8 - Rancangan

42 3 7
                                    

Pak

Hawa, Aisyah dan Qamariah tersentak apabila mendengar hentakan tangan pada meja daripada Syaiful, pengerusi kelab multimedia sekolah.

"Mamat ni dah kenapa?" Bisik Hawa kepada Aisyah. Gadis itu hanya menggeleng perlahan tanda tidak tahu.

"Ada apa kau panggil kitorang ni?" Tanya Aisyah kepada Syaiful.

"Aku ada nice job untuk kau orang bertiga. Ha Ha Ha." Tawa Syaiful seperti orang tidak betul.

"Job apa lagi? Dahlah kitorang tak nak kumpul dosalah. SPM tinggal lagi sebulan je, Pul. Cukup-cukuplah dengan kerja membawang kau tu." Pinta Hawa sambil berpeluk tubuh.

Aisyah dan Qamariah pula hanya mengangguk setuju.

"Sebelum korang nak ceramah lebih-lebih, aku nak korang dengar dulu apa aku nak cakap ni. Aku ada berita hot dan sensasi untuk korang." Syaiful cuba menarik perhatian gadis-gadis itu.

"Ahmad dan Afisya dah putus. Officially break up. Ha Ha Ha." Tawa Syaiful kuat.

"Seriouslah?! Tak ada angin tak ada ribut. Tiba-tiba putus?" Tanya Aisyah.

"Eh kau ni. Hubungan diorang tu memang dah macam telur di hujung tanduk. Dah tentulah Afisya tu curang dengan Irsyad, tapi si Ahmad tu degil juga nak setia dengan perempuan tu. Kan dah mendapat." Jelas Qamariah disetujui Syaiful.

"Ouh yeke. Aku baru tau hehe. By the way, teruk juga ek perangai ex kau tu haha." Kata Aisyah sambil tersengih.

Qamariah yang mendengar membuat memek muka jengkel dengan kata-kata gadis itu. Hawa pula hanya mendiamkan diri.

"So, aku nak korang buat sesi temu bual dengan Ahmad Izuan, Nur Afisya dan Irsyad Heykal. By hook or by crook dalam minggu ni juga aku nak korang settelkan." Arah Syaiful tanpa berfikir panjang.

"Kenapa pula nak sibuk-sibuk buat temu bual bagai? Macamlah diorang tu perdana menteri ke tan sri ke nak kena temu bual. Orang kenal pun tidak. Huh! Dah putus tu putus jelah. Kita tak payah nak sibuk." Bidas Hawa. Dia langsung tidak setuju untuk meneruskan rancangan ini.

Syaiful memandang Hawa tajam.

"Kau tau tak kalau kita temu bual diorang berapa banyak duit yang kita akan dapat? Bukan takat beratus, beribu mungkin. Lagipun diorang tu hot couple sekolah ni. Semua orang nak tau tentang Ahmad and Afisya.  Diorang tu famous bukan macam kau. Budak-budak sekolah pun tak kenal kau." Sindir Syaiful. Hawa hanya menjeling tajam lelaki itu.

"Eleh kalau upload kat YouTube sekolah pun, 10 ribu views je dari pihak sekolah. Orang luar bukan hadap pun kisah dua ekor tu." Balas Qamariah. Dia juga menyampah dengan perangai Syaiful yang begitu tamak itu.

"Yes, exactly! Cuba kau bayangkan berapa banyak yang kita akan dapat." Syaiful sudah menjerit kegembiraan.

Tiga orang gadis dihadapannya hanya memandangnya jelek.

"Aku tak kisah korang suka ke tak suka ke. Yang penting interview ni tetap akan dijalankan. Aisyah, sebagai naib pengerusi aku minta kau uruskan semua ni. Qamariah, kau siap-siapkan skrip temu bual nanti. And Hawa, as camera girl kau tau kan skop kerja kau. Aku tak payah nak cakap lagi." Arah Syaiful tanpa belas ehsan.

"By the way, macam mana kita nak panggil diorang untuk interview? It's not a big problem for me untuk panggil Afisya and Irsyad. Diorang mesti nak. But how's Ahmad?" Tanya Aisyah.

"Tu kan tanggungjawab kau, Aisy. Pandai-pandai kaulah fikir macam mana nak plan. Kau slowtalk dengan kawan-kawan dia ke? Tak pun straight je jumpa face to face." Balas Syaiful selamba.

"Face to face? Ish tak naklah seram. Ahmad tu dahlah menakutkan. Tak nak aku." Jawab Qamariah.

"Kau slowtalklah dengan Fathi, Qama kalau kau tak nak jumpa Ahmad." Cadang Hawa.

