32

3.4K 131 4
                                    

"Woi bangun! Babi pun tak malas macam kau lah sial! Ingat ini rumah mak bapak kau ke anak haram? Duduk rumah aku buat cara aku!" Tengking Maksu Siti sambil menyimbah air ke wajah Adam yang sedang nyenyak tidur.

"Uhuk-uhuk!" Tersedak-sedak Adam di buatnya setelah di simbah air tepat ke muka. Terus terduduk di atas katil sambil mengelap wajahnya yang basah.

"Haaa, reti pun bangun. Kalau kau mampus terus pun senang kerja aku. Dasar anak sial!" Tambah Maksu Siti lagi.

"Maksu, baru pukul enam pagi." Ucap Adam sambil terbatuk-batuk.

"Suka hati aku lah nak gerak kau pukul berapa pun enam ke, lima ke, tujuh ke... dah ini rumah aku. Kau kena dengar cakap aku! Kau tu hamba je dekat rumah ni binatang!" Tengking Maksu Siti sambil mengetuk kepala Adam dengan gayung di tangannya sebanyak tiga kali.

"Aduh duh maksu sakit kepala Adam. Aduh..." Adam mengaduh sakit.

"Peduli apa aku!? Ini yang patut kau terima sebab kau cuba larikan diri dari aku! Anak bodoh! Babi! Sial!" Jerkah Maksu Siti lagi dengan hati masih membara. Telinga Adam ditarik olehnya sekuat hati lalu dia mulakan lagi caci makinya tepat pada telinga Adam.

"Sekarang aku nak kau bangun. Kau pergi basuh baju-baju aku. Kau pergi buat kerja rumah bersihkan apa yang patut. Yang aku tahu aku balik malam nanti semua kemas elok! Dah kemas apa semua kau jangan pandai-pandai masak! Tunggu sampai aku balik baru kau boleh makan! Faham?!"

"Fa... faham maksu."

Barulah Maksu Siti melepaskan telinga Adam setelah budak itu menjawab soalannya.

"Bagus. Laman rumah aku kau cuci sampai bersih, daun kering depan rumah nak kau buang dekat dalam tong sampah. Kalau balik aku tengok semua tak kemas macam apa yang aku nak. Siap kau. Aku terajang kepala kau sampai mati! Faham?!"

Adam mengangguk perlahan.

"Wey kau faham ke tak faham ni babi?!" Tanya Maksu Siti sekali lagi sambil menendang perut Adam sekuat hati sehingga jatuh dari katil.

Adam mengelupur di atas lantai menahan rasa sakit.

"Fa... Faham Maksu." Balas Adam sambil memegang perutnya yang terasa kejang.

"Bagus, dah cepat mandi. Kau buat apa yang patut. Pukul tujuh pagi nanti aku nak keluar, pergi kedai aku. Hah! dasar binatang." Tengking Maksu Siti dengan wajah riak sekali. Gayung yang berada di tangannya dibaling kuat sehinggakan terkena kepala Adam lalu dia berlangsung pergi keluar dari bilik stor itu dengan perasaan bangga diri.

Adam sudah memeluk lutut di tepi bucu dinding sambil menangis teresak-esak. Dia memegang seluruh tubuhnya. Terasa hina. Terasa kotor. Terasa amat jijik!

"Maksu... Sampai hati buat Adam macam ni. Sampai hati hina Adam maksu. Bukan salah Adam semua yang terjadi dekat maksu angkara Adam. Adam tak tahu apa." Adam bermonolog sendirian. Dia lelah untuk hadapi dugaan seperti ini. Dia ingin bebas. Bebas dari beban yang harus di tanggung.

Perlahan-lahan, dia mengesotkan tubuhnya untuk mengambil kain tuala supaya dia dapat membersihkan diri. Walaubagaimanapun, dia harus kuat hadapi dugaan seperti ini. Dia harus kuat demi dirinya sendiri.

****

Jam sudah tepat pukul dua petang. Terasa hangat bahang menikam wajah, Adam mula rasa macam nak pengsan ketika menyidai baju di ampaian.

Usai sahaja dia menyidai baju-baju yang di basuh olehnya tadi. Dia terus menuju ke pintu hadapan untuk masuk ke dalam rumah sekadar menghilangkan rasa sakit kepala. Ada sedikit kesan lebam pada dahi belah kanannya kerasa kesan pukul. Mungkin lebam itu yang membuatkan keadaan sakit kepalanya jadi teruk.

"Adam!"

Satu suara menyeru namanya dari luar rumah. Terus Adam mengalihkan pandangan memandang ke arah luar pagar. Terus tersenyum lebar Adam dibuatnya.

