Pihak belah perempuan meminta untuk membuat Majlis kecil-kecilan sahaja tidak perlu besar-besaran setiap ibu bapak mesti nak Majlis anak dia cantik namun tidak guna jugak kalau pembelanjaan besar namun masjid terbina runtuh . Pada hari yang bermakna untuk Encik Haiden dan Puan Awana dapat melihat anak perempuan mereka itu menikah jugak ,dan hari jumaat yang sangat lah murni dan cerah mereka melangsungkan perkahwinan ini di rumah belah perempuan tidak ada yang ke Masjid memudahkan pihak perempuan mengemas .Uwais Qaiser yang siap bersongkok hitam dan bersamping putih tersenyum sahaja apabila ditegur sapa bila gigolo mulai akad nikah adakah perkahwinan ini sah dia sudah sentuh banyak perempuan jadi di hari yang mulia ini sudah ia berjanji dengan Aurelia Helena untuk tidak menyentuh mana-mana perempuan lagi .
Ibarat macam kau dah ludah lepastu kau pergi sentuh astaga
"Uwais duduk" Encik Haiden meminta Uwais Qaiser untuk duduk dihadapan tok kadi dan para perempuan sudah siap diatas pelamin bersama Puan Awana di samping
Uwais Qaiser duduk menghadap tok kadi "sebelum memulakan ijab dan kabul ni ,nak bertanya dah hafal ke doa-doa qunut,rukuk semua tu " Soal Tok Kadi ya Allah waktu macam ni lah kau nak bagi tahu astaga ,Uwais Qaiser mengangguk tanda sudah walha dia tidak ingat pun pura-pura jelah tahu apa ada hal
"Bagus ,isteri itu mahligai untuk kita ,bila dia tak cantik keluarkan duit cantikan dia,bila isteri tak kurus jangan cari lain ajak dia senaman sama-sama" sambil mengatakan hal-hal yang sedemikian , tangan tok kadi itu laju meletak kan beberapa keping kertas untuk ditandatangani "perempuan ni bukan tempat persinggahan bila nak tempah lepas dah merasa keseronokan tinggal dan cari persiaran lain ,bukan adat rumah tangga pun besar faham" Uwais Qaiser yang dengar akan hal itu mengangguk tanda faham sahaja .
Dia masih tak fikirkan hal sepele begini "Faham tok"
"Bagus..bagus jadi mari lah kita mulakan bismillahirahmanirahim Seif Uwais Qaiser Bin Saif Damian "
"Ye saya"
Balasnya tanpa gagap sedikit mungkin dia tidak jatuh cinta dengan Helena ,memikul tanggungjawab itu mungkin dirinya namun dia tidak perlu menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya terhadap Helena kerena mereka kahwin kerana Helena meminta bantuan daripada nya
"Aku nikahkan dikau dengan Aurelia Helena Binti Haiden ,yang diwalikan kepada Aku dengan seberangkat alat solat dan maskahwin sebanyak RM7000 ringgit tunai"
"Aku terima nikah nya Aurelia Helena Binti Haiden dengan maskahwin sebanyak RM7000 Ringgit dibayar tunai" Tok Kadi melihat kanan dan kekiri para saksi mengangguk tanda sah,Uwais Qaiser yang mendengar nya tersenyum hambar tak ada lah susah mana kahwin ni tapi dia masih tak ready orang kata kalau dah kahwin boleh dah pikul tanggungjawab namun dia mampu atau tidak dia sendiri tidak pasti
Selesai sahaja ijab kabul mereka berdua , Aurelia Helena melihat tetamu yang sedang menjamu selera ucapan dari mama dan bababya masih segar namun dia tidak mencintai Uwais Qaiser ,tak apa dia akan cuba cintakan suami dia itu walaupun susah rasanya nak dekat dengan mamat tu . "Helena!" Panggil si suami kepada si isteri
Helena yang mendengar kan nya menoleh ke belakang ia melihat Uwais Qaiser mendekati dirinya dan berdiri dihadapan nya lalu mengalihkan pandangan ke luar jendela "kau nak stay sini atau ikut aku balik rumah "
Kalau dia berada di sini mungkin aman namun Nufail Bills selalu akan datang ke sini,jikalau dia ke rumah suaminya pasti lebih selamat tiada yang tahu dia sudah berkahwin namun tetap sahaja ia boleh buat Nufail Bills mencarinya " aku ..."
"Aku tahu apa yang kau fikir ,aku akan pastikan yang Nufail tak cari kau !" Aurelia Helena diam sahaja lalu mengangguk tanda faham
"Baju kau tak perlu lah bawak semua, ambil sikit je sebab kau tak pergi mana pun duduk dalam rumah jugak " terang Uwais Qaiser dia akan cuba cari jalan supaya Nufail Bills tidak mencarinya teringat akan ticket dia ke Japan membuatkan dirinya ada akal .
Helena mengikut sahaja arahan dari suaminya ia meminta diri untuk mengemas manakala orang tuanya akan bertolak esok pagi ,lama jugak lah kaluarga dia outstation ,baba kata lagi senang kalau mama ikut rindu je peluk dia ni aduhai sendu kat belakang tilam je mampu
Uwais Qaiser menghubungi Tufail Bills mengatakan dirinya berada di Japan untuk bercuti dengan seseorang ,dan bagus lelaki itu percaya dia bukan mahu menipu tapi terpaksa demi Helena yang akan menginap pulak yang akan tinggal dirumah nya . Kerana ia memiliki satu rumah dan apartment yang biasanya Tufail Bills membuatkan dia perlu membawa Helena ke rumah yang tidak pernah ia bawa Tufail Bills.
"Uwais sibuk ke!" Tegur bapak mertua nya itu
"Tak lah baba,Baba dah makan ke belum ni" tergelak Encik Haiden dibuatnya "sebelum majlis baba dah makan , Uwais Baba nak minta satu benda boleh!"
Terjongket kening kanan miliknya "apa dia baba"
"Jagakan Helena untuk baba,dia tu mungkin membosankan,tak banyak cakap macam perempuan lain,tak ceria tapi dia patuh dengan arahan . Jangan buat dia menangis atau rasa menyesal jadi isteri kamu . Harta yang baba susah payah baba jaga kamu dah ambik kalau dah tak nak dia pulangkan balik dekat baba macam mana kamu ambik ye " Uwais Qaiser mengangguk tanda faham "Insha Allah Baba ,Uwais cuba" dia tak mampu janji kerana dia bukan lelaki yang suka menabur janji-janji manis
THANK YOU
CONGRATULATIONS AURELIA AND SEIF SEBAB DAH NIKAH
NEXT FASA
YOU ARE READING
MRS UWAIS QAISER ✓|09
RomanceDate:19. August 2022 Time :12:30 pm Title: Mrs Uwais Qaiser ( completed) End date: 23.October.2022 • SEIF UWAIS QAISER & AURELIA HELENA "when you meet someone at your level" Pertemuan AURELIA HELENA dan SEIF UWAIS QAISER bermul...