Bab 16

30 3 0
                                    

"Kau rampas Audrey dari aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau rampas Audrey dari aku."

Hampir nak pengsan dengar ayat dari Alia. Florentia mengeleng kepala, dia ada tunang, lawak mana dia nak rampas Audrey.

Ya memang perasaan ada, tak percayalah kalau takde sebab cara Audrey layan dia sangat dia suka, tapi dia hanya menolak ke tepi.

"Apa benda kau merepek ni, aku dah ada tunanglah." Jawab Florentia.

"Bakal tunang, thats mean, kau boleh je sempat cari lain." Balas Alia. Tangannya di silang.

Florentia bawa berucap. Dia tak tahu nak cakap apa, dia hanya lebih rela mendiamkan diri, kalau macam ni.

"Sejak bila aku kau punya?"

Florentia dan Alia memandang Audrey di tengah mereka. Tiba sahaja bersuara.

"Sejak kita dating lah, time tu kan biy dah janji yang kita nak tunang." Alia mengerut dahi. Dia pasti laki tu ada cakap macam tu.

"Lepas kau tidur dengan laki lain?" Audrey mengangkat kening kirinnya. Dia dah tahu, diri sebenar Alia. Srbab tulah dia nak cari Alia semalam, tapi tak jumpa pula, huh.

Alia tersentak, dia terdiam sebentar. Macam mana Audrey tahu, dia perhatikan dia ke?

Florentia mengerut dahi, dia tahu apa-apa. Yang dia tahu, tak pasal-pasal dia kena tadah telinga dengar pasangan di hadapanya bergaduh.

"Kejap, tidur laki lain, apa semua ni Alia?" Florentia menanya Alia. Dia mahukan kepastian, dia tak suka kalau takde bukti, dah kes berat.

Alia menelan air liur. Semua akan terbokar ke?

"Kau tidur dengan laki mana entah, or should i say lebih kurang macam....pelacur?" Audrey bersuara lagi sekali.

Memang ayat tu sangat sakit hati bila di dengar. Alia mula mengaru kepalamya tanda serabut. Florentia masih blur di sebelah Audrey. Tak tahu dia nak fikir apa sekarang ni.

"Kau ada bukti ke?" Florentia menanya Audrey. Ayat Audrey tadi mesti buatkan Alia terasa.

"Ada, gambar pulak tu, tapi tulah karang tak bersih otak kau." Audrey menjawab. Walaupun dia dengar macam tak nak bagi tengok, dia mengeluarkan telefonnya.

"Audrey..." Alia memanggil nama lelaki itu tanda seperti jangan. Tapi dah nama pun Audrey, dia tak kisah kalau dia nak jugak. Panggilan namanya di palau.

Telefon di tangan Audrey di buka. Alia mahu merampas telefon di tangan tapi Audrey terlebih dahulu bergerak sambil tangannya sibuk membuka gellery.

"KAU JANGAN SAMPAI AKU S-"

"astafiruallah Alia!"

Florentia yang sempa lihat video itu, menutup matanya, betul kata Audrey, sangat tidak ramah.

Alia yang perasan Florentia sudah nampak video itu, mengundur ke belakang. Dia berasa buntuh, tak tahu nak buat apa.

"Kau tahu kan ni semua maksiat, cukuplah kau pakai menjolok mata, tapi sampai ni, ni dah melampau Alia!" Florentia memandang Alia. Memang hatinya terkejut dengan apa yang dia lihat dari rakaman Audrey.

𝐐𝐇𝐀𝐋𝐄𝐄𝐋Where stories live. Discover now