Special Part

3.6K 72 11
                                    

Dua tahun kemudian, naz yang tergesa gesa keluar dari agam rumahnya terus memasuki dalam kereta. Enjin dihidupkan dengan keadaan tergesa gesa. Dahlah dia sudah berjanji pada anaknya yang mana dia akan mengambilnya disekolah.

" aiyooo macammana aku boleh lupa nak ambil ayd ni... maafkan daddy, ayd. Daddy sibuk sangat sampai lupa nak ambil ayd."

Terus naz bergegas pergi kesekolah untuk ambil anaknya itu. Habislah dia sekejap lagi, dimarahilah jadinya!

Begitulah kehidupan naz selama dua tahun ini, menjadi bapa tunggal ini bukan mudah. Lagi lagi dengan kerjayanya sekarang ini. Sehinggakan dia sendiri pernah mengabaikan anaknya itu akibat terlalu sibuk.

Selepas mengambil masa sepuluh minit dari rumahnya ke sekolah jayden akhirnya naz sampai kedestinasi. Dia berhentikan sahaja keretanya dia melihat jayden betul betul tengah berdiri ditempat menunggu dengan perasaan marah.

Naz lepaskan tali pinggangnya dan terus pergi keluar dengan perasaan gelabah. Dia siap sedia sahaja akan dimarahi oleh jayden sekejap lagi.

Dengan gelabahnya naz berjalan dia akhirnya tidak sedar yang naz terlanggar seorang perempuan yang free hair. Tinggi lampai orangnya dan pakaian pun agak terbuka dengan memimpin tangan seorang budak kecil.

" maaf, i tak sengaja. I rushing sangat..."

" takpe..."

Mereka saling menatap. Wajah naz ketika itu sangatlah terkedu dengan wajah perempun itu. Perempuan itu sudah tidak keruan, kenapa yang dia langgar itu adalah seorang tengku!

( suara hati )
" sayang..."

" maaf tengku, i betul betul tak sengaja..."

Naz hanya tenung sahaja wajah perempuan itu. Dia sangat merindui wajah ini. Wajah isterinya... Perempuan itu pelik dan garu kepalanya padahal tak gatal pun ketika itu.

" ermm tengku...?"

Akhirnya naz sedar dari lamunannya dan senyum tawar kepada perempuan itu.

" ouh takpe salah i jugak tadi, by the way nama you...?"

" qistina malaika, tengku boleh panggil qis..."

Qistina senyum kepada naz yang dari tadi dia berpikir, kenapalah dengan tengku ni daripada tadi tenung jer.

" ouh ya qis, by the way muka you sangat familiar tu buat i rasa terkilan sekejap."

" ouh woww sangat terkejut. Apa pun i minta maaf atas pelanggaran tadi."

Tetiba

" sayang...?"

Mereka berdua pandang kearah gerangan lelaki itu. Qistina senyum kembali memandang naz.

" suami i dah panggil i, ermm sorry sangat pasal tadi."

" ouh okay, its okay. Perkara kecil."

" ermm i balik dulu, maaf sangat sangat."

Naz hanya senyum tawar dan qistina terus pergi dari situ dengan segera. Naz senyum dan geleng kepalanya.

" kecil betul dunia ni sayang, saya baru jer jumpa perempuan yang serupa dengan awak. Tapi kecantikan dia tak boleh kalah dengan awak sayang.."

Tetiba

" daddy!"

Terkedu naz. Aiyoo macammana boleh lupa?! Naz pusing pandang jayden yang sedang bengang dengannya!

" heheeh sorry ayd..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now