Sepanjang perjalanan pulang, fikirannya menjadi serabut dan bercelaru memikirkan apa yang telah berlaku antaranya dan lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Air mata tidak berhenti membasahi pipinya. Ibarat hujan yang berpanjangan membasahi laman bungaan.
Sekali-sekala diseka dengan kasar mutiara jernih itu.
'Macam mana kalau abang salah faham? Macam mana kalau abang bencikan Mayra?' bisik Mayra Adelia dalam hati.
Seluruh badannya menggigil ketakutan. Dia hanya memikirkan tentang apa yang akan berlaku jika suaminya melihat bukti-bukti palsu itu.
Sampai sahaja di hadapan rumahnya, matanya terus terpana melihat pintu rumah itu yang telah dibuka luas. Otaknya kembali memutarkan perkara yang negatif dan membuatkan dirinya kembali menggigil ketakutan.
Dengan perlahan Mayra Adelia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Sosok tubuh suaminya yang sedang berdiri statik di tempatnya membuatkan Mayra Adelia terus memeluk tubuh itu tanpa berfikir panjang.
Dirapatkan kepalanya pada dada bidang suaminya dan pelukan itu juga turut dieratkan.
"Abang, Mayra rindu abang" pelukan itu langsung tidak disambut oleh suaminya.
Mayra Adelia memandang pelik lelaki itu dan meleraikan pelukannya. Selalunya suaminya akan menyambutnya dengan riang, namun lain pula sambutan yang dia dapat pada kali ini.
"Abang kenapa ni? Abang penat ke? Nak Mayra buat air? Abang nak air apa? Mayra buatkan" tanya Mayra Adelia sambil tersenyum manis di hadapan suaminya. Tangannya naik mengusap wajah suaminya.
Namun, dengan kasar tangan lembutnya itu ditepis kasar oleh Rayyan Anaqi. Pandangannya terus teralih pada seluruh wajah suaminya yang jelas sedang merah menahan kemarahannya.
"Ini apa?" soalan yang diajukan oleh Mayra Adelia tidak dijawab malah soalan lain yang keluar dari mulut lelaki dihadapannya itu.
Sekeping gambar dihulurkan kepadanya dan terus membuatkan dirinya membisu.
Jelas, dia telah terlambat.
Mati kata. Itu sahaja perkataan yang dapat menerangkan situasi Mayra Adelia ketika itu. Satu perkataan pun tidak dapat keluar dari mulutnya. Dia tidak bersalah, tetapi kenapa dia tidak dapat mengatur ayat untuk menjawab soalan suaminya?
"Mayra Adelia! Aku tanya kau ni! Ni gambar apa?!" soal Rayyan Anaqi dalam tengkingan.
Dengan spontan Mayra Adelia megundurkan langkahnya dengan tengkingan itu.
Jika di kem, suara yang tegas itu boleh membuatkan semua anak buahnya menggigil ketakutan ibarat roh mereka telah di ambil oleh Leftenan itu.
Apatah lagi Mayra Adelia yang langsung tiada pengalaman melihat sisi suaminya yang tegas mahupun mendengar tengkingan daripada suaminya.
"Ma...Mayra tak tahu" kata Mayra Adelia dengan nada yang gagap.
Melihat sisi lain suaminya membuatkan Mayra Adelia menangis teresak-esak. Berkali-kali bahunya terhinjut menahan esakannya.
"Tak tahu? Kau buat apa dekat belakang aku selama ni?" soalnya lagi langsung tidak menghiraukan isterinya yang sedang teruk menangis itu.
"Kenapa tanya macam tu? Sumpah! Mayra tak tahu apa-apa! Mayra cuma temankan kawan pergi minum lepastu Mayra pengsan. Sumpah, Mayra tak tahu apa-apa! Tolonglah percayakan Mayra!" terang Mayra Adelia.
Gambar yang sedang digenggam kuat oleh Rayyan Anaqi diliriknya.
Lengan lelaki itu yang jelas menunjukkan uratnya yang menjalar makin membuatkan Mayra Adelia hilang peluang untuk mengembalikan kepercayaan suaminya kepadanya.

YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...