BAB 26

70 14 4
                                    

Waktu makan malam, mereka sekeluarga berkumpul di meja makan ada seperkara yang Farhan mahu dibincangkan begitu juga dengan Zureen.

"Pa." panggil serentak Farhan dan Zureen lalu memandang satu sama lain.

"Awak lah cakap dulu. perlahan Zureen.

"Kenapa ada masalah dengan company ke?." soal papa.

"Tak ada, pa. Cuma lusa Farhan nak pindah rumah. Rumah tu, dah lama terbiar."

"Huh?. Pindah?. Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu?!." bisik Zureen belum sempat Farhan membuka mulut Wawa mencelah.

"Nak pindah?. Ala, dah tak ada tempat nak bergosip." muncung dan merajuk Wawa.

"Kenapa tiba-tiba je ni?." soal mama.

"Rumah tu tak ada siapa nak duduk. So, boleh kan pa."

"Elok lah, kamu kan dah kahwin. Apa orang kata, nak privacy. Papa onzz je, yang penting menantu papa nombor one!."

"Amboi pa, lebihkan menantu nampak?."

"Entah papa ni. Suka lebihkan menantu daripada anak sendiri."

"Zureen nak cakap apa?." soal papa.

"Kawan Zureen, Hilya menang contest and dia ajak Zureen pergi Korea dengan dia. Boleh tak, Zureen ikut?." soal kembali.

"Korea?." serentak mereka.

"Nak ikut." rengek Wawa.

"Tak boleh, tiket ada 3 je."

"Siapa lagi sorang?." soal Farhan.

"Bila perginya?." soal mama.

"Next week, seminggu je pergi."

"Siapa lagi sorang?." soal sekali dengan wajah yang agak tenang.

"Dengan siapa lagi, dengan housemate dia lah."

"Aii, abang. Takkan dah jealous kot?." sakat Wawa.

Tatkala Zureen masuk ke dalam bilik, setelah dia menjadi pengajar Wawa tentang pelajaran yang dia tidak fahami dia berjalan ke bilik air dengan keletihan. Melihat Farhan yang masih lagi bermain tablet dengan duduk berlunjur di kepala katil, dia mahu berbincang sesuatu.

"Awak."

"Hmm."

"Sebelum kita pindah, boleh tak kita visit ibu dengan ayah?. Rindu lah dekat diaorang."

"Esok lepas kerja visit diaorang tapi, sekejap je."

"Kenapa?. Lama lah sikit."

"Siapa nak tolong saya packing barang?."

"Awak sorang lah." senyumnya dan menarik selimut lalu baring.

Mata dibuka perlahan, pandangan terus beralih ke sampingnya melihat Farhan sudah tiada di atas katil dengan itu dia terus bangun dari katil dan bersiap-siap pergi ke pejabat. Bedak solekan diratakan supaya tampak sekata, Zureen mengenakan solekan yang nipis saja. Senyuman terus terukir di hadapan cermin, setelah dia bersiap dan satu mesej dari Farhan dengan wajah yang agak ceria dan bertukar reaksi wajah sedikit kecewa.

"Sorry, saya ada kerja dekat luar. Awak naik dengan papa boleh kan?. Jangan risau, petang nanti kita pergi rumah ibu."

"Ok." dibalas pendek olehnya.

Walaupun sedikit kecewa untuk dia mengusik Farhan di pagi hari tidak berkesampaian, dia tetap senyum di hadapan keluarga mertua ketika mereka bersarapan bersama.

Renungan Rindu Donde viven las historias. Descúbrelo ahora