BAB 17

68 11 2
                                    

Mereka bertiga mengambil tugas membawa segala keperluan untuk dihidangkan di atas meja seperti pinggan, cawan, lauk pauk dan sebagainya. Tengku Sarimah memanggil mereka makan, yang berada di ruang tamu sambil menunggu mereka menghidangkan makanan.

"Zureen kerja macam mana?. Ok?." soal papa.

"Bolah lah. Baru lagi kan?. So, tak faham tu biasa lah." jawab penuh senyuman dan sopan.

"Farhan ajar tak macam mana nak handle?. Boleh faham ke apa yang dia ajar?." bertubi-tubi soalan ditanya oleh mamanya. Zureen memandang wajah Farhan dan Farhan pula membuat isyarat dengan jawab sahaja.

"Ermm, ajar...faham sangat-sangat. Tapi ada lah yang tak faham." sindir Zureen dan Farhan berpura-pura tidak tahu.

"Ish, apa ni?!. Dekat office discuss pasal office. Dekat rumah pun, discuss pasal office jugak ke?!." geram Najwa dan Zureen mampu tertawa sahaja.

"Ouh, pa. Projek Megah Holding tu, diorang agree sangat-sangat dengan presentation Zureen. Hebat tak isteri Farhan. Baru ajar sikit dah faham, dah buat orang suka dengan idea dia." sakat Farhan kepada Najwa.

"Hebat, hebat. Papa pun ada dengar jugak dari client, idea Zureen memang tip top!." layan lawak hambar Farhan lalu papa menyuap satu suapan.

"Abang!. Stop it!. Boleh tak discuss pasal lain?!." jelingnya.

"Wa bila nak kahwin?." tanya mama pula.

"Mama!. Apa ni?!. Kenapa tiba-tiba discuss pasal kahwin pulak ni?!." benggang Najwa.

"Kata nak discuss pasal lain?. Ni tengah discuss pasal kau lah ni?." kata Farhan.

"Kalau wa nak akak carikan, akak boleh tolong." sakat Zureen.

"Akak pun sama lah!." merajuk Najwa sambil memuncungkan bibirnya.

Pinggan dilicinkan hingga tiada sisa-sisa makanan dan lauk pauk yang masih berbaki, diletakkan ke dalam peti sejuk agar tidak basi. Zureen membancuh 2 cawan kopi untuk diberikan kepada papa dan Farhan yang sedang berbual di luar rumah sambil mengambil angin malam.

Ketika dia tiada kerja mahu dibuat, matanya melilau melihat gambar-gambar di atas meja mahupun tergantung di dinding. Dari Farhan dan Najwa masih tadika sehingga mereka berdua di universiti. Zureen tertawa melihat Farhan sewaktu kecil dan mengambil gambar sebagai kenangan.

"Cute jugak dia ni." katanya seorang diri.

Ketawanya terhenti melihat gambar mamanya disebelah kiri dan wanita yang tidak dikenali tersusun rapi di sebelah kanan pada dinding begitu juga di meja. Ia membuatkan tanda tanya, siapakah wanita yang bersama mereka di gambar-gambar itu?. Adakah itu nenek Farhan ataupun ibu kandungnya?. Tetapi, apakah status sebenar mamanya itu?. Dia mahu bertanya kepada Najwa, tetapi dia menemani mamanya berborak di dapur Farhan pula, masih bersembang bersama papa di luar dan dia lupakan saja pertanyaan di hatinya. Setelah dia membelek gambar-gambar itu, dia naik ke bilik untuk bersiap-siap menunaikan solat fardhu isya' berjemaah bersama Farhan.

Sesudah itu, mereka turun semula untuk meluangkan waktu bersama dengan menonton drama di ruang tamu. Mata Zureen bukan pada televisyen tetapi di dinding serta di meja melihat gambar-gambar yang berada di dinding serta di atas meja.

