BAB 32 - Gosip✨

144 23 146
                                    

Sejak Jannah mengandung, Mateen akan pulang ke rumah sharp pada waktunya. Semenjak itu juga, jadi bualan dan staff 'membawang' di office tersebut.

 Semenjak itu juga, jadi bualan dan staff 'membawang' di office tersebut

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Eh weyy korang tak perasan ke, Encik Mateen balik awal.. semenjak kahwin, balik awal jumpa bini lah tu.. kan best kalau aku jadi isteri dia" - salah seorang staff membawang dengan rakan-rakannya

"Haah lah, aku pun ada perasan juga.. untungnya isteri dia tu kan🥺 ehh kau, berangan je lebih.. bukan kau, patutnya aku ni yang kena jadi isteri Encik Mateen tu" - ujar salah seorang lagi staff

"Entah-entah kan, aku syak bini Encik Mateen tu pregnant tak?? sebab tu dia sekarang balik awal and sharp, mana lah tahu kan" - ujar staff tersebut lagi dan tanpa disedari, Kyra sedang mendengar perbualan mereka semua

"Makcik-makcik bawang sekalian, dari hari tu korang asyik bergosip membawang je kerja eh😒 tak payah perasan lah korang tu jadi isteri dia, pergilah buat kerja sana! jangan sibuk nak bergosip je" - Kyra terus sahaja memarahi staff tersebut dan mereka semua berlalu pergi

Apabila Kyra mendengar salah seorang staff tadi, berkata isteri Mateen mengandung, hati Kyra sedikit tersentak. Ayat itu membuatkan Kyra berasa sangat cemburu dan dengki. Nampaknya, Mateen dan isterinya itu semakin bahagia.

Sementara itu, di rumah Mateen...

"Hmm laparnya.. baru berapa jam tadi makan, rasa macam lapar balik.. baby lapar eh sayang?? kejap eh, mummy tengok apa ada kat dapur.. hm nak makan apa eh??" - Jannah berbicara dengan anak di dalam perut sambil mengusap perutnya

Banyak saja makanan di dapurnya, tetapi tiada satu pun dia ingin makan. Semua kabinet di dapur dan dalam peti ais, Jannah sudah lihat. Jannah mengidamkan sesuatu, tetapi tidak ada di rumahnya. Jannah mengeluh sambil memegang perutnya yang sedang lapar dan mengidam.

Jannah terpaksa menahan mengidamnya, dan dia hanya makan makanan yang sudah dia masak sahaja

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Jannah terpaksa menahan mengidamnya, dan dia hanya makan makanan yang sudah dia masak sahaja. Selepas makan dan sementara menunggu kepulangan suaminya, Jannah sehingga tertidur di sofa yang berada di ruang tamu itu. 1 jam kemudian, Mateen pulang ke rumah.

"Assalamualaikum" - Mateen memberi salam

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, mata Mateen tertumpu dan melihat isterinya yang sedang tidur di atas sofa tersebut. Mateen datang menghampirinya dan mengejut serta menyentuh lembut pipi Jannah.

"Sayang.. hubby dah balik ni, kenapa tidur atas sofa ni? sayang dah solat asar belum?" - tanya Mateen dengan nada lembut

"Eh hm sorry hubby.. maybe penat sangat kot, tu yang tertidur kejap.. tadi sayang lapar sebenarnya, hmm belum lagi☹️" - ujar Jannah menggelengkan kepalanya

"Aloloo kesian isteri comel hubby ni✨ ok tak apa, kita solat dulu sama-sama eh? nanti lepas solat, kita makan.. sayang bagitahu je nak makan apa" - ujar Mateen lembut dan mengajak Jannah untuk solat bersama

Mereka solat asar berjemaah bersama. Selesai sahaja solat, mereka order makanan melalui online iaitu grabfood. Oleh kerana Mateen sedikit keletihan balik dari kerja, jadi dia membeli makanan online sahaja.

