The Obsessive Husband: 1

282K 8.3K 2.3K
                                    

"Kau balik bila, Sya? Petang ni ke?" Mulut bertanya tetapi mata Aina melekat pada baju-bajunya yang sedang dimasukkan ke dalam bagasi. Cuti tengah sem sudah bermula. Semua pulang ke kampung halaman.

Aisya bermalas-malasan di atas katil. Dia bergolek-golek dari hujung katil ke hujung katil pula.

"Haah petang ni." Balasnya ringkas. Setelah itu, dia memerhati ke arah Aina yang sedang mengemas. Gaya rakannya bagaikan rakannya itu memang ingin mengangkut dengan bilik-bilik ini terus. Banyak!

"Banyak sangat barang yang kau bawa balik Na. Lagi dua minggu, kita balik sini balik."

"Perempuan. Biasalah noks." Aina tersengih tidak bersalah. Zip ditarik lalu dia menolak bagasinya merapat pada almari pakaian.

Aisya menganggukkan kepalanya sebagai tanda membalas. Lebih kurang setengah jam, Aina akan pulang. Tinggallah dia seorang diri di sini. Flight dia adalah pada petang ini. Lambat lagi.

"Pasti rindu kau."

"Eleh. Dua minggu je pun. Nanti kau menghadap muka aku lagi." Aina tertawa lepas. Dia bangun lalu melabuhkan duduk di samping Aisya. Bahu rakan karibnya dipeluk erat.

"Yelah. Takde teman borak."

"Fathi kan ada. Nanti borak jelah dengan boyfriend kau tu."

"Fathi busy lah. Ini tahun akhir dia." Balas Aisya lalu dia kembali bergolek di atas katil. Matanya memandang ke arah siling.

Bercerita mengenai Fathi, ini dapat membuatkan dia blushing. Lelaki yang dia kenali sewaktu dia berada di tahun 1 Ijazah. Bagaimana dia boleh kenal lelaki itu? Dia mengenali Fathi sewaktu dia menyertai acara yang diadakan bagi peringkat perlawanan bawah kementerian.

Boyfriend dia sudah berada di tahun akhir pengajian. Bermakna, Fathi berumur 23 dan dia pula berumur 21. Jarak umur mereka hanyalah dua tahun. Dia tidak suka jejaka yang terlalu tua. Dia geli geleman.

"Blushing pula. Dah dua tahun pun masih blushing." Aina menyenggol bahu Aisya. Tergelak kecil dia melihat perlakuan temannya itu.

"Mestilah! Walaupun dah dua tahun, aku rasa baru semalam je kami bercinta."

Dan dan itu, terus saja Aina membuat gaya loya. Jika ingin digambarkan dengan emoji, maka Aina memegang emoji muntah.

"Meloya aku dengar." Getus Aina pendek dan membuatkan Aisya ketawa lepas.

"Kau dah kemas belum ni, Sya?"

"Belum."

Mendengar jawapan Aisya, terus saja Aina menarik tangan sahabatnya untuk bangun.

"Bangun. Kemas sekarang! Nanti kalau lambat, kau terlepas flight." Aina membebel bagaikan mak-mak.

Rambut panjang Aisya berselerak. Dengan malas, dia bangkit dari baringan lalu melabuhkan sila di lantai.

"Aku tolong." Aina menawarkan khidmat bantuannya. Terus melebar senyuman di wajah Aisya. Cun! Dia kalau bab-bab berkemas, memang malas.

"Sayang kau." Aisya melabuhkan kepalanya di atas bahu Aina. Aina hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum dia menampar perlahan sisi kepala Aisya. Nasib tak kuat!

••••

"Rindunya ma dekat anak mama ni." Badan Aisya segera dipeluk oleh ibunya. Puan Zakia membelek-belek tubuh sang anak bongsu setelah puas dia memeluk.

Aisya hanya tertawa kecil. Setelah itu, abahnya pula yang memeluk dirinya. Encik Amin hanya memeluk anak perempuannya sambil menepuk-nepuk bahu Aisya.

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Where stories live. Discover now