2 | 21

70 11 0
                                    

-Only sad people believe in happy ending- *******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-Only sad people believe in happy ending-
*******

"KAU biar betul Han? Kau memang betul-betul nak kahwin dengan anak si Mayang tu ke?" 

"Betul."

"Lepas tu aku macam mana?" 

"Kenapa pula dengan kau?" 

"Ya lah kalau kau kahwin dengan anak Mayang tu tak kan lah aku nak ikut kau ke hulu ke hilir lagi?"

"Apa masalahnya?" 

"Masalahlah. Buat apa aku nak ikut kau kalau kau dah ada isteri?"

Han tersengih. 

"Kau cemburu ke aku nak kahwin?" 

"Kau tak payah nak putar belit cerita. Ni bukan fasal cemburu. Ini fasal hubungan aku dan kau. Aku tak boleh terus ikut kau kalau kau dah kahwin. Nanti isteri kau salah faham." 

Kepala Han terangguk-angguk. 

"Hubungan... apa hubungan kita berdua?" 

Han berpaling menghadap Irsa sehingga langkah Irsa terhenti. 

"Erk... rakan kerjasama?" 

"Salah! Aku tuan, kau hamba. Itu hubungan kau dan aku. Jadi sama ada aku kahwin atau pun tidak, aku saja yang boleh buat keputusan bila nak lepaskan kau pergi."

Irsa mencebik. Pandangan dialihkan ke arah lain dengan wajah cemberut. 

"Kita dah sampai, ini bilik untuk Irsa," ujar si pembantu istana sekaligus mengganggu perbualan mereka berdua. 

"Rehatlah dulu. Petang nanti ikut aku pergi dating dengan Suri," pesan Han kemudian menghilang bersama si pembantu istana. Irsa sekadar memandang langkah pergi Han dengan beribu sumpah seranah. 

"Dia fikir aku ni sidekick dia ke apa?"




-THE SECOND PAGE-

Kata Han, dia datang ke kerajaan Mayang ini untuk menuntut ilmu. Baik, Irsa boleh faham sampai situ. Kalau Han nak menakluki dunia seperti yang diperkatakan sebelum ini dia mestilah kena jadi lebih berkuasa dari mana-mana makhluk yang ada di muka bumi ni.

Mungkin kerana itu dia datang bertemu dengan Mayang. Meskipun Mayang adalah antara makhluk yang banyak melakukan kekejian, tetapi Irsa tidak menafikan Mayang terkenal dengan ilmu yang dia ada. Baik, Irsa boleh faham hal berkaitan dengan Mayang.

Tapi kenapa Han tiba-tiba nak berkahwin? Kenapa? Apalagi motif tersembunyi jejaka itu sebenarnya?

Gelagat sepasang tunang itu diperhati dari jauh oleh Irsa. Atas arahan Han, Irsa terpaksa juga mengekori mereka berdua ke taman bunga ini. Namun dia sekadar mengekori dari jauh sahaja. Tidaklah berjalan sekali.

PORTA : The Second PageWhere stories live. Discover now