Bab 3

4.2K 178 12
                                    


Setelah berbulan lamanya tidak berjumpa akibat kekangan masa bekerja, akhirnya mereka berlima bertemu semula. Inara, Mia, Balqis, Zunira dan Shika. Hubungan persahabatan mereka terjalin sejak mereka bersama-sama menyambung pengajian di UK dan menyewa satu rumah bersama sepanjang lima tahun menetap di sana.

"Weh korang tak bosan ke asyik kerja je? Minggu depan dua hari public holiday kan? Apa kata kita naik cruise nak tak? Aku dengar ada kapal persiaran yang baru dilancarkan." Cadang Zunira yang juga merupakan seorang guru seni di sebuah sekolah swasta. Hari ini mereka berkumpul di Hi-Tea cafe setelah sekian lama tidak berjumpa.

"Aku setuju. Dah lama kot aku teringin nak naik benda alah tu" jawab Shika sambil menyedut air coklatnya. Shika atau nama sebenarnya Norashikah. Bekerja sebagai akauntan di salah sebuah syarikat pembinaan terkenal.

"Kau join tak? Kalau kau ikut, aku pun ikut gak. Tapi kalau kau tak, aku pun tak nak." Mia yang ralit memerhati dan menunggu jawapan daripada Inara hanya tersengih lebar berharap supaya Inara ikut serta percutian mereka. Maklumlah, Inara dan Mia ni dah macam kembar. Asyik nak melekat je sampaikan tempat kerja pun sama cuma skop kerja mereka yang berbeza.

Bab rumah tak payah cakaplah, walaupun keluarga Mia memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur, Mia lebih selesa tinggal di rumah sewa bersama Inara. Alasannya, lebih dekat kalau nak pergi tempat kerja katanya. Ibu dan ayah Mia yang sememangnya mengenali Inara dengan senang hati memberi kebenaran untuk Mia tinggal bersama Inara.

Inara melepaskan keluhan berat. Entah kenapa hatinya tiba-tiba tidak enak. Mainan perasaan je kot. "Kalau semua okey, aku on je." Balas Inara sambil tersenyum ke arah kawan-kawannya yang lain.

"Yeayyy! Holiday! Oh Cruise ku sayang, mu tunggu aku datang" Sorak Balqis yang terlebih excited. Yang lain hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala melihat telatah seorang Balqis. Balqis seorang fashion designer di butik milik ibunya dan disebabkan minatnya yang sangat mendalam terhadap dunia fesyen maka Balqis lah yang akan mewarisi legasi butik ibunya.

**************

"So amacam bro, jadi tak event next week?" Tanya Eiyad yang sedang ralit bermain dengan ipad pro miliknya. Eiyad El-Amin yang kebetulan berjumpa klien penting di area tempat Aryan bekerja, singgah sebentar untuk melawat sahabat baiknya itu.

"Jadi" Jawab Aryan sepatah.

"Jadi, next week aku nak korang tolong prepare apa yang patut sebab aku nak korang semua ikut aku. Jangan lupa inform Adzim, Hadi dan Qayyum." Sambung Aryan lagi. Mereka berlima akan menghadiri majlis perlancaran kapal persiaran yang baru sahaja beroperasi beberapa minggu lepas yang diberi nama Sapphire Sea Cruise milik syarikat Aryan iaitu Sapphire Global Group.

Aariz Aryan yang berusia 30 tahun telah memiliki perniagaannya sendiri. Beliau merupakan salah seorang ikon usahawan muda yang terkenal dan berjaya atas usaha dan hasil titik peluhnya dalam membangunkan syarikatnya sendiri. Aariz Aryan Ar-Rasyiq, nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan sama ada di dalam negara atau diluar negara. Pencapaian dan bakat beliau dalam mengendalikan syarikat perniagaannya secara global dan antarabangsa menjadikan dirinya salah seorang yang sangat berpengaruh dan mempunyai kuasa.

Selain terlibat dalam dunia perniagaan, Aryan juga mempunyai tanggungjawab lain yang sangat besar dalam pemerintahan negara.

"Beres bosskuuuuuu" Jawab Eiyad meleret dengan mulut yang memuncung ke depan dan tangannya dinaikkan gaya tabik hormat.

My Soul, Cassandra ©️Where stories live. Discover now