keluar dari kedai tersebut kerana tak ada gunanya lagi duduk di dalm kedai buku itu lama-lama.

"Kau nak pergi mana lepas ni?" Tanya Zul Ilham sambil menolak pintu kaca.

Adam yang berada di belakang Zul Ilham tiba-tiba tersentak.

"Err.. nak baliklah. Nak buat apa lagi?" Balas Adam sambil mencebikkan bibirnya.

"Hm, balik terus?" Tanya Zul Ilham dengan kening berkerut.

"Iyalah." Balas Adam sepatah.

"Teman aku makan?" Perlahan sahaja suara Zul Ilham menanyakan soalan itu seakan-akan dia malu-malu namun masih dapat disembunyikan olehnya. Bola matanya pula memusing ke arah lain.

"Hah? Makan?"

Zul Ilham tidak memberikan respon hanya kaki mereka berdua sahaja melangkah tanpa arah.

Adam berfikir sejenak.

"Takpelah." Balas Adam ringkas setelah di fikir masak-masak.

"Aku belanja." Zul Ilham masih berkeras.

Zul Ilham tahu, Adam tengah tak ada duit. Kalau buku pun dia tak boleh nak bayar apakan lagi makan.

"Tak naklah. Malu.." Balas Adam pantas. Segan apabila ada orang nak belanja dia makan pula. Dia rasakan seolah-olah pengemis pula di mata Zul Ilham.

Kaki Zul Ilham terhenti dari melangkah, begitu juga Adam.

"Kau jangan nak mengada. Kau terhutang budi dengan aku tahu tak? Buku tu siapa yang bayar?" Tiba-tiba Zul Ilham mengungkit.

"Pulak?" Adam sudah tergamam sampai terbuka luas mulutnya kerana terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Zul Ilham.

"Ah, aku tak kira, kau kena ikut juga sebab sekarang kau dah jadi hamba aku untuk harini." Ucap Zul Ilham sambil menarik tangan Adam secara paksa.

BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now