Embun pagi kini membasahi kawasan hutan itu. Menjelang tengah malam, tiada lagi sebarang tembakan yang didengari mereka.
Anggota yang tercedera dengan cepat disandarkan pada pokok besar itu. Ada yang dibalut tangannya, ada yang dibalut lututnya, malah ada yang tidak sedarkan diri.
"Rayyan, GGK dah masuk malam tadi dan masih lagi sedang cari base musuh" maklum Zhafir Azzam kepada Rayyan Anaqi.
Matanya jatuh ke arah tangan ketuanya yang sedang menekup kuat lengannya bagi memberhentikan darah yang masih lagi mengalir laju.
"Kau ok tak?" tanya Zhafir Azzam apabila melihat kepayahan Rayyan Anaqi untuk mengangkat senjatanya.
"Sikit je. Asalkan tak mati, aku ok" balasnya dengan selamba.
Luka yang ditekup menggunakan tangannya sebentar tadi kini dilepaskan membiarkan darah itu mengalir membasahi seragamnya.
Matanya tidak lepas memandang seluruh persekitarannya supaya tidak diserang secara tiba-tiba oleh musuhnya.
"Lepas dah kahwin ni mesti hidup kau berubah kan? Dulu boleh la kata, kalau mati tak apa sebab hidup bujang. Tak ada orang yang lebih penting daripada negara"
"Sekarang, hati dah ditawan oleh seseorang. Nak tak nak, kena teruskan hidup. Betul?" ujar Zhafir Azzam memberi kata-kata motivasi kepada rakannya secara tiba-tiba.
Setiap butir katanya membuatkan Leftenan di sebelahnya memandangnya dengan pandangan yang dingin.
"Kalau ajal aku dah tertulis, tak ada apa yang dapat menghalang. Tapi kalau Allah dah tentukan yang aku masih lagi boleh bernafas di atas muka bumiNya, alhamdulillah" balas Rayyan Anaqi tenang.
"Eh, dah la! Ni, ada apa-apa berita tak dari dia orang?" soalnya memberhentikan topik yang tidak sepatutnya dibincangkan itu.
"Belum lagi tapi---" belum sempat dia bersuara, satu bunyi yang dilepaskan dari bom tangan memecahkan kesunyian di dalam hutan itu.
"Gerak!" arah Leftenan itu kepada pasukannya.
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pada pintu bilik mengejutkannya dari tidur lenanya.
"Mayra?"
Matanya perlahan-lahan dibuka untuk fokus kepada gerangan itu.
"Mama"
"Jom, kata nak ikut balik kampung" lengannya ditarik oleh mamanya dengan paksaan.
"Tak nak la, ma. Rayyan bukan ada sekali pun" jawabnya dengan mamai. Nasib sahaja air liur basinya tidak meleleh keluar dari mulutnya.
"Jangan mengada-ngada! Adik-beradik mama semua dah balik sana. Takkan kita tak bermasyarakat dengan dia orang pula"
"Mama pergilah dengan papa"
"Nope! Lagipun Rayyan suruh mama bawa Mayra balik kampung sekali. Dia tak benarkan Mayra duduk sorang-sorang dekat rumah"
Tangannya kembali ditarik oleh mamanya dan belakang badannya juga ditolak untuk dipaksa bangkit dari katil itu.
Dengan akur, Mayra Adelia terus berjalan mengikuti langkah Puan Ina. Bahagian penumpang di belakang menjadi tempat tidurnya.
Kini, dia bebas bermimpi hingga sampai ke destinasi.
Suasana di kampung pada pagi hari sangat indah. Kabus yang menutupi bukit-bukau, embun yang membasahi daun-daun, dan bunyi burung yang berkicau juga dapat didengari apabila menurunkan tingkap kereta itu.
Mata yang kuyu sebentar tadi terus segar dengan pemandangan sekelilingnya.
Sekali-sekala, dia akan berfikir tentang keadaan suaminya yang sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang perwira negara itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...