2 | 26

60 7 0
                                    

"HELINA?"

"Biar betul? Helina menteri perhubungan tu ke?"

"Tak kanlah weh. Kenapa dia?"

"Putera Eijaz boleh pilih isteri sendiri ke? Kenapa tak guna merpati?"

"Ouh, aku ada dengar ayah aku cakap dulu. Putera dari puak Painite memang boleh pilih isteri diorang."

"Tapi kenapa Helina? Dia bukan tengah menentang keluarga diraja ke?"

"Hari tu Irsa sekarang Helina. Hebat betul keluarga diorang."

"Sia-sia nampaknya perjuangan Helina. Dia cuba jatuhkan kerabat diraja, pengakhirannya dia yang jadi kerabat diraja."

Helina menggenggam penumbuk lalu terus berpaling. Gadis-gadis yang sibuk berbisik mengenai dirinya ditolak ke tepi lalu Helina terus keluar dari dewan istana tersebut. Langkah Eijaz yang sudah berada di luar dewan dikejar dan nama lelaki itu diseru.

"Eijaz."

Eijaz yang pada ketika itu diiringi beberapa orang pengawalnya berpaling. Sebaik sahaja dia memusingkan badan, sebuah tamparan terus hinggap di pipinya.

"Tarik balik kata-kata kau tu!" Tengking Helina berang. Tindakan berani mati gadis itu menyebabkan semua pengawal mengacukan muncung pistol ke arahnya kini. Meskipun begitu gadis itu langsung tidak gentar. Dia malah memandang Eijaz tajam bagaikan hendak ditelan.

Eijaz membetulkan rahangnya lalu mengangkat sebelah tangan, memberi isyarat agar para pengawalnya menurunkan pistol.

"Jom cakap dekat tempat lain."

Pergelangan tangan Helina dicapai lalu gadis itu terus ditarik sehinggalah mereka tiba di penthouse Eijaz yang berada di tingkat teratas bangunan ketiga Istana Sora. Setelah mereka tiba di penthouse Eijaz, putera Yildiz itu melepaskan tangan Helina dan terus melabuhkan punggung di sofa yang berada di tengah ruang tamu.

"Duduk," arah Eijaz.

"Kau rasa aku ada mood nak duduk dan cakap baik-baik dengan kau ke sekarang ni?" Balas Helina langsung tidak mahu menuruti arahan Eijaz dan sudah mula menggunakan 'kau aku'.

Eijaz menarik nafas dalam.

"Aku putera kerajaan ni dan kau rakyat aku. Cakap tu biar ada rasa hormat sikit," tegur Eijaz dalam nada masih terkawal.

"Hormat? Semua rasa hormat aku dah hilang bila kau dengan sesuka salah guna kuasa kau! Aku tak nak jadi isteri kau! Tarik balik pengumuman yang kau buat tadi!" Frekuensi suara Helina semakin mencanak naik. Eijaz mengetap bibir lalu terus bangun kemudian berdiri betul-betul di hadapan Helina.

"Berhenti berdiri bertentangan dengan aku. Aku nak kau berdiri dekat sisi aku," pinta Eijaz, nyata memaksudkan setiap bait katanya.

"Tapi aku tak nak. Aku tak nak sokong orang yang tak layak berada di atas."

Eijaz mengetap bibir geram.

"Aku rasa kau tak faham situasi sekarang. Sesi minta pendapat kau dah tamat. Nak tak nak kau kena sokong aku. Sebab sekarang kau dah jadi isteri aku. Kau kena sedar Helina. Ada sebab kenapa keluarga diraja berada di bucu teratas dalam segi tiga pemerintahan Porta. Walau apa pun yang kau buat, kau tak boleh lawan kami. Porta akan hancur tanpa kami."

Helina menggenggam penumbuknya sehingga urat-urat semuanya timbul tatkala mendengar kata-kata angkuh Eijaz. Tubuhnya menggeletar hebat, cuba menahan emosi yang sudah pun meletus sebelum ini. Helina faham benar maksud kata-kata Eijaz. Walau apa pun yang Helina lalukan, dia tak akan boleh jatuhkan keluarga diraja Yildiz.

Dia faham dan dia bencikan fakta itu.

