ADC EP 2

11.6K 655 41
                                    

"I told you Sera ! just do what I said to you before. I don't even care what he wants...."suara Zayder memecah hening sunyi.

"I don't care. Who's your boss Sera ?" tanyanya dengan nada yang tinggi sehingga terjaga Xavier.

Mata Xavier dikelip - kelip kecil sambil kening dikerut.Dia memandang sekelilingnya.

"No ! I said NO ! listen...."

"Eh aparah kau ni memekak pagi - pagi buta ni ha ? aku nak tidur pun tak senang."tegur Xavier.Dia tahu Zayder sedang menelefon seseorang di dalam tandas.

"Arghh."Xavier mula menggeliat apabila terasa ada air di lengannya.Eh jap air ?? air apatu haaaa.Terbeliak mata Xavier terkejut dek melihat air liur Alpha mengalir laju jatuh ke lengan sasanya.

"Woi loqlaq gila hang nih euw berambuihhh."Xavier cuba menjauhkan dirinya dari Alpha yang nyenyak dibuai mimpi namun malang tak berbau menimpanya.

BUKKK

"Arghhhhh."Xavier menjerit kecil apabila jatuh terbaring di atas lantai.Dia baru perasan dia tidur dihujung katil dan Alpha pula tidur di katilnya padahal ada tiga katil single kat situ.

Zayder yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambut dengan tuala lalu mengangkat kening sebelah 'pahal'.

Xavier menjuihkan mulut menunjuk ke arah Alpha dan air liur Alpha di lengannya.Zayder menggelengkan kepalanya.

"Kau Zay...dah kenapa membebel dalam tandas ? dah tak boleh cakap dekat sini ke ?"soal Xavier.

"Assistant aku.Nak juga aku sign contract dengan CEO Zayn.Aku tak nak sebab aku dah banyak appointment.Aku penatlah."adu Zayder sambil mengeringkan rambut dengan tuala.

"Kau penat kerja or kau sibuk mencari seseorang ? sebelum buat keputusan pakai otak.Okaylah aku sambung tidur balik."baru Xavier nak rebahkan badan, pantas tangan Zayder menariknya.

"Ha kau tak payah nak mengade tidur.Bangun sekarang pergi ambil wuduk lepastu solat subuh.Kejut kawan kau yang kuat cirit ni."katanya sambil menjeling ke arah Alpha yang nyenyak lena dibuai mimpi.

Alpha yang nyenyak dibuai mimpi terus bangun tanpa berkata - kata apabila dikejutkan oleh Xavier lalu mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.Xavier terkelu melihat Alpha.

'Kurang ajar punya alpaca,dah lelehkan air liur bukan nak cakap sorry ke apa.Tumbuk halkum kang.'marah Xavier dalam hatinya.

"Aku dengar.Sorry."celah suara garau Alpha sebelum keluar dari bilik air lalu tersenyum sinis dan mengenyit mata pada Xavier.

"Buwerk."Xavier menjelirkan lidah seakan mahu muntah.

"Aii baru kenyit mata dah pregnant?"spontan tercetus ketawa dari mulut Zayder mendengar soalan Alpha.Xavier menjeling maut ke arah mereka berdua.

"Ha jeling - jeling.Jadi ikan keli baru tau.Dah tak handsome."usik Alpha sebelum kembali masuk ke dalam bilik air.

Pintu ditutupnya lalu pili air dibuka menyebabkan air turun dengan deras.Xavier menjengket - jengketkan kaki mendekati suis lampu.Dia memandang ke arah Zayder.

Kening kirinya diangkat memberi arahan kepada Zayder untuk menahan pintu bilik air agar Alpha tidak dapat buka sebelum Xavier menutup lampu bilik air.Zayder pun mengangguk saja.Dah lama tak mengusik kawan.

Tercetus terus jeritan Alpha seperti perempuan terjumpa lipas.Alpha mengetuk pintu bilik air berkali - kali dan menjerit dengan kuat apabila dia tidak boleh membuka pintu.

A Dangerous Couple [editing]Where stories live. Discover now