|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟏𝟕

12.6K 884 229
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Kini Kash dan Darya berada di dalam sebuah boutique Chanel. Kash mengambil beberapa helai pakaian berjenama Chanel itu kemudian di berikan kepada Darya.

Darya hanya mencapai tanpa banyak soal. Dia hanya berasa aneh, kerana sikap pelik si suaminya itu.

"Angel, you suka tak semua baju-baju tu?" Soal Kash dengan lembut. Dia menundukkan sedikit badannya untuk berada sama di ketinggian Darya.

"Mesti lah saya suka, tapi ni dah banyak sangat ni. Saya tak nak habiskan duit awak, nanti membazir. Membazir tu kan amalan syai—"

Darya sengaja menghentikan ayatnya yang digantung agar lelaki di hadapannya menyambung ayat itu.

Kash mengerutkan dahinya.

"Syaitan?"

Darya menganggukkan kepalanya berkali-kali sebelum memandang ke wajah Kash yang kebingungan.

"Yang syaitan tu Hayyes. Apa kena mengena dengan I nak spend duit dekat Angel?" Soal Kash sambil lengannya disilangkan di dada.

Sementara dia menunggu balasan dari Darya tanggannya pantas mencapai beberapa helai tweed jacket berjenama Chanel di sebelah sebelum di letakkan di atas kepala Darya.

"Take this too."

"A-awak sakit ke Hayyes? Saya dah kata kita memang perlu pergi hospital sekarang. Keadaan awak ni dah kritikal sangat sampai sedar yang diri awak tu syaitan!"

Jerit kecil si Darya yang cemas selepas mendengar kata-kata Kash seketika tadi.

Memang sah suaminya itu sudah hilang akal sejak dia pengsan tadi.

"Miss, I'll take all of this clothes." Kash segera memanggil salah seorang pekerja di boutique berjenama itu.

Pekerja wanita itu segera mengambil kesemua pakaian yang berada di pegangan Darya yang bertimbun seperti gunung Everest.

Darya mengerutkan dahinya.

"Awak dengar tak apa ya—"

"Angel, you suka tak shopping dekat sini?" Soal Kash sambil memegang erat tangan kecil milik Darya.

"Siapa je yang tak suka, tapi kita perlu pergi hosp—"

Sekali lagi Kash memotong percakapan Darya.

"Let's go." Ucap Kash perlahan. Dia melangkahkan kakinya keluar dari boutique itu sambil tanggannya memegang erat tangan Darya.

Darya melepaskan sebuah keluhan kecil. Dia hanya akur sahaja tanpa banyak soal. Malas dia mahu membuka mulut dan melontarkan soalan.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [will be take down]Where stories live. Discover now