"Hubby nahh buka mulut" - Jannah menghulurkan sudu dan mahu menyuapkan mee kari pada Mateen

"Eh? tiba-tiba je nak suap hubby ni, ada nak minta sesuatu ehh?😏" - tanya Mateen tersenyum nipis

"Hmm.. macam mana tahu ni?? alaa tapi nak minta cikit je" - ujar Jannah dengan riak mukanya yang comel

"Sayang nak minta apa?? cuba bagitahu hubby" - tanya Mateen lagi

"Byy... boleh tak nanti, hubby belikan coklat dengan kokokrunch??👉🏻👈🏻" - Jannah membodek Mateen dengan bibirnya dimuncungkan

"Coklat dengan kokokrunch?? sayang nak makan kokokrunch dengan coklat? sedap ke?" - soal Mateen dengan riak muka pelik

"Hmm please.. sayang craving, rasa nak makan benda manis.. craving nak makan kokokrunch dengan coklat" - ujar Jannah yang sedang mengidam

Mateen mengangguk kepalanya dan ikutkan sahaja permintaan isterinya tersayang itu, dengan mengukir senyuman yang manis. Unik dan lain dari yang lain, Jannah mengidam makan kokokrunch dengan coklat. Pada esok harinya, Mateen pergi ke kerja seperti biasa.

Ketika tiba di office...

"Encik Mateen, boss kata pukul 2 petang nanti nak jumpa dan nak bincang sesuatu" - ujar Syifa

"Ohh ok baiklah.. terima kasih Syifa, bagi info pada saya" - ujar Mateen tersenyum nipis

Petang itu, Mateen bertemu dengan Dato' Farid. Mereka berjumpa untuk berbincang sedikit tentang projek baharu bersama. Setelah selesai, Mateen pergi ke biliknya semula dan tanpa disedari, Kyra mengekori di belakangnya. Baru sahaja Mateen duduk, tiba-tiba...

"Mateen I nak cakap dengan you" - tiba-tiba sahaja Kyra berkata secara mengejut

"Kyra?? kenapa awak masuk tanpa ketuk dan tak beri salam?? awak nak cakap apa lagi Kyra? please jangan cakap pasal privacy saya lagi" - ujar Mateen terperanjat, tiba-tiba saja Kyra masuk ke biliknya

"Mateen, please bagi I peluang lagi untuk bercakap dengan you.. I tahu, you marah dengan I sampai dah berapa bulan kita tak bertegur sapa.. I'm sorry, but I nak cakap something" - rayu Kyra pada Mateen

"Cakap lah cepat, jangan buang masa saya please Kyra" - ujar Mateen dingin

"Mateen, I tahu you tak suka I.. tapi you boleh bagi peluang kan??" - tanya Kyra

"Apa maksud awak ni? peluang apa?" - soal Mateen dahinya berkerut

"Please bagi peluang kat I, cinta kat I.. I sanggup jadi isteri kedua you.. Mat....." - belum sempat Kyra berbicara, Mateen terus memotong

"Mengarut apa ni?!!😡 awak tahu kan, saya ni suami orang.. kenapa awak macam desperate (terdesak) sangat nak kat saya eh?? apa yang special kat saya ni? saya manusia biasa, banyak kekurangan.. saya tak ada harta, tak kaya macam awak pun.. awak tahu batas pergaulan dan hukum tak??" - ujar Mateen dengan riak mukanya yang marah

"Mateen...." - belum sempat Kyra berkata apa-apa, Mateen memotong lagi sekali

"STOP IT KYRA!! jangan buat saya hilang sabar.. saya penatlah layan awak macam ni, awak perempuan tau.. please lah jaga maruah tu.. jaga batas pergaulan dan fikir hukum.. awak tahu kan, berdosa kalau ganggu rumahtangga orang? please eh, saya bagi warning dan saya tak nak awak masuk campur lagi tentang ni.. minta tolong keluar" - ujar Mateen suaranya lantang dengan perasaannya agak marah

Kyra tergamam dengan kata-kata dari mulut Mateen. Lalu, dia keluar dari bilik tersebut dengan perasaan sedih dan kecewa kerana dapat layanan dari Mateen seperti itu.

Bersambung~~
(Mateen bagi ayat deep kat Kyra😌 kalau tak faham bahasa juga, tak tahulah haihh.. jangan lupa tekan bintang vote untuk ayee tau! thank you semua❤️)

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora