28

3.8K 152 27
                                    

Usai sahaja karaoke, mereka bertiga terus pulang ke rumah. Anas sampai-sampai sahaja rumah terus masuk ke dalam bilik untuk beristirehat seketika sebelum bermain bola petang ini.

Adam dan Zul Ilham juga masuk ke dalam bilik untuk berehat seketika di atas katil.

Sekejap sahaja masa berlalu...

"Petang ni ikut aku eh?" Kata Zul Ilham perlahan sambil terbaring di atas katil dengan mata terpejam.

"Ikut? Tak naklah." Adam membantah.

"Ikut."

"Malu..."

"Nak malu apa?"

"Malulah..."

"Aku kan ada, aku jaga kau."

Adam diam seketika. Berfikir.

"Hmm, yelah."

Adam iyakan sahaja. Adam bukan apa, dia ini jenis introvert kalau tiap hari jumpa orang dia jadi tidak selesa dia perlukan masa untuk dirinya menyendiri.

Zul Ilham pula ingin Adam biasakan diri bergaul dengan orang ramai supaya mindanya terbuka sedikit tidaklah terperuk macam orang tidak tahu apa pasal dunia.

Adam mengerling ke arah jam di dinding. Sudah pukul 3.15 petang. Tadi di dalam perut kereta Anas ada cakap nak gerak lepas Asar dalam pukul lima petang. Jadi adalah masa untuknya berehat seketika. Dia mula baring di sebelah Zul Ilham untuk tidur-tidur ayam.

Tiba-tiba Zul Ilham memicit hidung Adam secara mengejut. Adam cuba untuk menepis kerana tidak boleh bernafas...

"Aip... Jangan tidur... Nanti kau tak bangun." Ucap Zul Ilham dengan mata yang masih tertutup.

"Ish, apa ni picit hidung orang. Tak tidurlah. Baring je. Habis merah hidung." Adam mengomel sambil mencebikkan bibir.

"Tak payah, bangun. Kau cari baju, seluar pendek dan seluar tight aku warna putih tu dalam almari. Sediakan untuk aku." Arah Zul Ilham kepada Adam.

"Aik." Adam kehairanan.

"Apa aik-aik? Cepat." Arah Zul Ilham lagi. Saja ingin membuli Adam.

"Buli saya ek? Sampai hati." Soal Adam dengan dahi berkerut ke arah Zul Ilham sambil menunjal-nunjal bontot Zul Ilham yang pejal itu dengan jari telunjuk.

"Mana ada buli, itu upah sebab belanja Mykori tadi. Ingat percuma?" Balas Zul Ilham dengan mata terpejam. Mukanya ditekup ke bantai ingin menahan ketawa.

"Ooo, ungkit."

Zul Ilham mengangkat sedikit kepala sambil menjeling sipi ke arah Adam lalu berkata.

"Okay takpe... Malam ni kau tidur dalam kotak macam anak kucing. Jangan tidur dalam bilik. No more peluk-peluk!"

"Hmm yelah..." Adam turutkan sahaja kehendak lelaki dingin dan ego tinggi itu. Bingkas dia bangkit dan terus menuju ke arah almari.

"Haaa tahu takut..." Sambung Zul Ilham lagi sambil curi-curi jeling ke arah Adam yang muka masam mencuka itu.

"Mana baju awak ni... Tak jumpa pun." Kata Adam sambil tangannya pantas mencari.

"Ada tu haa cari betul-betul."

"Okay, dah jumpa baju dengan seluar tight putih awak. Seluar pendek je tak jumpa." Ujar Adam setelah dua minit mencari.

"Seluar pendek dekat laci bawah sekali." Balas Zul Ilham.

"Oh dah jumpa." Ujar Adam sambil curi-curi bau. Wangi.

BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now