21

4.6K 186 16
                                    

"Serius maksu kau buat kau macam ni?" Soal Ilham dengan wajah serius namun rasa terkejutnya itu di simpan dalam dasar hati. Terkelu lidahnya seperti di bius ubat kebas. Tidak terlintas perkara seperti ini akan berlaku di dunia nyata. Pening dibuatnya ingin memproses jalan cerita berat Adam ini satu persatu.

Adam hanya mampu pengiyakan sahaja dengan wajah merah kerana baru sahaja dapat meredakan tangisannya itu. Masih terkejut dengan apa yang berlaku. Sesekali matanya berkaca-kaca dengan air mata itu dilap dengan tangan.

"Jahatnya maksu kau! Apa salah kau Adam sampai dia sanggup buat kau macam tu?" Soal Ilham dengan penuh rasa marah. Zul Ilham tergamam. Bahu Adam dipegang olehnya perlahan seraya diusap-usap.

"Ad.. Adam tak tahu apa salah Adam." Jawab Adam separuh gagap.

"Syaitan!" Tengking Zul Ilham kuat. Nafasnya mula naik turun menahan rasa marah. Buku teks disebelahnya terus dilemparkan sekuat hati ke tingkap. Rasa sakit hatinya makin meluap-luap.

Adam mendiamkan diri sahaja. Terkelu lidahnya sebentar. Dia sendiri bingung apa yang akan berlaku dengan hidupnya selepas ini. Suasana sepi sejenak. Mereka kini masih berada di dalam bilik sakit tadi yang masing-masing duduk di tepi birai katil.

"Ilham!" Ucap Adam secara tiba-tiba seraya memeluk tubuh Ilham lemah.

Ilham tergamam namun wajahnya tetap serius. Dia membalas pelukkan Adam kembali kerana dia tahu, Adam perlukan kekuatan untuk teruskan hidup. Dia tak mahu Adam mati bunuh diri! Tak! Takkan berlaku! Dia tidak mahu budak yang sedang dipeluknya ini pergi jauh dari dirinya.

"Ilham, tolong saya. Saya tak mahu balik lagi dekat sana. Tolonglah. Saya tak tahan lagi dah. Tolonglah saya tapi saya tidak tahu mahu tinggal di mana lagi." Ucap Adam sambil memandang wajah Ilham dengan pandangan mata yang kabur.

Ilham mengembuskan nafasnya keluar lalu dia menyeka air mata Adam mengunakan kedua ibu jarinya namun wajahnya masih lagi membeku tiada senyuman terukir di wajahnya. Wajah Adam di tatap lama.

"Mulai sekarang, kau tinggal dengan aku ya. Aku akan jaga kau." Ucap Ilham perlahan.

Membutang mata Adam setelah menghadam apa yang baru sahaja diucapkan oleh Zul Ilham sebentar tadi. Adakah benar? Suasana sepi sejenak.

"Pasti?" Tanya Adam inginkan kepastian.

"Ya, pasti... kau tinggal dengan aku. Aku akan jaga kau mulai sekarang. Soal Cikgu Aziz tadi nanti aku uruskan." Ucap Zul Ilham. Entah macam mana boleh terpacul keluar kata-kata seperti itu dari mulutnya. Dia sendiri hairan kenapa dia boleh pergi sejauh itu apabila bersama Adam.

Mungkin... perasaannya berbunga-bunga apabila melihat Adam bersamanya. Ya, Zul Ilham seorang biseksual dari kecil lagi, namun tiada siapa tahu kecuali dirinya dengan Tuhan. Tapi takkanlah dia mahu jujur kepada semua orang siapakah dirinya yang sebenar? Biarlah ia menjadi rahsia dia sahaja.

"Terima kasih Ilham! Terima kasih." Ucap Adam dengan penuh rasa kesyukuran. Tubuh Ilham dipelukkan kembali. Terasa selamat apabila berada di dalam pelukkan pengawas yang tegas itu. Biarlah pengawa itu beku sekalipun tapi dia tahu bahawasanya, Zul Ilham ini seorang yang baik hati.

Adam juga mula terdetik satu perasaan yang dia sendiri tidak mengerti apakah ia. Dia rasa seperti sayang sangat terhadap Zul Ilham. Tidak mahu kehilangan jejaka kacak di hadapannya ini sampai bila-bila. Ingin selalu ada di siang dan malam, di dunia nyata atau di alam fantasi sekali pun, dia mahu ikut janji Zul Ilham ada bersamanya. Namun, Adam cuba menghapuskan perasaan itu sejauh-jauhnya namun sukar, kerana tiap malam dia akan bermimpi Zul Ilham datang menerjah ke alam mimpinya tanpa diundang oleh Adam.

Ilham mengusap-usap belakang badan Adam. Dia sendiri tidak pasti bahawa, Adam akan tetap selamat dalam jagaanya tapi dia akan cuba kerana ini sudah menjadi amanah untuk dirinya walaupun Adam tiada mengena dalam hidupnya. Namun, dia sendiri tidak pasti bolehkah Adam akan tetap tinggal bersama. Ya, Ilham sendiri pun masih tidak pasti kerana masih belum diberitahu kepada ibunya kisah sebenar apa yang terjadi.

"Zul Ilham, terima kasih. Saya sayang awak." Ucap Adam perlahan, khayal dalam pelukkan hangan Zul Ilham. Perlahan-lahan matanya tertutup kembali.

Zul Ilham tergamam dengar apa yang keluar dari mulut Adam tadi, namun dia cuba menyangkal. Terasa seperti salah dengar sebab terlalu samar-samar. Ada segaris senyuman kecil di bibir Zul Ilham. Jangtungnya juga mula berdegup kencang melihat wajah comel Adam tidak berkaca mata itu. Enak Adam tidur dalam pelukkan Zul Ilham tanpa sengaja itu sampai tidak sedarkan diri terbuai ke alam mimpi.

Perlahan-lahan Zul Ilham mencium dahi Adam sambil berkata...

"I love you too..." Ucap Zul Ilham berbisik perlahan.

Dia terus memeluk Adam tanpa mengeluh. Kepala Adam diletakkan ke pahanya dan dia duduk bersila di atas katil itu. Rambut Adam diusap perlahan-lahan. Kesan air mata Adam diseka olehnya dengan hujung jari sehingga kering.

'Sampai hati orang buat kau macam ni Adam. Sampai hati orang layan insan secomel engkau dengan teruk sekali. Kau tak salah Adam... Kau cuma mangsa keadaan. Jangan risau aku akan cuba jaga kau. I love you Adam.' Ucap Zul Ilham dalam hati.

'Adam aku akan cuba jaga kau sebaik mungkin... sebab aku dah mula sukakan kau, dah mula sayangkan kau dari hari pertama aku nampak kau tapi biarlah rahsia. Biarlah aku sahaja yang tahu apa aku rasa terhadap kau. Aku taknak kau tambah trauma bila kau tahu aku juga sayangkan diri kau.' Ucap Zul Ilham dalam hati sekali lagi dengan perasaan sebak. Matanya juga mula berkaca namun dia cuba untuk tahan. Dia takkan sesekali tunjukkan dirinya lemah.

BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now