|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟑𝟎

11.9K 772 140
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Sebuah Toyota Veloz berwarna putih tiba dihadapan pagar banglo milik Tan sri Diyaudeen dan Puan Sri Inaya. Kereta tersebut kemudian dimatikan enjin oleh si pemilik.

Pintu kereta dibuka kemudian teserlah Kain jubah berwarna putih apabila si pemilik kereta melangkah keluar dari kenderaannya.

Eskel menepuk-nepuk kain jubahnya agar tampak bersih dari debu pasir serta bakteria yang berkemungkinan berada di seat kereta yang diduduk olehnya.

Kopiah yang berada di atas kepala segera dikemaskan. Setelah sedar dirinya kini tampak bersih dan kelihatan suci, dia terus melepaskan keluhan lega.

“Eherm ehem! Alhamdulillah ana nampak hesmes seperti biasa. Eh- wait!”

Eskel menapakkan tapak tangannya ke hadapan mulut, kemudian dia terus menghela nafasnya lalu dihidu.

Mana tahu mulut dia masih berbau Tomyam Mak Nyah yang dia makan pagi tadi.

“Wuishh, sweet nya bau mulut ana! Kalau macam ni mesti Darwish suka en, hehe.” Eskel tergelak kecil sambil tangannya kemas diletakkan ke mulutnya. Kita haruslah sopan walaupun sedang ketawa. Take note dari Eskel ya ladies?

Tanpa membuang masa, Eskel terus melangkah ke hadapan pagar tersebut. Loceng di dinding konkrit itu di tekan berkali-kali tanpa membiarkan suis loceng tersebut masa untuk ia bernafas.

“Ishh! Mana Abe Wish ni? Lambat lah dia ni, ish janji melayu betul.” Bebel si Eskel sambIl menghentak-hentakkan kakinya di lantai simen tersebut.

Sekali lagi dia menekan suis loceng.

Tetapi bukan sekali, malah berkali-kali Eskel menekan loceng tersebut tanpa henti.

Ding Dong! Ding Dong! Ding Dong! Ding Dong! Ding Dong! Ding Dong!

Seraya Eskel menekan loceng tanpa henti, Datin Rossita yang merupakan pemilik banglo bersebelahan banglo Puan Sri Inaya menarik langsir jendelanya.

Matanya dikecilkan seraya melihat seorang pemuda berjubah putih sekali pakej berkopiah itu menekan loceng seperti orang gila.

“Macam tak betul je dia ni.” Ucap Datin Rossita yang curi-curi melihat kelibat Eskel di hadapan pagar itu.

Beberapa saat sebelum Eskel mahu menekan suis loceng pada kali ke 78,  pagar banglo itu akhirnya dibuka.

“Assalamualaikum!” Laung si Eskel.

Dia terus melangkahkan kaki nya laju ke dalam perkarangan rumah Puan Sri.

Puan Sri Inaya yang baru sahaja keluar dari pintu depan itu mengerutkan dahinya.

‘Ini anak siapa ni?’ getus hati Puan Sri Inaya selepas melihat si budak Eskel dari atas sampai bawah.

‘Asal aunty Inaya ni tengok-tengok ana macam ni? Ishh side eye, criminal offensive side eye!’ bisik hati Eskel setelah melihat wanita tua dihadapannya melihat dirinya dengan begitu teliti.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [will be take down]Where stories live. Discover now