KDK BAB 78

881 23 1
                                    

Selepas sahaja menjamu selera, mereka mengambil keputusan untuk berborak di ruang tamu.

" kenapa tiba tiba jer kamu ajak kami pergi austrilia? Kamu taja pulak tu, ada apa sebenarnya?"

Maryam menyoal. Yelah pelik dengan anaknya itu. Tiba tiba sahaja? Farah senyum memandang mereka semua

" farah free minggu ni, lepastu alang alang ayd tengah cuti sekolah. Jadi ajaklah dia balik austrilia. Dia pun dah lama tak melawat amylia."

Semua angguk tanda paham. Naz pandang isterinya pelik yang duduk disebelahnya

" ada apa pergi austrilia, kenapa abang tak tahu apa apa?"

" kamu tak tahu...?"

Soal ahmad pelik. Yelah kata husband and wife tak kan tak bincang ann?

" tak tahu pulak.."

Laju sahaja naz geleng tanda tak tahu. Masalahnya memang tak tahu! Farah senyum sinis.

" naz memang tak tahu. Sebenarnya tak rancang pun. Cuma last minit terfikir, kenapa tidak meluangkan masa bersama sama keluarga. Kita tak pernah bercuti ramai ramai kan?"

" kenapa tak bincang dulu dengan abang?"

Soal naz macam pelik yelah tak bincang apa apa pun. Tetiba zam masuk campur.

" haa gano tu..?"

Sarah disebelah dah menjeling mata dengan zam.  Zam terus diam. Dia tak takut bini cuma bini dia jer menakutkan!

" kan saya cakap tadi, saya baru jer terfikir. Takpelah kalau semua sibuk dengan urusan masing masing, farah tak kisah. Farah boleh pergi dengan ayd berdua. Lagipun dah lama tak melawat amylia."

Naz pandang kecik besar kecik besar jer! Baru terfikir pun, pape pun bincang ahh lu!

" tak payah, rasanya semua tengah free kan sekarang? Kita pergi jer sama sama."

Semua angguk.

" tapi biar abang yang bayar segala kos, awak tak payah keluarkan duit apa apa pun."

Ishh dia ni sukalah macamtu! Baru nak taja!

" kenapa pula? Saya nak bayar kan, biarlah kalini guna duit saya."

" takde takde."

Sambil naz ambil airnya dan minum. Farah mengeluh. Baru niat nak belanja

" sukati hati awaklah, saya ikut jer."

" baiknya member aku ni, patutlah disayangi bini."

Perli nampak?!

" mesti kau tak sweet ann?"

Sambil letak airnya di meja dan kembali meletakkan tangannya di bahu farah untuk dipeluk dari tepi.

" ehhh tolong eaa, tak percaya tanya bini aku. Bini aku cakap aku nilah laki yang paling romantik tau!"

Zam toleh bininya dan buat kenyit mata kepada sarah. Sarah menjeling. Maleh layan!

" kau kena check hati dan mati kau ni sarah, takut mamat sengal ni dah santau kau."

" ehh kau ni?"

Farah tepuk tangan naz dengan halus. Farah memandang naz tak puas hati. Naz sengih pandang farah.

" gurau jer."

Farah menjeling. Kan dah cakap bini dia menakutkan?! Semua gelak sakan.

" tapi tengku dikira hebat jugalah dapat ubah hati kulkas macam si auliana ni, kalau tidak macam tiada perasaan jer selama ni."

KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now