BAB 27

24 3 0
                                    

"Tia!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tia!"

Florentia memandang dua wanita yang baru sahaja seperti lepas mandi jalan ke arahnya. Apa pula kali ni?

Alvrin menarik kerusi duduk di sebelah Florentia. Dia menyeluk poketnya seperti mengambil sesuatu.

"Mana Dahlia?" Florentia memandang sekeliling. Dia langsung tak nampak kelibat Dahlia.

"Dia kat dalam bilik, dia kan pentingkan kecantikkan." Alvrin menjawab sambil menjeling ke arah Dahlia yang datang tepat waktunya.

Dahlia menarik kerusi duduk di sebelah Florentia. Dia menjeling Alvirn sebelum matanya pandang semula ke arah makanan di atas meja.

Florentia hanya senyum. Dia menyambung semula makan. Apatah lagi ada yang bakal minta sedikit, bukanya sedikit, tapi banyak!

"Tia, tak nak balik Malaysia ke?" Dahlia memandang Florentia sambil menyuap satu sudu caramel. Fihan memang menepati cita rasa dia.

"Kenapa, rindu tu ye?" Florentia memandang Dahlia dengan senyum nakal, cakap pasal tu, dia teringat yang dia pernah berjumpa masa honeymoon di Itali.

Tak sangka Audrey adik Sovich. Tapi kenapa dia tak tahu langsung pasal ni? Audrey pun dulu tak nampak macan pengganas yang perangai macam Sovich.

Mesti red flag.

Florentia berfikir. Dia tak ada hak cakap pasal tu. Kalau dia nak balik pun, dia perlu meminta kebenaran daripada Sovich. Tapi tulah, Sovich mungkin akan sibuk. Reason diorang balik awal pun sebab, kerja Sovich.

"Tak lagi, tak tahu." Jawab Florentia. Dia menyambung makan.

Dahlia hanya angguk. Dia menyuap makanan ke dalam mulutnya. Sekali-sekala, dia memandang telefonya. Setiap kali cakap fikir pasal lelaki tu, dia rasa hati dia tak tenang langsung.

Pintu di tolak, Sovich menerpah masuk. Dia menarik kerusi di hadapan Florentia. Kalau Alvrin dan Dahlia tak ada, dah lama dia duduk di sebelah Florentia.

Sovich memandang muka Florentia. Dia perhati setiap inci muka isterinya.

Florentia yang perasan terasa di perhatikan, memandang Sovich. Tangan nya auto berhenti bergerak.

"Kalau abang tinggalkan Tia, Tia okey tak?"

Bunyi sudu dan garfu jatuh dari tangan Florentia. Dahlia dan Alvrin memandang Sovich dengan muka terkejut. Fihan pula sedaya upaya mengawal reksi mukanya. Dia hanya memasang telinga.

Betul ke apa yang Sovich cakap ni?

Sovich yang perasan. Menghembus nafas perlahan. Dia bangun dari kerusi nya dan jalan ke arah Florentia. Alvrin yang perasan bangun dari kerusi. Tak lupa juga dengan makananya sekali dia angkut makan dekat dapur.

"I din't mean that way, i need to leave you, for work like that." Terang Sovich. Tak yah cakap, dari muka Florentia, mesti isteri dia tengah fikir macam tu.

𝐐𝐇𝐀𝐋𝐄𝐄𝐋Where stories live. Discover now