Bab 29

24 4 0
                                    

Bunyi letupan membuatkan ramai yang menjerit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi letupan membuatkan ramai yang menjerit. Pengelihatan masing-masing mula kabur. Qhaleel mengetap bibir, dia tahu ni semua rancangan mereka. 

Beberapa pengawal masuk ke dalam dengan topeng muka, mereka segera menyelamatkan orang yang penting dahulu. Alan menarik tangan Qhaleel keluar dari bilik dewan segera. Qhaleel segera lari sambil memakai penutup muka. 

Sampai sahaja di luar bagunan, Alan memandang semua, dia perlu pastikan semua orang sudah keluar dari bagunan. Malam ni dia perlu bertugas menjaga. Alex pula telah masuk dalam bagunan, dia bertugas di bahagian carian pembuat benda ni berlaku. 

"Wait, donde esta audrey?"[Mana Audrey?] Alan perasan yang kelibat Aurdrey tiada. Dia segera menerpah masuk semula masuk ke dalam bangunan untuk mencari Audrey.

Belum sempat Alan lari, Qhaleel manarik baju Alan ke belakang. Alan yang perasan mengerut dahi. 

"no hay necesidad de buscarlo."[tak payah cari dia] Qhaleel mengeleng kepala. Dia mungkin tak tahu kat mana Audrey di bawa pergi, tapi dia tahu Audrey bersama siapa. 

Alan yang dengar hanya angguk. Dia tak ada hak untuk melawan arahan Qhaleel, dulu bolehlah sikit-sikit, tapi sekarang Qhaleel dah ambil status sebagai ketua Sovich family. 

"donde esta rosella?"[ Mana Rosella?] Qhaleel memandang sekeliling. Pastikan maknya selamat.

"lugar de descanso." [ tempat rehat] Jawab Alan sambil mencabut topeng muka. Dia mengambil nafas, bukan senang nak bernafas tadi. 

"Lepas ni nak buat apa?" Alan cakap dalam bahasa melayu, sebabkan ramai sangat di depan mereka, baik pakai bahasa yang tak ramai yang faham di sini. Diorang cakap bahasa melayu bila terlampau ramai orang sahaja.

"Lupakan Audrey, kemaskan semua data Audrey dan letak dekat dalam bilik bawah tanah. Fail Ellenrino dengan...Dior, sekalikan." Arah Qhaleel. Dia memandang semua orang yang ada yang mencuri pandang dia.

"Tell everyone to leave, and...start from now, Sovich, tak ada siapa boleh panggil aku Qhaleel. Kecuali yang aku rapat." Qhaleel memberitahu kepada Alan.

Alan yang faham, hanya angguk. Dia segera pergi ke orang yang ramai berkumpul dan memberitahu.

"Ting" Bunyi telefon maksudnya mesej masuk membuatkan Qhaleel sedar dari lamunannya. Dia memandang telefone nya yang tulis Florentia punya mesej. Dia membetulkan posisi duduknya, fail di atas meja di tutup.

Telefon di capai, dia membaca satu persatu ayat yang di hantar oleh Florentia.

Ada orang kata abang tak turun makan.

Qhaleel yang tahu siapa yang memberitahu pada isterinya hanya senyum nipis.

Baru siap, nanti abang turunlah makan.

Qhaleel menghantar mesej. Dia menunggu Florentia membalas mesejnya. Masih Online, Tia tengah mesej orang lain ke?

Ok, jangan lupa makan tau, Tia pergi dulu.

𝐐𝐇𝐀𝐋𝐄𝐄𝐋Where stories live. Discover now