2 | 09

90 13 2
                                    

-Only sad people believe in happy ending-*******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-Only sad people believe in happy ending-
*******

SEBAIK sahaja Irsa membuka pintu, cecair merah terlihat mengalir di lantai sehingga ke kakinya. Di penjuru bilik ada Huawainaa yang sedang terduduk ketakutan sambil menangis. Di tengah bilik pula, ada Khair yang sudah nyawa-nyawa ikan terbaring berlumuran darah. Namun perkara yang paling mengejutkan Irsa pada saat ini ialah kewujudan jejaka di sebelah Khair. Jejaka yang sedang berdiri seraya memegang sebilah pedang dengan darah yang menitik-nitik jatuh ke lantai.

"H-Han?"

Jantung Irsa berdegup kencang apabila Han menoleh ke arahnya. Bibir Han naik sedikit, tersengih menyapa kehadiran Irsa. Wajah jejaka itu terlihat amat menggerunkan kini. Dengan cecair merah yang terpercik di mukanya, Han nampak tidak ubah seperti seekor iblis tanpa tanduk. Usai tersengih, Han memusingkan tubuhnya menghadap Huawainaa. Pedang yang basah dengan darah dicampak ke tepi.

"Ja-jangan. Tolong jangan apa-apakan saya. Tolong... saya merayu!"

Tubuh Huawainaa menggeletar hebat tatkala yakin dia akan menjadi mangsa Han pula kali ini. Irsa kejung di muka pintu, tidak pasti apa yang harus dilakukan di situasi gawat sebegini.

Patutkah dia menghalang Han?

Atau patutkah dia berlari ke luar dan mendapatkan bantuan?

"Eshan kau dah gila ke?!" Irsa berteriak tetapi teriakannya itu nyata diabaikan Han.

Dalam masa yang sama Khair yang tadi terbaring lemah cuba mengumpul kekuatan yang tersisa. Luka hasil tikaman Han tadi ditekap dengan tapak tangan dan dia cuba bangun perlahan-lahan. Han tidak menyedari hal tersebut memandangkan dia kini berdiri membelakangkan Khair. Satu-satunya orang yang menjadi saksi babak tersebut cumalah Irsa.

Bibir diketap. Irsa membuang jambangan bunganya ke lantai lalu padang yang dicampak Han tadi terus dicapai. Belum sempat Khair mahu pun Han melakukan serangan, Irsa terlebih dahulu melibas pedang itu ke belakang tubuh Khair.

Tubuh Khair rebah ke lantai dan kali ini jejaka itu sudah tidak bergerak lagi.

"Khair! Putera! PUTERA KHAIR!"

Huawainaa meraung,  memanggil-manggil nama sang bakal suami. Dia terduduk melutut dan tangisnya semakin rancak. Dalam tangisan itu sempat dia memandang Irsa. Nyata dia tidak percaya Irsa akan mengkhianati dirinya.

Han berpaling dengan wajah bingung apabila bunyi tubuh Khair terhempas ke lantai kedengaran kuat di belakangnya. Serentak dengan itu, Irsa dengan Pedang Purnama di tangan terus muncul di layar pandangan Han. Tidak sempat memberi sebarang reaksi, bunyi loceng kecemasan serta derapan tapak kaki kedengaran, menambahkan lagi keributan semasa.

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now