1 - Pertama Kali

148 10 36
                                    

"Wah, terbaiklah abang. Power macam selalu."

"Cayalah, Bang Mad."

"Congrats, bang."

"Okay thank you semua! Korang pun apa kurangnya. Terbaik juga. Keep on training, guys. Aku gerak dululah."

Ahmad Izuan yang baru sahaja selesai menjalani latihan berbasikal bersama ahli-ahli kumpulannya mula bergerak keluar daripada stadium untuk menuju ke bilik mandi. Minuman isotonik diangkat lalu diteguk rakus. Haus benar dia tika ini.

Peluh yang merinik di dahi dilap menggunakan kain di leher. Badannya yang tidak berbaju dipandang sekilas pada pantulan cermin. Setelah puas membelek wajah serta tubuhnya dia segera membersihkan dirinya yang sudah melekit akibat berpeluh.

Setelah selesai, dia menggalas beg sandangnya lalu berlalu keluar. Baru sahaja tangannya membuka pintu untuk keluar, kedengaran jeritan nyaring pelajar-pelajar perempuan yang sedari tadi menunggu kehadirannya. Ahmad menjeling sekilas jam tangannya.

"Waktu rehat rupanya. Patutlah menggeletis sangat diorang ni." Katanya lalu dengan selamba berjalan tanpa menghiraukan gadis-gadis muda itu.

Dia langsung tidak hairan mengapa pelajar-pelajar perempuan bersikap begitu. Apa boleh buat? Wajahnya yang tampan itu mampu mencairkan hati mana-mana wanita.

"Abang, pandang sini. Abang!"

"Abang, saya ada bawakkan makanan untuk abang. Mesti abang laparkan? Ambillah!"

"Abang Ahmad, I love you so much."

"Abang, Fisya tu curang dengan abang tau tak?!"

Jeritan-jeritan yang dilontarkan tidak dihiraukan sehinggalah dia mendengar jeritan yang terakhir. Dia tidak berpaling malah hanya terus berjalan pantas ke motosikal berjenama Ysuku berwarna biru miliknya yang terparkir di bahu jalan. Tangan digenggam erat menandakan bahawa dia sedang marah tika ini.

Dia tidak tahu mahu percayakan perkara itu ataupun tidak walaupun ramai berkata sedemikian. Begitu juga dengan kenalannya. Namun, dia perlu bersikap profesional. Selagi dia tidak melihat dengan matanya sendiri bahawa kekasihnya itu curang, dia tidak akan sama sekali membuat tuduhan melulu ke atas gadis itu.

Ahmad melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah setelah memarkirkan motosikalnya. Kantin dituju lalu bergerak ke meja makan yang sudah dipenuhi rakan-rakannya.

"Yow bro. Lambatnya. Aku dah lapar tau tak?" Fahim menjerit geram melihat Ahmad yang langsung tidak rasa bersalah.

Dengan selamba sahaja Ahmad mengambil sandwich milik Fahim lalu menyuapkan ke dalam mulutnya. Terlopong Fahim dibuatnya.

"Kenapa nak tunggu aku pula? Dah lapar tu makanlah. Tu pun nak kena ajar ke?" Ahmad menjawab sambil mengunyah makanan.

"What the. Semalam kau dah janji dengan aku nak belanja aku kan? Teruk betullah kau ni! Tak pasal-pasal aku kena beli sandwich ni dengan duit aku sendiri tau. Huh!" Bebel Fahim panjang.

Fathi yang daripada tadi duduk menghadap dua orang rakannya itu hanya mampu menggelengkan kepala.

"By the way. Irsyad mana? Tak lepak sekali ke? Jarang betul aku nak jumpa dia sekarang. Ada training bola ke?" Ahmad bertanya apabila dia hanya melihat dua orang rakannya sahaja berada di situ.

Fahim dan Fathi memandang antara satu sama lain lama. Tidak tahu untuk menjawab apa kepada soalan yang diajukan oleh Ahmad itu.

"Emm, kejap lagi sampailah tu. Dia ada training lagi kot." Jawab Fathi perlahan sambil diangguk laju oleh Fahim.

[OG] Saya Benci Awak!Where stories live. Discover now