|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟎𝟓

14.5K 913 144
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Jam tepat menunjuk pukul 2:45 petang. Kini kebanyakan tetamu yang hadir sudah pun balik ke rumah masing-masing.

Hayyes pula sedang sibuk menghantar tetamu yang ingin balik di pintu utama.

"Darya, jaga diri Darya baik-baik tau. Kalau Along nampak muka Darya ada cacat cela. He'll be done." Ujar Darwish sambil mengusap lembut pipi putih gebu milik Darya.

"Apa kamu ni along, macam la suami Darya tu nak bunuh dia ke apa. Banyak sangat overthinking la along ni, tak paham mama." Kata Puan sri Inaya yang sedang bersedia untuk balik.

"Ha, Darya. Kau dengar cakap suami kau elok-elok. Aku tak nak dengar hal yang bukan bukan. Nanti tak pasal-pasal dia hantar kau balik rumah aku pulak." Tambahnya lagi sebelum dijelingnya si Darya.

"Ya mama. Darya tak akan jadi isteri derhaka, so mama tak payah risau." Balas Darya.

Darya kemudian menghulurkan tangan ke arah Puan sri. Niatnya untuk menyalam tangan ibu nya itu.

Puan sri hanya melihat sahaja tangan Darya. Tidak ingin dia hendak disalam dan dicium oleh perempuan itu walau Darya itu anak nya sekali pun.

Darwish mengetap rahangnya dengan kuat. Hari ini merupakan hari perkahwinan adiknya dan juga merupakan hari yang terbahagia untuk Darya.

Tetapi ibunya itu tetap enggan memperbaiki hubungan anak dan ibu.

"Mama, Along tak tahu pun yang selama ni mama buta." Sindir Darwish sambil kedua belah tangannya disilangkan di dada.

Darya di sebelah membulat matanya.

"Along, tak baik la cakap macam tu." Kata Darya. Dia menyiku lengan sasa milik Darwish dari tepi.

"Apa along cakap tadi? Along kata mama buta?!" Soal Puan sri dengan nada sedikit tinggi tapi masih tidak kedengaran bagi orang lain yang berada di situ.

Darwish tersenyum sinis.

"Mama tak nampak ke tangan Darya tu? Kalau mama nampak, kenapa tak salam je? Jijik sangat ke adik along ni mama?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Darwish.

Jelas sekali dia geram dengan sikap ibunya itu. Anak sendiri pun nak jijik bagai. Ibu jenis apa macam tu.

Puan Sri Inaya mendengus kasar. Dia akhirnya mengalah dengan anak sulung lelakinya yang selalu berada di pihak Darya.

Puan sri terus menghulurkan tangan miliknya. Lalu wajah di arahkan ke tempat lain.

Darya dengan pantas menyalam tangan ibunya itu.

Ini kali pertama dalam 10 tahun dia menyalam dan menyentuh ibunya. Air mata yang mula bergenang di tubir mata akhirnya pecah jua.

Puan sri menarik kasar tangannya selepas menyedari tangannya dibasahi oleh air mata Darya.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [will be take down]Where stories live. Discover now