|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟐𝟗

19.4K 1K 191
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Selepas sahaja kedua belah tapak kakinya melangkah keluar dari pasar raya tersebut. Dia terus menarik nafas dalam. Kemudian dilepaskan.

Ingat mati, ingat sakit

Ingat lah saat kau sulit

Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat

Bunyi deringan ringtone yang bergemar di dalam poket seluarnya membuatkan dia tersentak.

Tangan terus menyeluk ke dalam poket seluar, Samsung galaxy Z flip 4 dikeluarkan.

Matanya terus membaca nama pemanggil yang sedang menelefon nya.

Sekali lagi dia mengeluh.

Zael tua nyanyok is calling...

Jari terus menarik ke butang hijau. Telefon didekatkan di telinganya.

"Assalamualaikum."

'Waalaikummusalam. Hoi, kau dekat mana hah? Berjanggut aku tunggu dekat luar ni. Cepat sikit masuk kereta, aku nak pergi toilet sat sebab lama gila tahan berak semata-mata tunggu kau beli ice-cream!'

"Jangan maghoh bang, nanti cepat lepak underground."

'Lepak underground your father's head! Dah aku baru keluar kereta, kau masuk je sebab aku tak kunci kereta ni. Kalau hilang pun boleh beli baru, bapak kita kan kaya. Dah lah cau!'

Beep...

Panggilan dimatikan.

Tanpa berdalih Eskel terus melangkah kakinya bergerak menuju ke arah kereta milik Hazael yang tidak jauh di parking di hadapan pasar raya tersebut.

Selepas satu minit 34 saat dia berjalan, dia terus mendekati sebuah kereta BMW i4 berwarna putih.

Macam si Hazael arahkan tadi, just masuk aje dalam kereta sebab dia tak kunci. Alang-alang dia tak ada ni, lebih baik aku menyorok dekat belakang dulu. Lepas dia masuk kita terkejodkan dia MUAHAHAH! Biar padan muka si tua tu. Siapa suruh report dekat mama yang aku ponteng kelas ngaji semalam.

Tanpa membuang masa, Eskel terus membuka pintu belakang kereta. Kemudian dia memboloskan diri ke dalam perut kereta tersebut.

Eskel membaringkan badannya di atas permukaan karpet kereta atas niat mahu menyorok daripada abang sulungnya.

Belum sempat dia mahu menutup kelopak matanya. Kornea matanya terlebih dahulu dihiasi oleh wajah seseorang yang melihat ke arahnya dari seat hadapan.

Eskel terus membeku. Lidahnya pula kelu manakala kerongkongnya seakan-akan  tersekat oleh sesuatu yang menyebabkan dia tidak mampu untuk bersuara.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [will be take down]Where stories live. Discover now