Terlihat Farhan duduk bersandar di kepala katil sambil membelek akaun Instagram, tangannya terkuil-kuil menandakan mahu berbincang akan tetapi dia agak takut dengan persoalan itu.

"Nak tanya ke tak?. Agak-agak dia terasa tak, kalau aku tanya pasal perempuan dalam gambar yang aku tengok tadi?. Arghh!. Nanti lah!." bisik hatinya dengan pasrah lalu berjalan menuju ke bilik air, dia terus menaiki katil dengan banyak berfikir tentang perempuan yang ingin dia ketahui itu.

"Kau nak cakap apa?." mata tepat di skrin telefon tetapi dia sedar akan Zureen yang mahu berkata sesuatu.

"Ouh, awak perasan eh?." selimut ditarik hingga ke pinggang.

"About what?."

"Sss...sayaaaa...nak tanya..." gagapnya.

Farhan geram dan memusingkan badannya ke arah Zureen dengan tenang dan "Tanya apa?."

Hati Zureen berdegup kencang melihat wajah Farhan namun, dia segera menyedarkan diri  lalu "Tadi saya tengok gambar-gambar family awak dekat ruang tamu."

"So?."

"Saya ternampak seorang perempuan agak sebaya dengan papa awak."

"And the question is?."

"Siapa perempuan itu?. Maksud saya, siapa mak cik itu?. Eh, tak, aunty?..." Farhan terus menjawab "Ibu kandung saya." senyumnya.

Mata Zureen hampir tersembul dan dia terus menghadap Farhan disaat mendengar jawapan dari Farhan.

"Mmm...mama?."

"Mama tiri saya. Any questions?." Farhan terlihat tenang dengan menjawab pertanyaan dari Zureen.

"Ibu awak mana?. It's okay, story aja dekat saya."

"Ermm, saya pergi toilet sekejap." dengan wajah yang tenang dan mengelakkan diri daripada bercerita tentang ibunya kepada Zureen. Dia tidak ada keberanian dan belum masanya untuk dia ceritakan kesemuanya kerana dia masih lagi mengumpul segala bukti serta saksi yang melihat kejadian itu.

Pintu bilik air ditutup dan dikunci, dia seperti tidak bermaya ketika mendengar sebutan ibu dari mulutnya sendiri. Cermin dihadapan di pandang, secara tidak sedar air mata mulai keluar dari kelopak matanya hingga mengalir ke pipi. Dia tidak tahan menahan kesedihan itu sejak 4 tahun yang lalu.

Zureen memandang ke arah pintu bilik air, lalu menghantar mesej kepada Farhan dan tidur. Beberapa minit kemudian, pintu bilik air dibuka perlahan dan ditutup kembali lalu duduk di atas katil melihat Zureen sudah nyenyak tidur. Telefon di atas meja lampu dicapai lalu menghidupkan telefon dan membaca mesej dari Zureen.

"Saya minta maaf atas persoalan saya tadi, buat awak terasa hati or teringat something yang awak tak boleh nak lupakan. If awak tak nak story, saya okay je, saya faham. Maafkan saya tau!. Goodnight my husband." mesej dari Zureen dan Farhan tersenyum dengan sendiri lalu memandang Zura yang sedang dibuai mimpi.

Oleh kerana dia tidak boleh tidur, dia bermain permainan video Mobile Legend, sehingga Zureen terjaga dari tidur melihat Farhan yang masih tidak tidur.

"Kacau kau tidur ke?." sedar Zureen terjaga dari tidur.

"Tak ada lah." duduk dan sandar di kepala katil.

"Sini lah." pelawanya. Zureen mendekati Farhan lalu kepalanya diletakkan di atas bahu Farhan dan melihat Farhan bermain. Dia sedar dan membiarkan Zureen tidur di atas bahunya, dia juga tertidur di atas kepala Zureen.














Renungan Rindu Where stories live. Discover now