2 | 50

53 2 0
                                    

"Kau."

Han berpusing-pusing mencari punca suara itu namun sia-sia. Kegelapan yang mencengkam menyebabkan Han hilang arah. Suara itu terasa bergema dari segenap penjuru.

"Kenapa kau tak munculkan diri?"

"Bukan kau ke yang kurung aku? Sekarang kau nak aku muncul?" Sindir Anum dalam nada dingin.

"Kau kurung aku dalam badan budak yang lemah dan bodoh ni, sekarang kau nak hapuskan aku? Kau sama macam mereka. Sepatutnya dari dulu lagi aku hapuskan kau."

"Kaukan berkuasa. Kenapa tak lepaskan diri kau? Ambil alih tubuh yang lemah dan bodoh ni bukan sepatutnya mudah ke bagi kau?" Kata-kata Anum diabaikan dan Han malah mengajukan soalan. Anum diam seketika.

"Mudah. Kalau tak ada benda tu."

"Benda apa?"

Han menyoal lagi. Seperti yang dia jangkakan, ada perkara lain yang menghalang Anum. Tubuh manusia Casa sahaja tidak cukup untuk memerangkap Anum.

"Kau tak akan tahu apa sebab sebelum kau dapat jawapannya, aku akan pastikan aku berjaya keluar dari sini dahulu. Dunia yang kau cuba selamatkan ni, aku akan hancurkan sekali lagi. Kali ni, sepenuhnya. Termasuk kau." Ugutan diberi. Han mengetap bibir.

"Sekejap. Daripada aku tunggu untuk bebas, mungkin aku patut habiskan kau sekarang. Di luar aku tak boleh serang kau, tapi dalam fikiran aku, cerita akan berubah."

Cahaya berwarna merah muncul satu persatu mengeliling Han. Han mengepal penumbuk. Dia cuba untuk mengeluarkan jiwanya dari tubuh Anum namun tidak berjaya. Semangatnya terlampau lemah untuk berbuat demikian. Dia sudah menjangka hal ini akan berlaku. Namun dia tidak menjangkakan yang Anum boleh menggunakan kuasanya.

Kedua-duanya tangannya diletakkan ke dada dan cahaya berwarna merah mula menerombos keluar dari tubuhnya. Tidak ada pilihan lain lagi.

Ini pertarungan terakhir Han.


-THE SECOND PAGE-

TANGAN diangkat oleh Eijaz. Sebaik sahaja ketua hakim memberi kebenaran untuk Eijaz bersuara, dia terus bangun dari duduknya.

"Saya bantah keputusan yang arif," ujar Eijaz. Semua pasang mata di mahkamah dimensi kini memandang Eijaz termasuk Lee dan para putera yang lain.

"Hukuman mati tu tak boleh dijalan. Kecuali kalau Putera Aliyan yang laksanakannya."

Suasana di dalam mahkamah dimensi menjadi semakin tegang. Yang menghadiri perbicaraan kali ini bukan sahaja makhluk dari Porta tetapi terdapat juga ketua-ketua dari dimensi lain. Seroja, Tok Rowa malah Mayang turut hadir untuk perbicaraan berkenaan dengan huru hara yang berlaku di Porta.

Lee memandang Eijaz yang duduk bertentangan dengannya tidak lepas. Pertelingkahan mereka tempoh hati serta insiden yang berlaku baru-baru ini ternyata telah meregangkan hubungan mereka berdua. Disebabkan oleh itu Lee langsung tidak dapat meneka percaturan saudaranya itu.

"Putera Aliyan adalah putera dari puak Benitoite. Kuasa putera dari puak Benitoite dirahsiakan kerana terlampau berbahaya. Cuma beberapa orang sahaja yang berpengetahuan tentang kuasa dan saya yakin Yang Arif adalah salah satu daripada mereka. Untuk langkah keselamatan, saya cadangkan Putera Aliyan lepaskan kuasa serta kedudukan dia sebagai putera di Bukit Qars dan dia kena jatuhkan hukuman mati pada wanita pilihan merpatinya dengan tangannya sendiri."

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now