BAB 34 - Demam✨

160 21 50
                                    

Keesokkan harinya, Mateen cuti kerana hujung minggu. Mateen dan Jannah keluar bersiar-siar meluangkan masa bersama. Mereka makan dan membeli-belah di mall. Jannah sangat teringin menonton wayang kerana sudah lama tidak menonton sejak dia berumur 17 tahun.

"Hubby.. nak tak, kita tengok wayang? sayang dah lama tak tengok wayang☹️" - Jannah cuba membodek dan membuat riak muka comel

"Sayang nak tengok wayang? ada cerita best ke? tapi kalau sayang nak tengok, jangan pilih cerita seram.. sayang tu pregnant tau" - pesan Mateen pada Jannah dan memberi greenlight menonton wayang

Mereka naik ke tingkat aras atas mall tersebut. Mereka berdua membeli tiket wayang dan membeli popcorn. Akhirnya, dapat juga Jannah merasa menonton wayang setelah sudah beberapa tahun tidak menonton. Mereka bersiar sehingga hampir senja.

"Hubby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hubby.. jom kita balik, dah pukul 6 lebih ni.. sayang penat lah👉🏻👈🏻" - ujar Jannah kepenatan

"Aloloo.. ok sayang, kita balik ye.. sebelum balik, sayang ada nak beli apa-apa lagi tak?" - tanya Mateen

"Tak ada, tak nak beli apa-apa.. nak balik je sekarang ni, hmm penat" - ujar Jannah mencebikkan bibirnya

"Ok.. kesian dia penat, baby dalam perut mummy ni pun penat ke berjalan?" - Mateen menyentuh perut dan berbicara dengan anak dalam kandungan Jannah di tempat awam

"Byy! orang nampak lah, malulah orang semua pandang-pandang" - Jannah menepuk bahu Mateen dan melihat sekelilingnya

"Hahaha sorry sayang.. ok jom kita balik" - ujar Mateen sambil memimpin dan memegang erat tangan isterinya itu

Tiba sahaja di rumah, mereka solat berjemaah dan berehat. Esok paginya, Mateen sedang bersiap untuk pergi kerja. Mateen cuba mengejutkan isterinya yang sedang baring di katil, dia menganggap Jannah terlalu penat berjalan semalam. Lalu, dia datang menghampiri Jannah dan merasa badan Jannah seperti sedikit panas.

"Sayang bangun, hubby nak pergi kerja ni.. badan sayang panas ni.. dahi panas, jom hubby bawa pergi klinik" - Mateen mengejut lembut, dan sedikit terkejut suhu badan Jannah sedikit panas

"Tak apa lah, nanti kejap lagi sayang makan ubat eh.. hubby pergi lah kerja dulu" - ujar Jannah dengan nada sedikit lemah

"Tak boleh lah macam tu sayang.. sayang tu pregnant tau, kalau jadi apa-apa kat baby macam mana? kita pergi klinik eh, nanti pandai lah hubby cakap dengan boss" - ujar Mateen yang tetap ingin bawa Jannah ke klinik

Kemudian, Jannah menyalin baju dan Mateen membawa Jannah ke klinik Rykarl. Mateen memimpin Jannah masuk ke dalam klinik, dan menunggu doktor periksa. Kebetulan, Rykarl yang memeriksa keaadaan Jannah ketika itu.

"Karl.. bini aku ok ke? demam je kan?" - tanya Mateen kerisauan

"Alhamdulillah.. ok je, cuma demam biasa.. sekarang baru aku tahu, bini kau pregnant rupanya😌 awak pun senyap je ye Jannah.. pandai korang sembunyikan eh" - ujar Rykarl riak muka redha

"Bukan saja-saja kami sembunyikan, ada sebab😬 tapi kalau kau dah tahu tu, ok lah kan? hahaha" - ujar Mateen ketawa

"Yelah.. apa-apa pun congrats! and Jannah, awak kena banyakkan rehat ye.. nanti saya bagi ubat, awak makan.. kandungan awak baru lagi kan, so jaga baik-baik ye" - pesan Rykarl pada Jannah

"Ok baik doktor Rykarl.. InsyaAllah saya jaga baik-baik, terima kasih atas pesanan doktor" - ucap Jannah tersenyum

Sebaik sahaja selesai, Mateen pun bawa Jannah pulang dan menjaga Jannah di rumah. Dia sudah memberitahu pada Dato' Farid, di hari tersebut tidak dapat hadir kerana ada emergency. Jadi Mateen mengambil cuti untuk menjaga Jannah.

Manakala, di office...

Beberapa hari kemudian, Kyra mula sudah datang ke kerja. Namun penampilan Kyra sedikit berbeza dan tidak sama seperti sebelum ini. Rambutnya yang dulu panjang dan terkadang berikat kemas, kini rambutnya di potong pendek. Pemakaiannya juga kadang-kala seperti sedikit tidak terurus. Sejak dia masuk ke kerja, dia jadi bualan staff di situ.

"Dua tiga hari ni aku tengok Cik Kyra macam lain lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dua tiga hari ni aku tengok Cik Kyra macam lain lah.. dia sekarang pun tak banyak cakap, diam je buat kerja dia sendiri" - ujar salah seorang staff di situ

"Kan.. bila dah datang masuk kerja, Cik Kyra diam je.. sebab apa eh dia jadi macam tu? kita ada buat salah kat dia ke??" - tanya seorang lagi staff

"Maybe ada masalah lain kot, masalah family ke.. ehh baik kita pergi buat kerja, sebelum Cik Kyra marah kita lagi macam hari tu" - ujar staff tersebut dan mereka bersurai pergi ke meja masing-masing

Kyra juga tidak menganggu Mateen, dia hanya mampu melihat Mateen dari jauh sahaja. Dia masih lagi dalam proses untuk move on walaupun susah baginya. Agak sukar baginya untuk melupakan orang yang dia cinta dan suka selama ini. Ketika Kyra seorang diri makan di restoran tengahari itu, Danish datang menyapanya.

"Hi Kyra.. I ganggu you ke? boleh I duduk sini?" - tanya Danish, namun Kyra tidak respon apa-apa dan mendiamkan diri

Danish hanya tersenyum dan memesan makanan. Suasana di meja mereka menjadi sunyi, Danish mencuba untuk berborak dengan Kyra.

"Kyra.. you ok ke? kenapa diam je ni, dulu you tak diam macam ni tau" - ujar Danish sedikit risau dengan keaadaan Kyra

"Ok" - hanya sepatah ayat saja yang dijawab oleh Kyra

"Dapat pun dengar suara you.. dah berapa hari ni, you asyik senyap diam je.. kalau you ada masalah, you boleh je share dengan I.. I ok je" - ujar Danish

"I dah kata ok kan tadi.. jangan tanya and cakap apa-apa please.. I nak balik office" - ujar Kyra yang hanya menunduk ke bawah sahaja, lalu dia pergi dari restoran tersebut

Danish hanya terdiam dan Danish agak sedikit risau akan situasi dan keaadaan Kyra. Dia juga sedang terfikir dan tertanya-tanya, mengapa keaadaannya seperti itu. Dia juga mahu mencuba lagi untuk bertegur dengan Kyra secara personal.

Bersambung~~
(Korang rasa, Kyra dapat move on tak??🤔 hope dia berubah lah ye huhu.. and seperti biasa, jangan lupa tekan button starcomel bawah ni ok.. terima kasih, sayang korang sangat❤️)

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now