KDK BAB 66

959 31 0
                                    

Di perkuburan islam, farah dan jayden sedang duduk dihadapan kubur ryan dengan membaca surah yasin.

" Sadakallahul'azim"

Jawab farah dengan jayden selepas menghabiskan ayat terakhir bacaan yasin. Farah pegang batu nisan itu dan dengan tak semena mena air matanya terus jatuh.

" ryan.. ini yang awak nak kan? Ayd sudah datang kerumah baru awak, dia kata dia rindu sangat dengan awak."

Farah mengeluh " awak jangan risau, anak awak ni sangat kuat. Kan saya dah cakap pada mimpi tu, dia tak akan nagis tapi sebaliknya saya yang menagis adalah. Lemah betul hati saya ni ryan.."

Farah diam.

" tapi saya tahu, dia pun macam saya juga. Tak suka tunjuk yang saya ni lemah depan orang. Padahal saya tahu jer, dia rindukan awak. Dia rindu nak panggil awak baba, saya tahu semua tu.."

Tetiba

Jayden mencapai tangan farah. Farah lepas dari memegang batu nisan itu lalu senyum pandang jayden.

" kenapa..?"

Jayden terus lap air mata mamanya. Baiknya anaknya ini!

" jangan nagis.."

Farah pegang tangan jayden dan senyum kepada anaknya itu.

" mana adalah."

Jayden senyum " mama jangan nagis tau, nanti kalau ayd kena marah dengan baba macam mana?

Farah sinis

" nanti baba marah ayd sebab ayd tak jaga mama dengan baik pastu buat mama nagis, apa yang ayd kena jawab dengan baba? Tak kesian ke dengan ayd..?"

Farah sinis dan ciut hidung anaknya itu. Kenapa comel sangat ni?

" berani ke baba marah awak..? Selama ni baba yang banyak backup awak dari mama sendiri tau."

Jayden lepas tangannya dan pegang tanah kubur ryan yang masih merah.

" ayd rindu baba. Baba kenapa tinggalkan aud dengan mama sorang sorang? Ayd masih perlukan baba."

" ayd...?"

" ayd sayang baba."

Farah mengeluh. Sudah kuduga anaknya itu memang akan menagis. Dia nak tenangkan mamanya tapi dia sendiri pun tak kuat!

" kalau baba jumpa dengan mummy, nanti baba cakap dengan mummy tau suruh mummy tunggu ayd dengan mama sampai sana."

Jayden lap air matanya " lepasni siapa yang nak backup ayd kalau mama berubah jadi singa?"

Farah terus sinis geleng menyempat dia kenakan mamanya yer? Farah usap belakang jayden.

" baba jer boleh tenangkan singa mama ni, nanti kalau ayd kena marah dengan mama, tolong sangat baba datang jadi roh bisik pada mama jangan marah ayd tau?"

Farah geleng siapalah yang ajar dia macamni? Mesti ryan kan? Macam manalah kalau satu hari nanti jayden meragam mencari cari ryan. Itulah perkara yang dia takut sangat.

 Itulah perkara yang dia takut sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now