BAB 25

4.2K 120 3
                                    

Telefon yang disediakan di dalam penjara itu diangkat oleh Laaiqah dan diletakkan di telinganya.

"Abang, kau sayang aku kan?" soalnya dengan tiba-tiba membuatkan abangnya itu tersentak.

"Kenapa kau? Dah nak mati ke?" tanya Hairul dengan nada yang sinis.

"Aku ada plan baru ni. Kalau boleh aku nak kau tolong"

Sempat Hairul mengerling sekelilingnya agar anggota polis yang sedang mengawasinya itu tidak mendengari segala rancangan jahat adiknya.

"Adik kesayanganku, kalau boleh, cakap kuat lagi biar polis dekat tepi tu dengar segala rancangan busuk kau"

Dengan sekilas pandang, Laaiqah merapatkan dirinya dengan cermin yang memisahkan antara dia dan abangnya.

"Aku akan keluarkan kau dari kandang ni no matter what. Kalau itu yang perlu aku buat untuk jalankan rancangan aku, I've no regret" kata Laaiqah dengan nada yang berbisik.

Cukup perlahan untuk didengari oleh mereka berdua sahaja.

"Laaiqah, aku ni tengah menghitung hari nak mati dan kau senang-senang aje nak ajak aku buat dosa lagi?"

Laaiqah senyum sinis mendengar kata-kata abangnya.

"Dosa? Dah berapa ramai manusia tak bersalah kau dah bunuh, baru sekarang nak risau tentang dosa kau?" jawab Laaiqah dengan sinis.

Dia peka bahawa abang sulungnya itu telah bergiat dalam aktiviti membunuh sejak di bangku sekolah lagi.

"Hairul, aku janji yang aku akan pastikan kau tak akan tertangkap lagi. Kau boleh bebas kalau kau ikut aje rancangan aku"

"Plan bodoh" kata Hairul.

Keluhan berat dilepaskan oleh Laaiqah apabila tidak dapat kata sepakat dengan abangnya.

"Aku ikut" sambung Hairul.

"Serious?!"

"Hm, aku pun dah bosan duduk dalam ni. Hari-hari pandang dinding kosong, boleh gila aku"

"Masa dah habis" kata seorang anggota polis kepada Hairul dan membawanya kembali ke dalam selnya.

Laaiqah tersenyum sendiri memikirkan rancangannya yang bakal berjaya.

Pintu gudang yang terbuka itu menarik perhatian abangnya, namun, pandangannya tidak langsung diangkat untuk melihat gerangan tersebut.

"Tch" Hairil berdecit.

"Berani kau jejak kaki kau dekat tempat aku tanpa rasa bersalah, kan?"

"Mana janji kau? Mana abang kau yang kau beria-ia sangat nak lepaskan dia tu?" soalnya sambil bermain dengan kotak rokoknya yang kosong.

Puntung rokok yang dipenuhi di serata tempat itu tidak dapat dikira betapa banyaknya dia telah menelan asap-asap berbahaya itu.

Meja kaca yang tadinya merupakan tempat dimana kakinya disilangkan kini ditendang kuat oleh Hairil membuatkan Laaiqah sedikit terhenjut.

"Mana!" tengkingnya.

Matanya dinaikkan melihat ke arah adiknya. Terus terbuntang kedua-dua matanya apabila melihat sosok yang sama sepertinya sedang berdiri di belakang adik perempuannya itu.

"Asal kau nak meroyan ni?"

"Kau...Macam mana?"

"Aku dah keluar dari kandang tu pun kau nak persoalkan?"

Badan abang kembarnya itu dipeluk dengan erat. Berkerut mukanya menahan sebak.

"Ish!" pelukannya ditepis oleh Hairul.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |حيث تعيش القصص. اكتشف الآن