BAB 17 - Honeymoon✨

184 30 99
                                    

Setelah beberapa jam memandu, jam menunjukkan pukul 4 petang. Mateen kejutkan Jannah untuk solat dan makan terlebih dahulu dengan memanggil nama, juga menepuk lembut dan perlahan.

"Jannah.. bangun, jom kita solat dan makan dulu, belum sampai lagi ni" - Mateen mengejut Jannah dengan lembut

"Dah sampai ke? kat mana sekarang ni?" - ujar Jannah mamai dan menggosok lembut matanya

"Kita kat R&R ni, belum sampai lagi.. kita solat and makan dulu ok" - ujar Mateen mengajak Jannah solat dan pergi makan

Mereka berhenti di R&R untuk solat asar dan makan sebelum teruskan perjalanan. Selepas selesai solat, mereka makan bersama.

"Kita nak pergi mana ni? awak tak bagitahu pun pergi mana" - soal Jannah yang tertanya-tanya

"Nanti awak tahulah bila dah sampai.. and hope awak suka lah nanti.. kalau awak tak suka pun, saya sukakan juga" - ujar Mateen terukir senyum manis di bibirnya

"Tu pun nak berahsia dengan orang.. apa salahnya bagitahu je terus, saya tak suka bila berfikir tertanya-tanya macamni" - Jannah muncungkan bibirnya

"Salah lah, sebab saya nak buat surprise.. so mana boleh bagitahu, nanti awak akan tahu juga bila dah sampai" - ujar Mateen mengangkat sebelah keningnya

"Suka hati awak lah, Encik Mateen🙄" - Jannah menunjukkan riak muka annoying sambil mengunyah makanan

"Ehh salah tu, patutnya belakang tu Suamiku Mateen.. haa begitu, baru betul.. bukan Encik Mateen" - Mateen yang cuba mengusik Jannah. Jannah diamkan diri kerana malas layan Mateen

Selepas mereka berdua habis makan, mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke destinasi. 2 kali mereka berhenti di R&R untuk solat dan makan, kerana jalanraya sedikit sesak. Hampir pukul 8 malam, akhirnya mereka tiba di destinasi.

"Alhamdulillah dah sampai.. kejap awak tunggu sini, nanti kalau saya call awak keluar kereta, baru awak keluar ok?" - ujar Mateen

"Pergi mana? awak nak tinggalkan saya sorang dalam kereta??" - tanya Jannah dengan riak muka terkejut

"Sekejap je.. nanti kalau saya suruh awak keluar, awak keluar ok.. awak takut ke tinggal sorang dalam kereta?😏" - ujar Mateen memandang ke arah Jannah

"Eii! takde maknanya saya takut, tanya je pun🙄" - ujar Jannah menyilangkan tangannya. Mateen pun keluar dari kereta, dan tidak lama itu Mateen call menyuruh keluar

Jannah keluar dari kereta dan melihat keaadaan sekeliling agak gelap, sambil on call dengan suaminya itu. Mateen yang ketika itu ada di sebalik dinding homestay yang mereka diami, membuka lampu hiasan di homestay tersebut. Jannah terpegun melihat lampu hiasan yang cantik itu. (Btw gambar hanya rekaan je tau hehe😁)

"Suka ke tak??" - Mateen yang tiba-tiba sahaja muncul berjalan ke arah Jannah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Suka ke tak??" - Mateen yang tiba-tiba sahaja muncul berjalan ke arah Jannah

"Em sukalah juga, cantik.. awak buat semua ni ke?? tapi bila masa awak buat semua ni?" - soal Jannah cuba mengawal perasaan sukanya, sedangkan di lubuk hatinya sangat suka dan gembira

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now