Bab 41

1.9K 89 23
                                    

"RIDICULOUS!!!" 

Aryan mulai berdiri dengan tangannya dihempas kuat di atas meja kerjanya membuatkan bahu wanita itu terhinjut. Dalam berani ada takutnya juga apabila ditengking sebegitu. 

"Now I know you!" Aryan perlahan-lahan mendekati Isabelle. Yes! She is Isabelle. Wanita yang ditangkap oleh Hadi berduaan dengan Aryan di sebuah hotel sebelum ini.

Kaki Isabelle turut berundur ke belakang apabila melihat wajah bengis Aryan yang semakin mendekat dengannya.

"Jadi malam tu, kau datang dekat dengan aku sebab nak perangkap aku?  Macam tu?!"

"Lapuk sangatlah cara kau tu betina murahan!" 

"Tadi kau cakap apa? 'Our babi'? Hahaha. Kau ingat aku ni bodoh sangat nak percayakan perempuan pelacur macam kau ni!"

Isabelle memandang tajam ke arah Aryan. Jari telunjuknya tepat ditujukan di depan muka Aryan. "You jangan cabar I Tengku Aryan! I ada bukti yang malam tu kita--" 

"SHUT UP YOUR FUCKING MOUTH BASTARD!!" Tengking Aryan kuat dengan menepis tangan wanita itu dengan kasar. Berani kau tunjuk muka anak raja macam tu ya perempuan.

"WhyYou takut kalau isteri you dapat tahu tentang hubungan kita? Takut rahsia you dengan I terbongkar? Macam mana lah perasaan isteri you kalau dapat tahu yang kita pernah berhubungan intim sampai I mengandung anak you." Ejek Isabelle membuatkan nafas Aryan semakin menderu laju. Hatinya semakin panas apabila perempuan itu mula membangkitkan isterinya Sandra dalam hal mereka. 

"Kalau you still tak nak bertanggungjawab, it's okay. Tapi you jangan menyesal! Sebab I takkan berdiam diri dan I akan pastikan yang isteri kesayangan you tu kenal siapa suami dia yang sebenarnya!" Ugut Isabelle semakin berani. 

Pang! 

Kepala Isabelle terteleng ke kanan sehingga terjatuh ke lantai akibat menerima tamparan kuat daripada Aryan. 

"Kau buka telinga kau luas-luas perempuan jalang! AKU AARIZ ARYAN SAMPAI MATI PUN TAKKAN BERTANGGUNGJAWAB DENGAN BETINA MURAHAN MACAM KAU!! KAU INGAT AKU TAK TAHU NIAT KAU! SETAKAT PEREMPUAN PELACUR MACAM KAU NI BERLAMBAK LAH DEKAT BAWAH JAMBATAN!!" 

"SEKARANG NI KAU BERAMBUS! JANGAN PERNAH MUNCUL DEPAN MATA AKU DAN JANGAN KACAU HIDUP AKU LAGI!" 

"DAN KALAU KAU BERANI LIBATKAN ISTERI AKU, GANGGU ISTERI AKU, MEMANG MATI KAU AKU KERJAKAN!!" 

"I'M A MAN WITH POWER! KAU TAK KENAL LAGI AKU SIAPA BETINA! JANGAN SAMPAI AKU HANCURKAN HIDUP KAU SAMPAI JADI ABU!! MARK MY WORD BITCH!! Ugut Aryan pula dan meludah tepat ke wajah Isabelle yang sudah kemerahan. 

Melihat Isabelle yang masih tidak berganjak, tangan Aryan pantas menarik rambut karat Isabelle dan diheret keluar dari pejabatnya dengan kasar sehingga ke tingkat bawah menggunakan tangga kecemasan. 

"Lepaskan I! Sakitlah. Kalau you tak kesiankan I tolonglah kesiankan anak kita." Pinta Isabelle dengan tangisan sambil tangannya menahan rambutnya yang ditarik oleh Aryan. Aryan tidak mempedulikan rayuan Isabelle dan terus mengheret Isabelle seperti anjing kurap.

Sampai di pintu utama bangunan Sapphire Global, Aryan tanpa belas kasihan mencampak badan Isabelle dan menyepak belakang gadis itu sehingga wanita itu jatuh tersungkur di atas jalan.

My Soul, Cassandra ©️Where stories live. Discover now