"Kalian terlampau sibuk uruskan hal berkaitan dimensi lain. Kebajikan rakyat sendiri banyak terabai. Apabila ada putera yang mangkat, negara perlu tunggu bertahun-tahun untuk putera yang baru membesar. Disebabkan korang memang sudah ditakdirkan sebagai putera sejak dari lahir lagi, kami tak ada pilihan lain selain terima korang. Tak kiralah sama ada korang akan bina atau musnahkan kerajaan ni. Semuanya kami terpaksa terima dan hadap. Tak adil langsung! Sistem pemerintahan semasa banyak kelemahan. Tengoklah apa yang dah jadi dekat Yildiz sekarang. Kucar kacir. Darah tumpah setiap hari. Bagitahu aku, salah ke aku nak semua benda ni berubah?"

Mata Helina ditatap Eijaz. Nafas lemah dihela. Pandangan matanya dilembutkan sedikit tatkala melihat tatapan mata Helina yang bergetar.

"Sebab tu lah kami perlukan kau. Kami yang banyak kelemahan ni dengan penuh rendah diri minta tolong kau. Sokong kami. Bagi kami peluang."

Kata-kata Eijaz kali ini menyebabkan Helina sedikit terkedu. Imej Eijaz yang sentiasa angkuh dan sombong di matanya nampak berubah. Eijaz melangkah setapak mendekati Helina.

"Sebanyak mana kau kesah tentang tanah Yildiz ni, kami pun sama. Kami pun tak nak semua ni terjadi. Kami pun sedang cuba yang terbaik."

Kata-kata Eijaz mungkin berjaya meredakan sedikit kemarahan Helina. Namun beberapa ketika kemudian Helina pantas menggeleng.

"Tapi itu tak bermakna kau boleh sesuka hati jadikan aku isteri kau!"

Eijaz mengeluh. Fikirnya Helina sudah termakan dengan kata-katanya tetapi ternyata tidak.

"Macam ni lah. Apa kata kau bekerjasama dengan kitaorang untuk tangkap Han. Dalam masa tiga bulan, kalau kita berjaya tangkap si pengkhianat tu, kau kena akui kitaorang sebagai pemerintah tanah Yildiz ni. Kalau kita berjaya tangkap si tak guna tu. Aku tak akan jadikan kau isteri aku."

Helina menatap Eijaz tajam.

"Kalau tak berjaya?"

"Kami semua akan turun takhta dengan rela hati."

-THE SECOND PAGE-


[15 April 2003 - Casa]

SEPLASTIK beg berisi biji benih padi diserahkan kepada Irsa dan Han.

"Hah, bagus sangat kamu berdua datang. Sekarang ni kita memang tengah tak cukup orang. Al maklumlah. Tanah pun kita baru buka lagi beberapa ekar. Banyak kerja yang nak kena buat. Tapi untuk permulaan ni kamu berdua pergi semai benih dekat petak hujung sana tu. Saya sibuk sikit ni, kalau ada apa-apa tanya saja pekerja lain yang ada."

Irsa dan Han mengangguk. Lelaki yang memberikan mereka berdua biji benih itu terus naik ke atas motorsikal miliknya dan memecut laju pergi dari kawasan sawah tersebut. Irsa memalingkan tubuhnya ke arah Han. Matanya sudah mencerlung tajam memandang Han.

"Han, kau kata nak cari kalung tu. Kenapa pula tiba-tiba kita kena kerja ni? Kalung tu dekat mana?"

Han melompat turun ke dalam petak bendang dengan pakaian pekerja sawahnya.

"Dekat sini."

"Dekat sini tu dekat mana?"

Irsa dijeling Han.

"Dekat sinilah. Dalam bayangan yang aku nampak tu dia tunjuk tempat ni. Mesti kalung tu ada tenggelam dekat mana-mana."

"Boleh percaya ke ilmu yang kau belajar ni? Dia tak tunjuk tempat yang lagi spesifik ke?"

"Ilmu aku ni boleh tunjuk tempat yang lagi spesifik kalau kau tak awal sangat kena serang. Tapi disebabkan kau buat si Suri tu cemburu awal sangat, aku tak sempat belajar lebih mendalam. Aku dapat yang asas je."

"Ouh jadi sekarang ni kau nak salahkan aku lah sebab tak sempat belajar? Eh, aku hampir mati disebabkan kau tahu tak?"

"Tak payah nak banyak songe. Turun sekarang. Cari kalung tu," arah Han. Irsa mencebik.

"Ala... tapi aku geli pacatlah."

"Turun!"

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now