The Obsessive Husband: 7

145K 7K 1.1K
                                    

Aisya meletakkan hidangan yang terakhir di atas meja sebelum dia mengambil tempat. Tempat duduknya betul-betul berhadapan dengan Ammar. Tak apalah. Dia anggap bahawa perkara yang berlaku semalam adalah yang tidak disengajakan.

Ammar hanya menilik seketika wajah Aisya sebelum dia memandang ke arah encik Amin. Degup jantungnya masih berlari dalam paluan yang tidak normal.

"Lena kamu tidur semalam, Am?" Tersentak sedikit badan Ammar.

Dia mengukir senyuman terlebih dahulu sebelum menjawab.

"Alhamdulillah, lena bang."

"Am tidur pukul berapa semalam? Akak nampak pukul 4 pagi pun bilik Am terang lagi tadi."

Ammar mengalihkan wajahnya ke arah puan Zakia yang berada bersebelahan dengan Aisya.

"Tak rehat lagi ni kak. Badan rasa tak letih pulak."

"Ya Allah, belum rehat lagi? Hisy! Tak elok untuk
kesihatanlah," getus abah pula. Kepalanya tergeleng-geleng.

Ammar tersengih buat seketika sebelum hatinya menjawab. 'Tengah fikirkan anak abanglah.' Namun, dalam hati jelah. Mulutnya tak berani mengungkapkan kata.

"Buat kerja sikit. Kena semak dokumen before luluskan untuk kerja-kerja construction." Balas Ammar pendek. Dia tak tipu. Sebahagian sebab dia tidur lewat adakah kerana sibuk menyemak dokumen.

Aisya hanya diam membisu. Dia tidak tahu harus berborak apa. Jujur, dia kekok untuk berbicara dengan Ammar selepas kejadian semalam.

"Oh. Penatnya. Nanti lain kali, janganlah push sangat. Kesihatan tu kena jaga juga. Tak elok kalau amalkan tidur lewat setiap malam." Abah memberikan nasihat. Mama yang sedang menuangkan nasi goreng ke dalam pinggan menganggukkan kepala sebagai tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya.

"InsyaAllah bang. Tak ada apalah. Bukan selalu juga. Kadang-kadang je." Ammar membalas sopan. Kadang, dia mengerling ke arah Aisya yang hanya memerhati butiran nasi di atas pinggan.

Mama meletakkan nasi ke dalam pinggan Ammar.

"Terima kasih kak." Ammar senyum segaris ke arah mama. Mama menganggukkan kepalanya berserta senyuman.

"Zain, baca doa." Zain yang sedang bermain telefon tersentak sedikit apabila mendengar suara abahnya. Lekas-lekas dia mematikan telefon pintarnya sebelum diletakkan di atas meja.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Setelah selesai mengaminkan doa, masing-masing mulai menjamu sarapan. Hening. Kadang kala sahaja suara abah dan Ammar bersatu di meja makan.

••••

"Aisya." Mama memanggil lembut.

Lantas, Aisya mengangkat kepalanya daripada terus tertumpu ke arah sinki. Pinggan terakhir sedang dibilas sebelum dia menutup pili air.

"Ya, ma. Kenapa?"

"Mama nak buat rendang esok pagi. Aisya boleh tolong mama belikan bahan-bahannya?"

"Oh, boleh je. Nanti mama senaraikan bahan- bahannya. Aisy cakap kat abang Zain sekejap, suruh temankan."

"Terima kasih, sayang. Nanti mama senaraikan bahan- bahan dia. Aisy pergi cakap dekat Zain dulu. Cakap mama suruh."

Aisya menganggukkan kepalanya. Baru saja mahu berpusing, matanya sedikit membulat apabila melihat figura Ammar sedang berdiri di jenang pintu dapur.

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Where stories live. Discover now