"Me? Jumpa Fathi? Ceh kelakar. Sebab mamat tu lah aku kena demam panas tau! Aku tak nak!" Balas Qamariah geram.

"Hmm, kalau macam tu kau slowtalklah dengan Fahim, Aisy. Dia mesti boleh pujuk Ahmad punya." Cadang Hawa lagi.

"Aku? Hmm. Okay, aku cuba. Tapi kalau tak menjadi kau pula jumpa Ahmad. Boleh?" Pinta Aisyah.

Hawa diam tidak menjawab permintaan Aisyah. Dia mahu jumpa Ahmad? Mahukah lelaki itu melihat mukanya?

Qamariah yang seakan faham riak wajah Hawa itu berpaling menghadap Syaiful.

"Why not kau sendiri je jumpa dengan Ahmad, Afisya and Irsyad. Daripada kau tak buat apa-apa, baik kau tolong kitorang." Arah Qamariah kepada Syaiful.

"Emm, siapa cakap aku tak ada kerja? Aku akan back up korang nanti. Korang buat jelah apa yang aku suruh tu. Bukannya susah mana pun. Sudahlah, aku pergi dulu." Selesai berkata, dengan pantas Syaiful meninggalkan bilik khas kelab multimedia itu.

"Teruknya perangai mamat tu. Meluat betul aku!" Marah Aisyah.

Hawa dan Qamariah hanya mampu mengeluh. Bukan mereka tidak tahu perangai pengerusi mereka yang suka mencuri tulang itu.

Aisyah melihat ke arah Fahim yang sedang duduk berehat setelah selesai berlatih. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Kakinya di bawa mendekati lelaki muda itu.

"Assalamualaikum, Fahim." Ucapnya.

Fahim yang sedang menonggak air mineral tersedak apabila melihat kehadiran cinta hatinya itu. Terbatuk-batuk dia dibuatnya.

"Waalaikumsalam, cinta, eh Aisyah. Buat apa kat sini?" Tersasul Fahim.

Aisyah tersenyum malu lalu menghulurkan sebotol minuman isotonik kepada Fahim.

"Nah, ambillah."

Fahim yang teruja terus sahaja mengambil lalu meminumnya rakus.

"Wah, terima kasih Aisy. Sayang Aisy!" Ucapnya lalu tersenyum manja.

"Ish Fahim ni! Malulah Aisy." Aisyah pula sudah tersenyum-senyum malu sambil menutup wajahnya.

Keadaan mula diam antara mereka berdua. Fahim dan Aisyah ralit mengamati pemandangan di padang sekolah pada ketika itu.

"Em, Fahim. Kalau Aisyah nak minta tolong boleh tak?" Pinta Aisyah buat sekian kalinya.

Fahim berkerut.

"Tolong apa?"

Aisyah pun mula menceritakan segala rancangan yang telah dirancang oleh Syaiful itu. Semakin berkerut kening Fahim dibuatnya.

"Haih, bukannya Him nak tolong sebenarnya. Tapi bukan ke lebih bagus kalau kisah Ahmad dan Afisya tu biar sahaja berlalu tanpa orang lain tahu. Him bukan apa, Him tak nak Ahmad mengamuk pula nanti. Sorry Aisy." Pinta Fahim apabila melihat Aisyah hanya tersenyum kecil sambil mengangguk.

"Itulah, Aisy pun tak tau kenapa perangai Syaiful tu teruk sangat. Sibuk je nak tau kisah diorang berdua tu. Menyampah!" Marah Aisyah.

Fahim pula sudah tersengih melihat wajah cemberut itu.

"Tak apalah, Him. Aisy tahu, Him mesti tak nak buat. It's okay. Hmm nak tak nak kenalah juga Aisy jumpa Ahmad untuk tanya dia sendiri." Keluh Aisyah. Takut betul dia dengan lelaki panas baran itu.

Fahim yang tersengih terus terkaku mendengar kata-kata Aisyah itu.

'Nak jumpa Ahmad? Mampus kalau budak tu pukul Aisyah. Bukan boleh percaya mamat tu. Adeh.' Monolog Fahim.

"Eh, Aisy. Tak payahlah. Okay, Him cuba pujuk Ahmad, okay? Tapi kalau tak berjaya jangan salahkan Him tau." Kata Fahim.

Aisyah yang mendengar pantas menjerit suka.

"Betulkah? Wah terima kasih Him. Sayang Fahim!" Jerit Aisyah tanpa sedar.

Fahim yang mendengar sudah pun tersengih seperti kerang busuk.

'Haihlah, saya buat semua ni pun sebab saya sayangkan awak sangat Aisyah.'

Hanya suara hati Fahim sahaja mampu bersuara pada ketika itu.

Tbc

[OG] Saya Benci Awak!Where stories live. Discover now