13 - Video

45 2 2
                                    

Sinar cahaya yang menembusi langsir bilik menyebabkan tidur Hawa terganggu. Mata dibuka perlahan-lahan. Matanya kembali tertutup apabila kesakitan menyerang kepalanya. Nafas ditarik perlahan. Apabila sudah reda, mata dibuka dan melihat ke arah jam di dinding. Sudah, menunjukkan pukul 3 petang. Terpaksalah dia ponteng sekolah pada hari ini.

Badannya tidak larat untuk ke sekolah kerana sudah dua hari berturut-turut dia menangisi kerosakan kamera kesayangannya itu. Bukan dia tidak cuba menghantar ke kedai untuk dibaiki, namun kosnya terlalu mahal. Dia tidak mampu untuk membayarnya. Kamera Nikonnya itu pun memakan masa hampir 2 tahun dia perlu menyimpan duit untuk membelinya.

Kini, semuanya sia-sia. Kameranya telah hancur oleh seorang lelaki bernama Ahmad Izuan. Dengan sekelip mata kameranya telah pun hancur di hadapan matanya sendiri. Salahnya juga kerana terlalu bodoh mengikut arahan Syaiful itu. Perkara pun dah berlalu, dia tidak dapat memutarkan semula waktu.

Hawa sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak mahu lagi terbabit dengan apa-apa hal yang berlaku di sekolah. Dia tidak mahu lagi mengambil peduli tentang sesiapa termasuklah Ahmad Izuan. Dia tidak mahu lagi berjumpa dengan lelaki itu. Biarlah keadaan menjadi seperti dahulu kala iaitu di mana Ahmad langsung tidak mengenali dirinya.

Hawa hanya mahu fokus pada pelajarannya sahaja. Dia bakal menduduki peperiksaan SPM lebih kurang sebulan sahaja lagi. Dia tidak mahu bermain-main lagi.

Telefon pintarnya yang berada di atas meja diambil lalu butang kuasa dibuka.

"Alah, habis bateri pula." Setelah mengecas telefonnya, terus sahaja dia berlalu ke tandas untuk membersihkan diri.

"Lepas ni kita pergi rumah Hawa jom, Qama. Kita kena jumpa dia. Kita kena bagitau dia apa yang dah jadi sekarang ni." Kata Aisyah.

Waktu sekolah sudah lama pun tamat. Kini mereka sedang berjalan beriringan untuk pulang ke rumah.

"Betul juga tu. Aku takut Ahmad buat sesuatu yang buruk pada Hawa. Aku tak boleh bayangkan apa yang Ahmad akan buat pada Hawa kalau betul dia yang upload video tu." Balas Qamariah lagi.

Aisyah mengangguk setuju lalu melihat Fahim sedang menuju ke arah mereka.

"Aisy nak pergi rumah Hawa ke?" Tanya Fahim.

"Hmm, Aisy nak tau betul ke Hawa yang upload video tu. Him tak perlu ikut tau. Aisy pergi dengan Qama sahaja." Jawab Aisyah.

"Tapi..." Belum sempat Fahim membalas, Qamariah pantas memotong.

"Betul cakap Aisyah tu Fahim. Kalau kau ikut nanti, aku takut Ahmad akan ikut sekali. Kami tak nak apa-apa yang berlaku nanti."

Aisyah turut sama mengangguk.

"Him jangan risau tau. Apa-apa hal nanti Aisy bagitau ya."

Fahim yang mendengar hanya mampu mengangguk perlahan. Ada betul juga kata mereka itu.

"Baiklah, kalau macam tu. Aisy jaga diri tau. Kalau ada apa-apa, terus je call Him tau. Kau pun Qama, jaga Aisy aku baik-baik." Pesan Fahim pula.

Qamariah yang mendengar terus menggulingkan mata ke atas.

"Baiklah, Encik Fahim Nasar, akan ku jaga Puan Aisyah Nadia ni baik-baik, ya." Perli Qamariah.

Fahim hanya tersengih mendengar balasan itu. Setelah itu, terus sahaja dia ke tempat parkir motosikal. Pasti Ahmad dan Fathi sudah menunggunya. Bimbang juga Ahmad fikir yang bukan-bukan jika dia berlama-lama di situ.

"Dah jom. Grab dah sampai tu." Ajak Aisyah.

"Assalamualaikum, Hawa! Assalamualaikum!" Jerit Aisyah dan Qamariah dari luar pintu pagar.

[OG] Saya Benci Awak!Where stories live. Discover now