BAB 39 - Welcome baby 'A'✨

329 22 156
                                    

Flashback sedikit BAB 38...

Siapa perempuan tu eh??😕 macam familiar.. bukan ke dia yang aku terserempak time dekat KL tu? ke iras? Danish, kat dunia ni ramai yang pakai purdah.. haihh kenapa lah aku asyik terfikir pasal perempuan tu je" - Danish tertanya-tanya gerangan wanita tersebut, lalu Danish masuk ke office

Danish masuk ke dalam bilik Dato' Farid dan bertanya tentang wanita berpurdah itu. Pada mulanya, Dato' Farid tidak memberitahu nama kerana wanita tersebut minta dirahsiakan sementara. Namun, apabila Dato' Farid melihat kesungguhan Danish dan rayuannya yang menyatakan ingin merisik dan berkahwin, terpaksa memberitahu.

"Uncle.. sorry ganggu, nak tanya.. tadi ada perempuan pakai purdah masuk sini jumpa uncle ke??" - tanya Danish yang ingin tahu

"Tak pun.. ada.. kenapa kamu tanya? dia minta rahsiakan nama dia" - soal Dato' Farid

"Siapa perempuan tu uncle? nama dia siapa? dia kerja sini ke? uncle please.. siapa dia? Danish dapat rasa macam kenal dia, tapi tak pasti itu dia atau bukan" - ujar Danish yang sangat ingin tahu gerangan wanita itu

Dato' Farid hanya mendiamkan diri, tetapi apabila melihat kesungguhan Danish dan Danish menyebut wanita itu seperti 'Kyra', lalu dia beritahu. Danish terus menyatakan hasrat untuk mahu berkahwin dengan Kyra pada Dato' Farid.

END FLASHBACK...
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

2 bulan kemudian, due date Jannah semakin hampir hanya menunggu masa dan menghitung beberapa hari saja lagi. Masih tiada tanda-tanda untuk bersalin. Walaupun Jannah sudah sarat dan tidak larat berjalan, namun masih berselera makan. Sebelum bersalin, macam-macam Jannah minta pada Mateen.

"Hubby.. tak lama lagi sayang dah nak bersalin, boleh tak kita makan steamboat??🥺 please" - pinta Jannah pada Mateen

"Aikk? sayang tu dah sarat tau, bila-bila je boleh bersalin.. kang kalau terberanak time makan steamboat tu macam mana?😌" - soal Mateen risau dengan keaadaan isterinya yang sarat mengandung

"Ishh tak ada lah.. janganlah cakap macam tu.. tak ada tanda-tanda bersalin pun lagi.. makan kejap je, lepas tu kita balik lah👉🏻👈🏻" - ujar Jannah membuat riak muka comel dan kasihan

"Hubby bukan tak bagi, tapi risau kat sayang tu tengah sarat" - ujar Mateen kerisauan

"Hmm.. boleh lah, ehh please??🥺 esok hubby cuti kan? apa kata malam ni kita tidur rumah mama baba?" - Jannah membodek Mateen lagi. Mateen tidak sampai hati lihat isterinya merayu bodek begitu

Lalu mereka bersiap dan packing sedikit barang untuk tidur di rumah mama baba Mateen. Sebelum itu, mereka singgah makan dahulu di restoran steamboat. Jannah kelihatan sangat berselera, perutnya tiba-tiba terasa sedikit cramp tetapi tidak sakit. Setelah habis makan, mereka bertolak ke rumah mama baba Mateen.

Di rumah mama baba Mateen...

"Eh anak menantu mama datang? kenapa tak bagitahu awal-awal dulu.. tidur sini ke, bawa beg ni?" - tanya mamanya tersenyum

"Haah mama.. esok Mateen cuti, tadi pun bawa Jannah makan steamboat.. dia kata sebab nak makan sebelum bersalin" - ujar Mateen

"Oh yekee.. Jannah dah sarat dah ni, duduk lah.. Amani pun ada ni haa, dah nak habis pantang lagi beberapa hari" - ujar mamanya

"Comelnya dia.. Assalamualaikum sayang👶🏻 muka ikut mama dia sebiji hahaha.. nama penuh dia apa Amani?" - tanya Jannah sambil mengusap dan berbicara dengan anak Amani

"Qalisha Ameera.. panggil Qalisha je, nanti dia ada geng lah ni" - ujar Amani ketawa kecil

"Sedapnya nama.. untunglah rezeki dapat anak sepasang.. nak pergi bilik kejap eh" - ujar Jannah, lalu dia pergi ke bilik air

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now