"Zul Ilham!" Sorak Adam gembira seraya berlari-lari untuk mendapatkan tubuh yang dia agungkan itu. 

Pintu pagar di buka lalu terus dia menerpa ke arah Zul Ilham dan memeluk tubuh tinggi lampai itu dengan sepenuh perasaan. Zul Ilham membalas pelukkan tersebut. Terasa rindu.

"Awak, saya rindu sangat-sangat." Ujar Adam sambil tersenyum senang.

'Aku pun rindu kau juga.' Kata Zul Ilham hanya mampu dalam hati.

Belakang rambut Adam diusap-usap oleh Zul Ilham dengan belaian manja. Matanya di pejam menikmati sahaja detik itu seketika.

"Awak nak pergi mana?" Soal Adam setelah melihat Zul Ilham berpakaian lengkap sukan rugbi.

Pelukan mereka terlerai.

"Aku ada latihan rugbi. Nah, nasi kau ambil, kau makan." Balas Zul Ilham seraya menyerahkan bungkusan nasi ayan berserta air sirap limau ais kepada Adam.

Adam tergamam.

"Eh, apa ni? Tak payah susah-susah." Tolak Adam malu-malu.

"Susah apanya. Aku dah beli, ambil ni makan cepat." Paksa Zul Ilham setelah makanannya di tolak.

"Ermm..." Sebenarnya Adam mahu kerana dia lapar. Dari semalam dia tidak makan tetapi dia malu kerana Zul Ilham terlalu banyak membantu. Dia terasa dirinya seperti beban.

"Hish, ambillah. Tak kesian ke aku beli dekat kau penat-penat kau tak ambil?" Wajah Zul Ilham makin serius di bawah terik matahari.

Adam masih membatu.

"Okay, macam tu. Kalau kau tak ambil jangan tegur aku dah sampai bila-bila." Ugut Zul Ilham dengan riak wajah beku.

Terus nasi ayam dan sirap limau ais itu bertukar tangan. Adam sambung memeluk Zul Ilham sebelah tangan.

"Sorry-sorry... Bukan macam tu. Saya malu, saya selalu susahkan awak." Ujar Adam perlahan dengan wajah sayu.

"Tak ada apalah. Kau dah jadi tanggungjawab aku. Apa yang terjadi dekat kau, aku kena tolong." Balas Zul Ilham.

"Tapi kenapa awak baik sangat dengan saya?" Soal Adam tertunduk ke bawah.

'Sebab aku dah sayangkan kau.' Balas Zul Ilham dalam hati.

"Hmm, Zul Ilham kenapa termenung ni?" Soal Adam setelah melihat jejaka di hadapannya ini terdiam lama.

"Err, tak ada apa. Kau makanlah ya.... Eh, dahi kau tu kenapa?" Soal Zul Ilham setelah melihat kesan lebam. Dia cuba untuk mengusap luka lebam tersebut.

"Errr, terhantuk pintu semalam. Rumah gelapkan, tak perasan pintu jadi terhantuk." Tipu Adam.

"Kau tipu aku eh? Cuba jujur siapa yang pukul kau?" Tanya Zul Ilham lagi masih tidak berpuas hati. Bibirnya diketap rapat menahan rasa geram.

"Eish, betul... Mana ada tipu. Dah-dah. Tak ada apa pun." Adam cuba untuk menenangkan keadaan.

"Kau ingat, kalau kau sakit... Aku pun sakit." Pesan Zul Ilham ringkas dengan suara garau mendalam.

"Yaa, baik bos. Lepas ni saya lebih berhati-hati." Gurau Adam sambil tersenyum indah.

Senyuman itu membuat Zul Ilham hatinya sedikit cair. Suka lihat senyuman manis itu.

"Hmm, nanti aku datang lagi ya kau jaga diri." Pesan Zul Ilham seraya menyarungkan helmet di kepala.

"Baik handsome boy." Gurau Adam lagi. Memang handsome Zul Ilham mengenakan helmet itu. Terlihat seperti bad boy.

"Hmm, mengada eh kau. Dah nanti makan. Assalamualaikum." Ucap Zul Ilham sebelum berlalu pergi.

"Waalaikumussalam. Hati-hati awak." Pesan Adam sambil melambaikan tangan.

Zul Ilham terus memecut pergi meninggalkan kawasan rumah itu dalam sekelip mata. Adam melihat nasi dan air di tangannya. Nampak sangat menyelerakan! Dia harus makan cepat-cepat dan buang sebelum Maksu Siti balik kalau tidak... habislah dia kena pukul macam kucing kurap. Tanpa membuang masa lagi, terus dia masuk ke dalam rumah untuk menjamah makanan yang di berikan oleh Zul Ilham.

BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now