Bab 24

2.3K 87 23
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Sayang? Bukalah pintu ni sayang" 

Senyap. 

Awal pagi lagi, Aryan sudah bangun untuk melancarkan misi memujuk isterinya. Semalaman dia tidak boleh melelapkan mata kerana isterinya tiada di sisi. Hatinya tidak tenang memikirkan keadaan Inara. Aryan masih setia menunggu sambil tangannya mengetuk pintu kamar itu. Hampir lenguh tanganya apabila Inara masih tidak memberi respon. 

"Tak boleh jadi ni. Kalau terus macam ni sampai ke tahun depanlah aku kena ketuk pintu ni." gumam Aryan sendiri. Dia bukan tidak tahu sifat keras kepala isterinya itu kalau dah merajuk. Dia sendiri pun boleh hilang taring. 

Kunci pendua digunakan untuk membuka bilik tetamu. 

Klik! 

Pintu terbuka dan Aryan terus menuju ke arah katil. Keningnya bertaut pelik. Mana isterinya?Apabila melihat keadaan katil yang masih kemas dan seperti tidak disentuh, Aryan mulai cuak. Aryan berjalan menuju ke balkoni, tetapi kosong. Di tandas juga kosong. Bilik almari pakaian pula dibuka oleh Aryan, masih kosong sehinggalah matanya tertancap ke arah meja solek yang sederhana besar di sudut bilik tetamu itu. 

Kelihatan seperti ada sepasang kaki yang sedang mengunjur di bawah meja. Segera Aryan berjalan menuju ke arah itu dan bibirnya diketap menahan ketawa tetapi dalam pada masa yang sama dia kasihan melihat keadaan isterinya yang sebegitu rupa. Inara tertidur di bawah meja dengan keadaan duduk selepas semalaman menangis kerana dimarahi oleh Aryan. 

"Banyak-banyak tempat, bawah meja ni juga kau tidur Sandra." Aryan menggeleng dan cuba mengeluarkan isterinya dari situ. Jatuh kasihan Aryan apabila melihat wajah sembab isterinya dengan mata yang membengkak akibat menangis terlalu lama disebabkan ulahnya.

Inara yang tersedar ada sesuatu yang bergerak di badannya, terus membuka matanya dengan luas. Tangan suaminya ditolak kasar. Aryan yang melihat isterinya yang sudah terjaga itu tersenyum kekok. 

"Morning cinta hati hubby." ucap Aryan ceria. Tetapi dibalas dengan jelingan tajam oleh Inara. Hatinya masih bengkak mengenangkan setiap ayat yang keluar dari mulut suaminya malam tadi. 

Inara cuba berdiri perlahan-lahan sambil menahan perutnya. Aryan cuba membantu tetapi ditepis oleh Inara. Aryan faham keadaan isterinya yang tidak mahu disentuh. Sesiapa pun akan merasakan hal yang sama. 

"Sayang, hari ni abang cuti. Jom kita keluar jalan-jalan nak tak? Hubby pun dah lama tak keluar dating dengan kesayangan hubby ni" cadang Aryan berharap isterinya terpujuk. Inara berjalan menonong ke hadapan tanpa menghiraukan Aryan di belakang. 

"Ermmm apa kata kita keluar cari barang baby nak? Semalam doktor cakap apa kat sayang? Baby kita boy or girl? Kalau tengok dari gambar scan ni macam boy kan sayang?" tanya Aryan yang tidak berputus asa sambil memegang gambar ultrasound semalam. Inara berhenti melangkah dan berpaling membuatkan Aryan tersenyum. 

Gambar tersebut dirampas oleh Inara dari tangan Aryan kasar. "Ni gambar anak saya. Tak perlu nak susahkan diri awak ambil tahu tentang saya dan anak saya. Nanti tak pasal-pasal si bebal macam saya ni menyusahkan awak pula." ucap Inara senada dan terus berlalu masuk ke bilik mandi yang terletak di dalam bilik tidur mereka berdua untuk membersihkan diri. 

My Soul, Cassandra ©️Where stories live. Discover now