BAB 6

5.8K 200 23
                                    

Segala tulang-temulang dan sendi-sendi yang lenguh itu diurut oleh ketiga-tiga gadis itu.

Seharian menjalankan tanggungjawab sebagai seorang tenaga pengajar bukanlah kerja yang senang.

Mana tidaknya jika perlu mengajar tiga kelas yang berbeza dan perlu mengulang banyak kali tentang topik yang sama kepada setiap kelas berikut.

Mereka jugalah yang menjadi guru ganti kepada guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah pada hari itu.

Peti suara ibarat ingin pecah. Serak-serak sahaja suara yang dapat dikeluarkan.

Sampai sahaja di rumah sewa mereka, sofa di ruang tamu itu menjadi tujuan utama mereka. Dengan pantas tiga gadis itu mencampakkan tubuh mereka di atas sofa itu.

Keluhan panjang dapat didengari oleh mereka bertiga.

"Aku tak nak kerja la. Penat" kata Dhalia Maisarah.

"Kau belajar untuk apa? Untuk membazir?" perli Shasha Zhafira.

Mayra Adelia yang berada di tengah-tengah itu hanya mampu menutup telinganya. Dia hanya mahu suasana yang sunyi sepi sahaja ketika ini.

"Eh jap. Kau" peha Mayra Adelia ditepuk oleh Dhalia.

"Apa?"

"Pagi tadi, asal kau marah aku?" soalnya.

"Jap, jap. Aku nak tanya juga" Shasha Zhafira mencelah.

"Kenapa pagi tadi kau lama sangat beli sarapan?" bertubi-tubi soalan yang diterima oleh Mayra Adelia.

Dengan spontan dirinya bangun dari terus bersandarkan sofa itu.

"Adalah something unexpected berlaku" jawabnya cuba melarikan diri dari soalan-soalan itu.

Takut jika rakan-rakannya itu menganggap dirinya sebagai perempuan miang.

"Seingat aku, pagi tadi ada someone dengan kau, kan? Lelaki" kata Shasha Zhafira bersedia untuk membocorkan rahsia rakannya.

"Lelaki?! Siapa?" soal Dhalia Maisarah dengan agak terkejut.

"Lelaki mana lagi yang aku kenal?"

Teka-teki diberi olehnya mengambil sedikit masa rakan-rakannya itu.

"Abang loreng tu ke?" teka Shasha Zhafira.

Ding! Dong!

Mayra Adelia mengangguk dengan sedikit teruja. Terlupa dengan situasinya sekarang yang sedang disiasat oleh kedua-dua inspektor yang tidak bersijil itu.

"Kau borak apa dengan dia? Takkan kau diam saja kan? Mesti kau ada minta nombor dia ke guna alasan merapu kau tu"

Hampir lemah lutut Mayra Adelia mendengar tekaan tepat Dhalia Maisarah.

"Macam mana kau tahu?" soalnya kepada Dhalia.

Dhalia Maisarah menayangkan senyuman bangganya.

"Sebab kalau aku pun, aku buat benda yang sama" jawabnya dengan selamba.

Bantal kepam yang berada di hujung sofa itu dicapai oleh Shasha Zhafira. Terus dibaling bantal itu tepat mengena Dhalia.

"Eeee! Bantal siapa ni Sha! Busuk!" Dhalia Maisarah merungut.

"Kau minta nombor dia ke Mayra?" soal Shasha tanpa menghiraukan rungutan Dhalia.

Mayra Adelia menganggukkan kepalanya dengan agak segan. Jari-jemarinya mula dimainkan antara satu sama lain.

Shasha Zhafira bangun dari duduknya dan kini tangannya disilangkan di dada dengan riak wajah yang serius.

"Kenapa?" soalnya.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt