BAB 35

79 7 0
                                    

Tap! Tap! Tap!

Kasut bertumit tinggi hampir seluruh tingkat 14 didengari. Berjalan ke bilik mesyuarat dengan selamba. Semua pekerja di situ berbisik sesama sendiri namun, dihiraukannya.
Thalia berdiri di hadapan mereka bagi menghalang laluan sambil bercekak pinggang. Mereka berdua berhenti. Pembantu wanita itu tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan. Tangan wanita berlagak itu bersilang di samping berpaling ke arah kiri.

"Kami datang ke sini atas urusan kerja." diakhir bicara disertakan senyuman.

"Appointment?" soal Thalia seperti tidak mempercayai.

"Thalia." panggil Luna dari arah belakang mereka. Thalia segera pandang dari mana datangnya suara itu.

Kepala Luna dianggukkan tanda mereka benar-benar datang kerana kerja. Dan meminta agar melepaskan wanita itu bersama pembantunya.

BUTANG dari telefon pejabat ditekan selepas berdering pemanggil. "Ada apa Luna?" lembut Farhan menegurnya terlebih dahulu.

"The meeting is ready Tengku." jawab Luna.

"Repeat again." tenang Farhan.

"Ouh, sorry Tuan. The meeting is ready Tuan Farhan." Luna memperbetulkan ayatnya.

Belum berkahwin ataupun sudah berkahwin, Farhan tetap tidak selesa jika dirinya digelar 'Tengku'. Walaupun dirinya dilahirkan dalam keluarga yang berada, panggilan 'Tengku' itu tidak wujud di dalam pejabat. Jika di pejabat, wajib memanggil dirinya dengan panggilan seperti 'Encik Farhan' atau 'Tuan Farhan' sahaja. Selain daripada itu, tidak dibenarkan sesama sekali. Dan jika di luar pejabat dan tidak melibatkan urusan pejabat, haruslah memanggilnya dengan nama sahaja.

"Puan Zureen dah panggil?"

"Sudah tuan. Sebelum saya inform Tuan, saya dah inform pada Puan dulu."

"5 minutes." ringkas Farhan sambil menilik kertas kerja.

"Baik tuan." lalu putuskan panggilan.

BUKU nota bersaiz sederhana dan sebatang pen dikeluarkan. Pintu bilik dikuak kasar. Tergesa-gesa dia mengejar mereka daripada belakang yang mengikuti mesyuarat pada hari ini. Tiba dibilik mesyuarat, pada masa itu juga seseorang memanggilnya dari arah belakang.

"Zureen!" panggil Ye Ying.
Pekerja wanita berbangsa cina. Dia menoleh sambil berjalan undur.

"I nak masuk bilik u hah, nak ambil sanitizer!" jari "ok" ditunjuk Zureen lalu menjawab "Atas meja!" Zureen membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke dalam biliknya. Dengan syarat, pastikan mendapat kebenaran darinya dahulu sebelum masuk. Senyumnya lantas berpaling tanpa melihat apa yang ada di hadapannya.

Langkah Farhan terhenti di hadapan pintu bilik mesyuarat, disaat melihat seseorang yang tidak sepatutnya berada di situ. Perasaan marah telah menguasai dirinya.

"Kau?" hairan Farhan.

Wanita itu tidak berpaling. Meja tempat dia termenung. Dia sedang menantikan seseorang masuk ke bilik mesyuarat.

Kbuk!
Dahi Zureen terlanggar sesuatu yang agak keras. Tangan terus mengesan kesan kesakitan pada dahinya. Dia menunduk untuk menghilangkan kesakitan. Tidak berdaya memeriksa wajah si pelaku yang berhenti di hadapan pintu.

"Aduh, ya allah! Sakitnya!" erang keakitan.

Tersedar tubuhnya dilanggar seseorang. Dia menoleh. Melihat siapakah yang melanggar dirinya? Sudah jelas Zureen di belakangnya sedang menahan kesakitan sambil sumpah seranah si pelaku tersebut. Pelaku itu menempatkan tangannya di atas dada. Menanti kepala si mangsa diangkat.

Renungan Rindu Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang