The Obsessive Husband: 3

175K 7.8K 2.4K
                                    

"Aisy." Mama mengetuk pintu bilik Aisya berkali-kali.

"Ya, ma."

"Jom keluar. Tetamu abah dah sampai."

"Okey. Kejap lagi Aisy keluar. Aisy tengah borak dengan kawan Aisy kejap ma."

"Okey. Nanti keluar tau. Jangan tak keluar pula."

"Baik ma."

Setelah itu, Aisya tidak mendengar apa-apa lagi. Mama sudah berlalu. Telefonnya yang disembunyikan di bawah bantal kembali ditarik.

Bimbang sekiranya mama masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba.

"Kenapa sayang?" Wajah Fathi terpampang penuh pada dada skrin. Aisya tersenyum sahaja memandang sang kekasih hati.

"Ada orang datang rumah Isya lah."

"Takpelah. Pergilah. Nanti dah siap call balik." Fathi persis mengerti. Dia tersenyum di sebalik kamera telefon itu.

"Tapi Fathi baru je call."

Aisya terdengar Fathi ketawa kecil. Perlakuan Fathi membuatkan Aisya turut sama tersenyum.

"Tak apa, sayang. I'm okay. Nanti I call balik lepas tetamu you balik."

"Tapi dah lewat ni. Fathi tak mengantuk ke?" Aisya mengerling ke arah jam yang berada di dindingnya. Dah jam 10. Tak adalah lewat sangat. Tapi tentu saja Fathi ingin berehat setelah seharian melayan anak-anak di sekolah.

"Awal lagi sayang. Tak apa. Sambil-sambil tunggu you siap berborak, I nak semak buku student." Balas Fathi lalu selonggok buku latihan berkulit coklat diangkat untuk ditunjukkan pada Aisya.

Aisya menganggukkan kepalanya.

"Okies! Nanti Isya call balik okey."

"Okay, baby. Pergilah. Tak payah letak call."

"Lepastu nak tengok apa je? Isya bukannya ada."

"Tengok almari baju you pun dah okey. Semua yang berkaitan dengan you menenangkan mata ." Terletus tawa halus dari mulut Aisya apabila mendengar petah kata Fathi. Ada-ada jelah. Dia gelengkan kepalanya berkali-kali.

"Isya pergi dulu tau."

"Okey baby." Lebar senyuman Fathi.

Aisya bangun dari katilnya lalu dia mengemaskan baju tidur serta tudung sarungnya. Alah. Setakat duduk dekat rumah je pun. Tak payahlah beria nak tukar-tukar baju.

Siapa tetamu abah dan mama tu? Kenapa pula nak jumpa dengan dia? Dia istimewa ke? Hahahahah perasan!

Kaki dibawa menuju ke arah ruang tamu. Ada seorang lelaki yang sedang rancak berborak dengan abah, mama dan abang Zain. Tak nampak jelas. Yang pasti dia hanya mendengar suara garau yang sedang berbicara dengan abah. Lelaki itu masih dalam persalinan baju melayu. Agaknya, baru habis mengikuti abah ke masjid.

"Kiranya syarikat Ammar dah banyaklah ni? Subhanallah, suka akak mendengarnya."

Langkah kaki Aisya bagaikan digam pada bumi. Ammar? Maksud mama, uncle Ammar ke? Siapa lelaki itu? Mengapa dia tak dapat mengingat walaupun satu insiden?

"Alhamdulillah kak. Rezeki. Tak adalah banyak sangat. Masih bertatih-tatih lagi. InsyaAllah, boleh senangkan anak bini nanti." Suara husky itu menjawab lagi. Aisya terkebil-kebil di hujung ruang tamu. Buat apa mama memanggilnya ke sini? Kalau begini, eloklah dia berkurung di ruang tamu.

Terasa diri diperhati, mama mengangkat wajah memandang ke arahnya.

"Aisy! Sinilah. Kenapa tercegat je dekat situ?"

Dan tiga pasang mata lagi teralih ke arahnya. Termasuk juga dengan lelaki yang digelar sebagai 'Ammar'.

Mata Aisya merenung dalam ke arah lelaki asing itu. Mengapa dia macam cam sahaja lelaki itu?

"Aisy. Sini. Kenapa pandang tetamu macam tu?" Abah menegur anak perempuannya yang bagaikan terkejut sangat. Gaya macam baru lepas jumpa selebriti idaman.

Kaki Aisya dilangkah menuju ke arah mama. Berat pula terasa setiap langkahnya.

Semua mata memandang ke arahnya bagaikan dia seorang model.

Mama memberikan ruang untuk Aisya melabuhkan duduk. Betul-betul berhadapan dengan lelaki yang agak asing pada pandangan matanya.

"Inilah anak bongsu abang, Ammar."

Mata Ammar melekat pada wajah Aisya. Senyumannya diukir sehingga menunjukkan tempang wajah manisnya.

"Aisya." Ammar menggetus perlahan namun masih sempat didengari oleh Aisya. Rentak jantungnya berlari dengan tidak aman.

Aisya begitu cantik! Subhanallah.

Subhanallah! Inilah pertama kali dia melihat anak bongsu Encik Amin.

Aisya hanya tersenyum ringkas. Naik segan dibuatnya apabila dari tadi lagi jejaka dihadapannya itu memandang
dia tidak berkelip.

"Inilah Uncle Ammar yang mama cakap tempoh hari. Uncle Ammar ni adik angkat abah. Ingat tak Uncle Ammar?" Mama mencapai tangan Aisya lalu digenggamnyaerat. Matanya memandang wajah Aisya yang jelas tertanya-tanya.

"Aisy tak ingat, ma." Aisya menjawab jujur. Matanya turut memandang ke arah jejaka segak yang berada di hadapannya itu.

“Tak apa kalau Aisya tak ingat. Kita memang tak
pernah jumpa pun sebelum ini. Ini kali pertama kita bertemu.” Suara Ammar mengambil alih. Dia tidak berasa ralat sekiranya Aisya tidak mengingatinya. Logiklah kerana mereka pun memang tidak pernah berjumpa. Dia cuma tahu
bahawa Encik Amin mempunyai anak bongsu perempuan beberapa hari lalu semasa kali pertama bertemu setelah 15 tahun tidak bersua muka.

Mata Aisya berkedip beberapa kali. Ya, bukan
salahnya. Mereka berdua memang tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ammar tersenyum ke arah Aisya. Tingkah laku Aisya kelihatan sungguh comel. Mata bundar itu sedang berkelip-kelip memandangnya.

Paluan jantungnya yang tidak sekata semenjak tadi cuba untuk dihiraukan. Apa kena dengan dirinya ini? Pertama kali bersua mata sudah mampu membuatnya jatuh cinta? Aneh, namun itulah hakikatnya. Dia percaya pada cinta pandang pertama.

Sewaktu Encik Amin menyuakan telefon yang
memaparkan gambar Aisya pada dada skrin, rentak jantungnya sudah menggila. Sungguh cantik ciptaan-Nya.

“Ehemmm! Lama main mata. Dah jatuh cinta ke?” Suara Zain ternyata membuatkan kedua-dua insan itu serentak melarikan pandangan mata.

Zain tertawa kecil sebelum dia mencapai cawan yang berisi air itu.

Hai, adiknya dan Ammar sudah terikat hati ke apa? Nampak macam tak nak lepaskan pandangan saja.

Ammar berdeham perlahan. Tangannya naik
mengusap-usap belakang batang leher. Segan juga apabila ditegur sebegitu.

Aisya pun sama. Tingkahnya serba tak kena.
Perlakuannya yang serba tak kena itu membuatkan abah dan mama bertukar pandangan sesama sendiri.

Hmm... macam ada yang tak kena saja lagaknya.

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