BAB 25 - Cincin??✨

146 29 102
                                    

2 hari kemudian, mereka berdua seperti biasa bersiap untuk pergi ke kerja. Tali leher di katil itu, di capai oleh Jannah dan menghampiri Mateen yang sedang membetulkan kolar bajunya.

"Memandangkan sayang selalu siap cepat and awal.. so mulai hari ini, sayang pakaikan hubby tie eh" - ujar Jannah sambil memakaikan tali leher itu

"Sayang pakaikan hari-hari pun hubby tak kisah, boleh bermanja dengan isteri sebelum pergi kerja.. terima kasih sayang" - ujar Mateen tersenyum lebar dan tangannya di pinggang Jannah

Sejak dari mereka pergi melawat ke kubur arwah keluarga mereka hari itu, hubungan mereka semakin erat dan Jannah mulai cinta pada suaminya Mateen. Benar kata papa Jannah, Mateen adalah suami yang terbaik dan boleh mengubah Jannah menjadi yang lebih baik. Mereka juga, mulai pergi kerja bersama-sama dan tidak pergi secara asing.

Di dalam kereta...

"Sayang, lupa nak cakap.. event dinner tu nanti ada tema tau, boss kata pakai baju tema navy blue atau royal blue.. sayang ada tak baju warna tu?" - tanya Mateen yang sedang memandu

"Tak pasti ada ke tak, tapi rasanya baby blue ada lah kot.. memang wajib pakai baju macam boss kata tu ke?😅" - soal Jannah

"Yup.. sebab kat event tu ada orang besar dan orang ternama dari company lain, kalau sayang tak ada baju warna tu, nanti kita pergi beli eh.. sempat lagi kalau beli minggu ni" - ujar Mateen

"Ohh hm ok.. faham" - ujar Jannah mengangguk kepalanya menandakan faham

Hampir 20 minit dalam perjalanan, mereka tiba di tempat kerja. Mateen menoleh ke arah Jannah dan menghulurkan tangannya, Jannah menyalam dan secara mengejut, CHUP~💋 Jannah mencium pipi Mateen. Terkedu Mateen dibuatnya. Kali ini, Jannah pula membalas semula ciuman pada Mateen.

"Bye hubby.. sayang masuk kerja dulu eh" - ujar Jannah dan terus keluar dari kereta. Mateen menyentuh pipi yang dikucup Jannah tadi sambil tersenyum

Selepas Jannah masuk ke tempat kerjanya, Mateen pula keluar dari kereta dan masuk ke office. Sebaik tiba sahaja di office, Mateen disapa oleh rakan-rakan sepejabatnya. Sebelum ini, Mateen sedikit tegas dan serious di office. Namun sekarang, perubahan Mateen makin kelihatan dan paling ketara dia selalu senyum. Baru sahaja Mateen melakukam kerjanya 10 minit, Tok! tok! (pintu Mateen diketuk)

"Ye masuk" - Mateen pelawa masuk

"Sorry ganggu.. I datang nak tunjuk fail projek ni kat you and nak minta you double check boleh?" - ujar Kyra sambil memegang satu fail ditangannya

"Oh ok boleh.. meh saya tengok kejap" - ujar Mateen meminta fail itu. Kyra datang mendekati sebelah Mateen dan menunjukkan dan menghulurkan fail tersebut

Sedang Mateen double check fail tersebut, secara tidak sengaja mata Kyra tertumpu pada jari manis Mateen yang mempunyai sebentuk cincin dijarinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang Mateen double check fail tersebut, secara tidak sengaja mata Kyra tertumpu pada jari manis Mateen yang mempunyai sebentuk cincin dijarinya. Kyra tenung pada cincin itu dan fikirannya mula tertanya-tanya, tanpa dia sedar Mateen memanggil namanya.

"Ok saya dah double check, semua ok, cuma maybe boleh ubah sikit mana perlu.. nahh Kyra.. Kyra??" - ujar Mateen menghulurkan fail itu dan memanggil Kyra

"Ohh sorry Mateen.. I tak fokus tadi, you ada cakap apa-apa ke?" - tanya Kyra

"Saya just cakap semua ok, but awak boleh ubah sikit mana perlu.. awak kenapa termenung tadi?? fikir apa?" - tanya Mateen sambil membetulkan tali lehernya

"Aaa tak ada apa.. cuma, em cantik cincin kat jari you tu.. you suka pakai cincin eh sekarang??" - Kyra yang ingin tahu dan busybody asyik bertanya

"Oh cincin ni, cantik kan? awak rasa, saya pakai cincin ni sebab apa??😏 kenapa tanya? saya tak boleh pakai cincin ke?" - soal Mateen senyum senget sambil menunjukkan cincin dijarinya dan mengangkat sebelah keningnya

"Aaa em cantik😅 ehh tak salah pun, sebab I baru first time nampak you pakai cincin.. sebelum ni tak pernah nampak you pakai" - ujar Kyra sedikit tergagap

"Ohh.. kenapa? awak fikir saya dah kahwin ke, bila saya pakai cincin??" - soal Mateen lagi sengaja bertanya banyak soalan pada Kyra

"Tak.. cuma pelik je sebab you tak pernah pakai cincin, sebab you tak suka accessories right?? kalau you kahwin, mesti you bagi kad jemputan kan.. nak bergurau lah tu" - Kyra yang berasa sedikit pelik

"Terpulanglah kalau awak rasa, saya ni bergurau.. awak ada apa-apa lagi fail nak saya check??" - ujar Mateen sedikit dingin dan tidak selesa Kyra berada di situ

"Emm tak ada apa.. I keluar dulu, sorry kalau buat you moody" - Kyra mengundurkan diri keluar dari bilik itu. Mateen mengangguk dan mengalu-alukan Kyra keluar dari biliknya

Kyra keluar dari bilik tersebut dengan perasaan sedikit geram dan mulutnya berkumat-kamit. Dengan langkah besar berjalan laju, Kyra terus pergi ke mejanya.

"Mateen tu kenapa?! aku layan dia elok je, apa salah aku sampai dia layan macam nak tak nak je?? sebelum ni tak pernah macam tu.. ke sebab, Mateen kena buatan sihir perempuan tu??😳 zaman sekarang kan, macam-macam boleh buat tapi tak kan lah kot.. tak kan Mateen dah kahwin?? ehh NO!" - Kyra yang masih tertanya-tanya dan macam-macam bermain di fikirannya

Lewat petang itu, Mateen menjemput Jannah di klinik seperti biasa untuk pulang ke rumah. Mateen membukakan pintu kereta untuk Jannah.

"Silakan masuk isteriku~" - Mateen pelawa Jannah masuk ke dalam kereta

"Hubby.. sayang boleh buka pintu sendiri lah, tapi tak apa lah.. terima kasih suamiku~" - ujar Jannah menahan senyum

"Apa salahnya kan, sekali sekala bukakan pintu untuk isteri.. sweet macam dalam drama kan🤭" - bisik Mateen perlahan di telinga Jannah

Mereka masuk ke dalam kereta dan berborak serta bermesra-mesraan di dalam kereta.

Bersambung~~
(Kyra dah nampak cincin di jari Mateen🤭 Kyra tak senang duduk tu guyss😆 jangan lupa tekan bintangvote ok! terima kasih🌹 nahh big love untuk korang❤️❤️❤️)

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now