KDK BAB 76

1K 24 2
                                    

Farah terkedu dengan kenyataan naz. Macammana boleh kantoi?!

" apa yang awak cuba merepek dengan saya pasal dia tu?"

Pandangannya kali ini tidak menghala ke arah naz. Naz berhentikan langkahnya dan ketika ini tangannya dah peluk tubuh.

" apa yang saya merepek..?"

" dengan kenyataan tulah! Semua tu merepeklah."

" awak jangan ingat abang tak tahu tentang rahsia awak yang masih berhubung dengan perempuan murahan tu!"

Marah naz! Farah pandang naz tidak puas hati. Kenapa perlu mengelar jessica perempuan murahan?!

" jangan panggil dia perempuan murahan.."

Naz sinis " nak backup dia pula?"

" awak tak faham apa yang saya buat sekarang ni."

" jadi, tolonglah pahamkan keadaan saya juga berkenaan yang awak masih berhubung dengan dia!"

" kenapa nak halang?"

Naz mengeluh " sebab saya tak suka dia rapat lagi dengan awak, sedarlah farah... dia tu pernah hancurkan rumah tangga kita. Kenapa masih lagi nak rapat?"

" kenapa awak nak salahkan dia juga dalam hal itu sedangkan awak juga dulu pernah menyakitkan hati dan perasaan saya sendiri..?"

Terdiam naz.

" dia dah berubah naz, kalau awak sendiri saya masih beri peluang untuk memaafkan tapi kenapa dia tidak? Kenapa dia tidak layak pula? Hina ke perempuan seperti jessica tu untuk orang maafkan perbuatan dia?"

" jadi apa yang awak dan jessica buat dibelakang saya..?"

Farah mengeluh. Tak habis lagi nakkan jawapan tu?! Farah serius pandang naz.

" awak tak perlu tahu."

Naz sinis " saya tak perlu tahu? Awak sedar tak sekarang ni depan awak ni adalah suami awak?!"

" bukan masa sekarang untuk saya beritahu, tolong jangan paksa saya untuk saya ceritakan benda ni."

Naz mengambil nafas untuk bertenang dan pandang isterinya.

" kenapa saya tidak boleh tahu..?"

Soal naz tangannya ketika itu dah jatuh daripada berpeluk tubuh. Farah dengan serba salahnya terus gelengkan kepalanya.

" sebab awak tak perlu tahu dan saya rasa awak tak perlu pun tahu apa yang antara saya dengan jessica buat dibelakang awak."

" saya suami awak puan farah!"

Baran naz! Yelah dia buat naz ni macam bukan suami and tak perlu pun tahu apa yang isteri dia buat!

" saya sedar benda itu dan sangat tahu. Tapi awak tak boleh nak paksa saya, naz."

Farah mengeluh dan menundukkan kepalanya seketika lalu kembali menatap wajah suaminya.

" saya minta maaf dan saya harap awak faham keadaan saya."

Tu jer dia mampu cakap. Sebab dia tak nak bila farah cerita nanti naz akan halang dia daripada jumpa dengan jessica

Farah mengeluh " saya nak pergi mandi."

Terus farah pusing dan terus masuk bilik air

" tu jelah kerja awak sayang! Bila ada masalah atau saya tanya awak selalu awak lari! Macam mana kita nak settle kalau awak asyik lari dari masalah?!"

Farah abaikan sahaja percakapan naz. Naz dah penat dan mengeluh semua ada. Apa yang susah sangat nak cerita?

 Apa yang susah sangat nak cerita?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAU DATANG KEMBALIWhere stories live. Discover now