2 | 35

52 11 0
                                    

SERPIHAN kaca yang berada di tangan Irsa diambil Han lalu dicampak ke tepi. Tapak tangan gadis itu yang sudah pun terluka diperhati tanpa sebarang kata lalu pandangan Han jatuh pada kaki Irsa.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Irsa dingin. Wajahnya langsung tak ada riak terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba jejaka itu. Tangannya yang terluka dibiarkan sahaja dalam pegangan Han. Senyuman diukir Han seraya pandangannya dialihkan agar menatap wajah Irsa.

"Nak jumpa kau."

Usai menjawab pertanyaan Irsa, Han terus mencempung tubuh si gadis. Irsa memaut leher Han. Terasa begitu kecil tubuhnya kini di dalam dukungan seorang Eshan. Irsa memandang sang jejaka tak lepas. Han pula mencempung Irsa sehingga ke katil lalu gadis itu didudukkan.

Tatapannya masih belum Irsa putuskan. Han yang tahu bahawa si gadis sedang memandang dirinya lantas menyeka lembut air mata Irsa, memujuk si gadis agar tidak bersedih lagi. Setelah itu Han terus berlutut sebelah kaki di hadapan Irsa. Kaki Irsa dicapai lalu luka Irsa diperiksa.

"Kenapa kau muncul?"

"Bukan aku dah jawab ke tadi?"

Serpihan-serpihan kecil kaca yang tertusuk ke dalam tapak kaki Irsa dikeluarkan penuh berhati-hati oleh Han. Irsa yang tak puas hati dengan jawapan Han terus menyepak tangan jejaka itu. Han menarik dalam.

"Kalau kau perasan, sepanjang setahun setengah kau terkurung dekat sini, sentiasa ada sekumpulan kelip-kelip yang berterbangan dekat tingkap bilik kau. Bila tiba malam, semua kelip-kelip tu keluarkan cahaya berwarna kuning. Tapi cuma ada satu kelip-kelip sahaja yang berbeza. Waktu yang lain keluarkan cahaya berwarna kuning, dia sahaja yang keluarkan warna putih."

Han angkat muka pandang Irsa.

"Kelip-kelip putih tu, aku," beritahu Han.

"Jadi kau nampak semuanya yang berlaku?" Soal Irsa.

Han mengangguk.

"Kau muncul untuk halang aku?"

Han mengangguk lagi.

"Kau kata kau tak pernah tinggalkan aku. Kau muncul bila aku cuba nak tamatkan riwayat sendiri. Kenapa? Kau bukan tak kesah tentang sesiapa ke? Bukan dalam otak kau cuma penuh dengan rancangan nak hancurkan dunia ni ke? Kenapa pula kau nak luangkan masa untuk aku yang dah tak ada gunanya pada kau ni?" Soal Irsa bertubi-tubi.

"Dunia ni.... kau tahu kenapa aku nak hancurkan dunia ni?"

Soalan berbalas soalan. Irsa tidak menjawab dan sekadar menunggu hujahan seterusnya yang bakal keluar dari mulut Han.

Han memandang tepat ke dalam anak matah Irsa.

"Sebab kau."

Prang!

Tubuh Han rebah ke lantai. Sisa pasu bunga kaca yang baru sahaja dihentak ke kepala sang jejaka dibuang ke tepi oleh Irsa. Irsa memandang Han yang sudah tak sedarkan diri dengan wajah tidak bersalah.

"Penipu."



-THE SECOND PAGE-

"WALAUPUN lebih dari tiga bulan dan tak seperti yang dijanjikan, terima kasih sebab masih setuju nak berkerjasama dengan kami," ucap Lee.

"Tanggungjawab saya juga sebenarnya. Lagipun bila saya tengok semua putera bertungkus lumus nak kekalkan keamanan dimensi, saya jadi berubah fikiran. Mungkin tanggapan saya terhadap putera-putera selama ni salah. Jadi saya ambil keputusan untuk terus bantu putera," balas Helina.

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now