KDK BAB 25

1.5K 29 3
                                    

Besok malamnya, di tingkat atas rumah asrama diluar korido. Farah yang memakai tudung sarung sedang memandang langit tetiba sahaja didatangi seseorang perempuan.

" apa yang kau buat tengah malam macamni auliana? Healing ke hilang? Lagipun apa yang kau buat ni bro?"

Farah pusingkan badannya " lah kau ke sarah? Tak tidur lagi?"

Farah pandang depan semula sambil senyum. Sarah senyum dan menempatkan tempatnya disebelah farah.

" kalau aku tidur takdelah aku kacau kau healing macamni kan?"

Farah sinis dan angguk " betullah tu. Jadi ada apa kau ni datang terjah aku macamni. Kalau takde benda takdenya kau nak kacau aku healing macamni."

" kau okay?"

Safah senyum tanpa memandang wajah farah. Farah senyum pandang sarah dan pelik. Kenapa soalannya ini?

" okey jer? Kenapa kau tanya aku macamni? Kau nampak aku macam aku orang tak waras ke?"

" bukan tu maksud aku tapi maksud aku tentang kau dengan tengku? Apa sebenarnya hubungan kau dengan dia?

Farah terdiam dan mereka sekarang saling menatap.

" diam? Maknanya kau sendiri ada hubungan yang serius dengan dia lah kan?"

Farah mengeluh " kenapa tiba tiba jer tanya?"

" aku takdelah nak sibuk tentang korang tapi aku harini nak tahu jugak. Kau sebenarnya ada hubungan apa dengan tengku?"

Farah ketawa sinis " hmm kau nak tahu sangat ke ni? Aku boleh cerita tapi tolong jangan nak mulut becok sangat ea? Canang sini sana?"

Sarah angguk senyum dan farah pandang langit semula " aku dengan tengku suami isteri buat masa ni"

Farah cakap tanpa memandang sarah. Sarah pandang farah tergamam. Suami isteri?!

" apa kau cakap?! Kau dengan tengku suami isteri?"

Farah mengeluh dan angguk.

" janganlah kuat kuat, nanti diaorang dengar pulak."

" haihh, okey yang part suami isteri tu aku boleh terima tapi buat masa ni? Apa maksud kau?"

Pelik dengan ayat kawannya seorang itu

" kalau kau kan sarah bila orang yang kau cinta kahwin lain lepastu kau akan rasa ke kau patut bertahan? Maksud aku, siapa jer rela bermadu? Kalau kau sendiri pun kau memilih untuk mengundurkan diri kan?"

" ye tapi kalau nak undur diri pun bukan perempuan itu kau tapi dia! Dia yang patut sedar yang sekarang ni yang dia kahwin tu adalah suami orang."

" kau takde dekat tempat aku sarah, kau takde dekat tempat aku untuk lalui dugaan ni. Sumpah hati aku sakit sangat! Walaupun hakikatnya aku redho dengan apa yang allah dah tetapkan pada hidup aku"

" kau redho? Mana ada seorang perempuan tu redho kalau suami dia kahwin lain. Pasti akan ada rasa sakit. Kalau betul pun isteri tu redho, mungkin perempuan itu bertahan atas dasar cinta dan dia sendiri takde tempat untuk berteduh. I mean kalau dia dengan lelaki itu cerai, dia sendiri tak boleh nak hidup sendiri."

Sarah mendengus nafas " tapi kau lain auliana..... aku percaya yang dalam hati kau sekarang ni bukannya kau redho tapi cuma kau tak boleh nak terima yang suami kau kahwin lain."

" aku tetap akan benci dia sarah..."

" kenapa macamtu....."

" dia bunuh zuriat dia sarah! Hancur hati aku yang akan bergelar seorang mama akan kehilangan seorang mutiara kecil aku disebabkan ego seorang suami! Aku cuba untuk melupakan tapi bila aku teringat sakit sangat sarah!"

KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now