BAB 22

4.5K 145 9
                                    

Laaiqah Eliza yang sedang mengorak langkah laju menuruni anak tangga diperhatikan oleh ibunya.

"Liza, kamu tergesa-gesa ni kenapa? Nak pergi mana? Ada mesyuarat ke dekat kampus?" bertubi-tubi soalan yang ditanyakan oleh Puan Asma kepada anak perempuannya.

Laaiqah mula tersenyum sinis. Dirinya berasa bengis dengan setiap soalan yang keluar dari mulut wanita tua itu.

"Yang kau sibuk sangat nak tahu urusan aku dah kenapa? Tak boleh jaga tepi kain sendiri dah?"

Langkahnya mula perlahan-lahan mendekati ibunya yang jelas dalam ketakutan itu.

Puan Asma hanya mampu menundukkan kepalanya tidak berani untuk bertentang mata dengan Laaiqah.

"Ingat sikit yang kau ni bukan mak kandung aku. Setakat jadi mak tiri, tak perlu ambil tahu sangat tentang apa yang aku nak buat! Aku nak buat pahala ke nak buat dosa ke suka hati aku! Kubur kau dan kubur aku berbeza" herdiknya.

Tidak henti jari telunjuknya menunjal dahi ibunya itu.

Mengucap panjang wanita tua itu apabila diperlakukan sedemikian. Hancur hatinya dengan tingkahlaku anak perempuannya itu.

Walaupun Laaiqah hanyalah anak tirinya, namun, dia tetap melayan gadis itu seperti darah dagingnya sendiri.

"Kau tu hanya pemuas nafsu ayah selepas mama meninggal je. Takyah lebih sangat" sinis Laaiqah.

Akhir katanya ditemani dengan tolakan yang agak kuat kepada ibu tirinya.

Air yang berada pada tubir mata Puan Asma jatuh membasahi wajahnya.

Tidak layakkah ibu tiri seperti dirinya untuk mendapat kasih sayang seorang anak? Hinakah dirinya kerana memegang panggilan ibu tiri?

Pintu kereta Honda Civic milik Laaiqah dihempas dengan kuat. Tangannya menyeluk ke dalam beg tangannya dan mencapai telefon bimbitnya.

"Abang, tolong aku, boleh?"

"Tak habis-habis masalah kau kan Laaiqah! Semalam ada problem, harini ada problem, esok ada problem. Silap-silap mati nanti pun banyak masalah kau!" herdik lelaki yang berada di dalam talian itu.

"Hairil, kalini je aku nak kau tolong aku. Kau suka bunuh orang kan? Aku ada sorang calon" cadangnya.

"Aku dah tekad! Mama dah meninggal. Ayah pula tak pernah ambil tahu tentang kita. Mak tiri, lagi tak berguna. So, aku dah tak ada sebab untuk jaga maruah orang. Yang penting sekarang, aku dapat puaskan diri aku!" luahnya dengan penuh geram.

Talian itu senyap untuk seketika waktu. Tiada yang bersuara antara dua beradik itu.

Laaiqah mengeluh perlahan selepas dapat mengagak apa yang diperlukan abangnya.

"Ya, nanti aku bayar kau" ujarnya dengan malas.

"Berapa?"

"Cukup untuk kau beli narkoba"

"Ngam! Datang sini, kita bincang dengan lebih mendalam tentang rancangan kau tu. Aku tak boleh lama, ni phone member"

Sebaik sahaja sampai di depan gudang yang besar, pintu itu dikuak perlahan oleh Laaiqah.

"Assalamualaikum"

Segala bau yang hapak dan hanyir kini masuk ke rongga hidungnya. Dengan cepat dia menutup hidungnya dengan kuat agar bau-bau itu tidak memudaratkan dirinya.

Dikerling setiap pelusuk gudang itu yang dipenuhi dengan tong-tong yang berisi dadah yang sedang diletakkan bersama ais beku.

"Hah, Islam ke adik aku ni?" perli Hairil kepada adiknya.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |حيث تعيش القصص. اكتشف الآن