The Obsessive Husband: 4

161K 7.6K 2.5K
                                    

"Minum dulu, Am. Nanti ais mencair dah tak sedap." Mama mengunjukkan ibu jarinya ke arah gelas kaca yang terisi dengan milo ais.

"Terima kasih kak." Ammar menganggukkan kepalanya sedikit sebelum dia menarik gelas kaca. Diletakkan pada bibir lalu dia meneguk seteguk demi seteguk jus tersebut.

"Am stay dekat KL kan? Dekat mana dah? Abang lupa." Suara abah mengambil alih suasana yang hening sebentar tadi.

"Ya kak. Area Putrajaya."

"Oh. Tak jauhlah dengan tempat study Aisy. Nanti bolehlah tengok-tengokkan anak akak ni."

"Ma!" Aisya menjegilkan matanya. Apa pula mama cakap macam ni dekat uncle Ammar!

Ammar tergelak kecil. Sopan betullah mamat sorang ni.

"InsyaAllah boleh kak. Saya dah anggap Aisy macam keluarga saya sendiri." Ammar membalas sopan kata kata mama. Setelah itu, dia menjeling ke arah Aisya yang masih memandang ke arahnya.

"Abang Ziyad kan ada dekat sana. Kenapa nak minta tolong orang lain pula?" Aisya berbisik perlahan di telinga mamanya.

Mama menjeling lembut ke arah Aisya.

"Oh mama lupa. Tadi, uncle Ammar ada belikan KFC. Bawa ke sini."

"Eh?" Mata Aisya automatik membulat. Uncle Ammar macam tahu-tahu je yang dia craving KFC.

"Macam mana-..."

"Tadi saya ada terdengar perbualan Aisy dengan abah Aisy. Maaf, kalau saya berkelakuan kurang sopan." Ammar memohon maaf terlebih dahulu. Kata-kata Aisya dipintas laju.

"Takde apalah Am. Nasib baik juga Am tolong belikan. Abang dah lupa dah tadi. Maklumlah, excited nak bawa Am ke sini. Sebelum ini kan kita jumpa dekat masjid je." Abah tersenyum penuh ketenangan.

"Pergi ambilkan. Letak dalam pinggan." Mama mengarah lagi anak bongsunya.

"Hmm yelah." Aisya bangun jua pada akhirnya. Takkanlah dia ingin menunjukkan sifat malasnya? Aigooo.

••••

"Saya nak pergi tandas kejap."

"Sila sila. Am ingat lagi kan tandas rumah kami."

"InsyaAllah ingat kalau lokasi dia tak berubah."

Terletus tawa di celah bibir abah, mama dan juga Zain. Ada ada sahaja Ammar ini.

"Saya pergi dulu ya."

Abah menganggukkan kepala. Ammar terus saja bangun dari duduknya. Kaki dilangkah ke arah dapur yang berada ke belakang sikit. Dia sebenarnya bukan ingin ke tandas. Dia ingin berjumpa dengan Aisya sahaja.

Dari belakang, Ammar nampak badan Aisya yang bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan.

Aisya sedang meletakkan ketulan ayam-ayam goreng ke dalam pinggan kaca yang bersaiz sederhana besar. Sambil itu, bibirnya tak sudah melagukan lirik Butterfly dendangan Melly & Andika.

Suara nyanyian Aisya menyapa pupuk pendengaran Ammar. Ammar tersenyum kecil.

"Nak saya tolong?"

Hampir terpelanting ayam yang berada pada tangan Aisya. Aisya segera mengalihkan kepalanya menghadap Ammar. Matanya agak membulat apabila melihat wajah Ammar.

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Where stories live. Discover now