KDK BAB 35

1.1K 26 1
                                    

Sarah tepuk belakang farah dengan lembut lalu senyum pandang farah. Farah senyum pandang sarah dan berhenti menagis.

" kau dengar ni auliana, bukan kuasa kita bila Allah tu ambil anak kita sebelum melihat dunia. Kau kena percaya ada hikmah kenapa Allah ambil anak kau sebelum anak kau wujud dekat dunia ni"

Farah diam, matanya hanya tertumpu pada mata sarah.

" kalau allah tu kata kunfayakun, sekelip mata apa yang allah buat untuk kita maka jadi lah dia. Jangan main main dengan kuasa allah."

Farah pandang sarah serius dan sarah senyum angguk dengan memandang farah

" yes, betul aku sendiri tak nafikan tapi kau kena tahu ada sebab kenapa allah tu ambil anak kau. Iti semua sebab dia terlalu sayangkan anak kau, auliana. Aku faham bila timbulnya rasa sedih, tak terima kenyataan tu semua mesti ada kan? Yelah kita ni ibu kot? Siapa je tak sedih bila anak yang bakal keluar dari rahim kita akan pergi dari dunia ni? Tapi kau patut bersyukur tau auliana? Sebab apa, tu dah janjikan dah bila anak yang tak sempat melihat dunia atapun tak sempat lagi baligh tapi allah dah ambil ia, nanti dia tak perlu dihisab dah dan kau mesti tahu kan? Anak kau nanti dia lah jaminan kau untuk masuk dalam syurga! Pakej tu, auliana!"

Senyum menyakinkan farah. Farah still diam tapi nampaklah dia senyum tapi dalam wajah yang masih menyimpan kesedihan. Tah masuk kedalam jiwa ke tak tu?

" Allah SWT juga berfirman pada hari kiamat nanti kepada anak anak ' masuklah kalian ke dalam syurga' dan anak anak itu memjawab ' Ya Rabbi, hingga umi dan abi kami masuk.' Lalu mereka pun mendekati pintu syurga tapi ia tidak mahu masuk kedalamnya. Allah lalu berfirman lagi tau auliana, Allah berfirman  ' mengapa aku melihat dia enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!' Tapi apa mereka jawab tau ' tetapi bagaimana pula dengar orang tua kami?' Uishh comel kan auliana?" senyum senyum gembira bila bercerita sambil melihat lagit

Farah dah senyum senyum bahagia. Anak dia dah tunggu dia awal lagi!

" pastu Allah pun berfirman ' masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian' hadith qudsi riwayat ahmad. Best kan auliana? Dekat sana dah ada seseorang yang dah tunggu kau dengan naz dekat sana untuk tarik kau masuk syurga"

Farah pandang sarah dengan tatapan yang cukup mengambarkan kebahagiaan. Bahagia sangat!

" sarahh...?"

Senyum farah memandang sarah. Begitu juga sarah.

" hmm? Ada apa?"

Sarah pandang farah pelik plus senyum

" terima kasih?"

" terima kasih? Terima kasih untuk apa?"

" terima kasih untuk segalanya? Kau sedarkan aku bertapa besarnya kuasa allah tu dan kau sedarkan aku tentang takdir"

" aishh kau tak payah cakap macamtu, aku ni hanya perantaraan jer yang jalankan tu kau! Tinggal kau nak buat atau tidak jer" senyum sarah

" apapun thank sarah..."

Farah datang dekat pada sarah dan peluk erat. Mereka berpelukan dan farah senyum sambil mengelap air matanya.

" aku tak tahu apa jadi dekat aku ni kalau korang takde untuk bagi nasihat dekat aku. Mungkin sampai sekarang aku masih menyalahkan takdir dan diri sendiri."

" auliana.. apa kau pikirkan ni? Kau siapa buat kitaorang?"

" aku..."

" kawan kan? Memang haruslah kawan tu kena bantu kawan bila dalam kesusahan."

" aku..."

Sarah mengeluh " cukuplah aku dah kehilangan kawan sebelum ni, tapi kalini tolong jangan berlaku lagi."

KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now