BAB 9

53 3 0
                                    

Pintu dibuka, beberapa orang menunduk hormat pada Sovich

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dibuka, beberapa orang menunduk hormat pada Sovich. Dia hanya mengganguk dan berjalan meninggalkan mereka. Florentia mengikut dari belakang Sovich.

Dari tadi lagi, dia perasan beberapa orang perhatikan nya. Florentia memandang lantai untuk kurangkan resahnya.

"Do your work." Sovich menegur pekerja di sekeliling nya. Dia perasan yang florentia seperti tidak selesa dengan pandangan mereka.

Tanpa membuang masa, semua pekerja segera kembali menyambung kerja mereka. Tiada siapa yang berani bercakap. Kalau tak mungkin kena pecat.

"Florentia." Suara garau Sovich memanggilnya.

Florentia memandang muka Sovich.

"Rehat bilik ni dulu."

Sovich menunjuk ke arah bilik Pintu putih di hujung tangga. Florentia hanya menganguk. Buat masa sekarang dia terlampau letih untuk bercakap. Dalam fikirannya hanya ada katil dan bantal.

Florentia menutup pintu selepas Sovich pergi dari sini. Dia berjalan ke arah katil yang terletak elok di sebelah tingkap. Tak jauh beza sangat dengan rumah sewanya di Spain.

Dia perlahan- lahan menutup mata. Badan nya yang sudah rasa lenguh menghempas kan diri di atas katil.

Florentia bangun, dan mengerangkan badan. Dia baru sahaja perasan yang dia masih belum mandi kerana letih punya hal.

Selesai sahaja bersiap. Florentia menurun ke bawah untuk mencari kelibat Sovich. Sudah banyak kali dia lalui ruang yang sama, masih lagi tidak dia jumpa.

"Cari siapa?"

Suara garau milik Sovich, membuatkan Florentia terkejut, dia segera mengwrut dadanya untuk melegakan sedikit. Dia memandang belakang menghadap Sovich.

"Saya cari awak tadi, tu yang saya dekat sini."

Sovich hanya memandang kosong. Kemudian dia menarik baju lengan Florentia ke ruang meja makan.

Florentia hanya mengikut belakang.Dia hanya memandang lengan bajunya di pegang oleh Sovich.

"Tia." Sovich menarik kerusi makan untuk mempelawa gadis di hadapannya duduk di situ. Dia telah melepaskan Baju lengannya.

Florentia menganguk dan berjalan duduk di kerusi yang telah di tarik oleh Sovich. Dia memandang setiap meja. Meja makan ada kerusi 4, siapa lagi 2?

Sejak bila pulak aku ni jenis overthingking?!

"Hari ni makan apa?" Florentia memulakan perbualan, taknak lah dia diam sahaja. Dahlah takde seorang pekerja pun dia nampak. Memang nak privacy ke apa ni?

𝐐𝐇𝐀𝐋𝐄𝐄𝐋Where stories live. Discover now