BAB 44

55 10 0
                                    

PINTU kereta ditutup sebaik sahaja Farhan keluar. Terlihat sebuah kereta parkir di hadapan keretanya. Kereta ini bukan milik Zureen. Siapakah pemilik kereta ini?

Farhan masuk tanpa teragak-agak. Tambahan, ada seseorang mahu menyasarkan isterinya. Bangunan gelap gelita itu dibantu lampu suluh di telefonnya bagi memudahkan perjalanan. Memandangkan sekeliling bergantung pada lampu suluh, dia mencari kelibat Zureen atau seseorang yang pemilik kereta di luar. Namun, tiada seorang pun dia kelihatan.

Ada sesuatu objek yang menarik perhatian Farhan. Dia melangkah ke eskalator dan berpijak ke tingkat 2. Setiap penjuru dia memeriksa.

Selangkah demi selangkah, Farhan bergerak ke garisan polis. Satu per satu soalan terlintas di benak. Mengapa Zureen pergi ke tempat sebegini?

Semakin Farhan menghampiri tempat kejadian, semakin laju degupan jantungnya. Kedua kaki menggeletar namun, dia gagahkan diri demi menyelamatkan Zureen. Hanya doa dan tawakal sahaja dititipkan.

Dalam satu masa, Anaqi, Zureen dan Farhan menyergah antara satu sama lain. Pergerakan yang sama dilakukan oleh Anaqi dan Zureen.

Mereka berkesempatan untuk membuat pengecaman. Berkerut-kerut dahi mereka dan wajah inilah yang melakukan kekecohan di balai Anaqi.

"Farhan?" Zureen tidak menyangka Farhan mengetahui tempat ini.

"Sayang? Sayang buat apa dekat sini dengan mamat lagak inspektor ni?" Bimbang Farhan.

Anaqi merengus geram lalu menurunkan pistol. Ikutkan hati, mahu saja dia menembak di kepala jejaka perasan hero itu.

"Kau tu, buat apa dekat sini? Kes ni tak ada kaitan dengan kau pun!" Berang Anaqi sambil menjeling.

"Aku cari isteri akulah bonggok! Kau buat apa dengan isteri aku? Sayang, dia ada buat apa-apa dekat awak ke?" Sekali lagi Farhan bimbang.

"Ish, tak adalah. Boleh tak kau orang jangan bergaduh?" Amaran Zureen.

Anaqi dan Farhan terdiam seketika.

"Tak apalah Mawar, kes ni kita bincang lain kali ajelah." Anaqi mengalah.

Farhan masih tidak puas hati.

"Sekejap! Apa hubungan kau dengan isteri aku? Kenapa kau panggil dia Mawar? Apa kaitan isteri aku dengan kes kau?" Bertalu-talu soalan Farhan seraya merenung tajam pada mata Anaqi.

Pada masa yang sama, Zureen berjalan ke belakang Farhan dan mengetuk antara leher dan tubuh Farhan. Teknik ini digunakan untuk memengsankan musuh. Secara automatik, Farhan terkejut, pandangannya kabur dan terus merebahkan tubuhnya ke lantai.

Terperanjat Anaqi dengan tindakan Zureen yang melulu itu. "Mawar!"

"Jangan risau, dia pengsan je tak mati." Jelas Zureen.

7 minit kemudian, perlahan Farhan membuka mata. Penglihatannya sama-samar. Objek pertama yang dilihat adalah kusyen kereta. Kepalanya yang berdenyut dipicit perlahan. Leher serta tubuhnya terasa sakit akibat diketuk buatkan dia bangkit dari menyandar.

Farhan merasakan ada seseorang sedang merenungnya dengan tajam di sebelah. Sedikit pun tidak beralih. Pantas dia menoleh.

Rupanya Zureen duduk bersila menghadapnya sambil bersilang tangan. Renungan tajam isterinya buatkan hati Farhan terpikat. Dia menghela nafas lalu bersandar semula.

"Macam mana saya ada dekat kereta orang lain ni? Tadi bukan ke, kita berdua dekat dalam tu?" Persoalan Farhan buatkan Zureen menyampah.

Zureen melirik tajam mata memandang Farhan selar menyampah. Sudahlah menimbulkan kekecohan dalam bangunan, pura-pura tanya pula! Jika penjenayah mengintip mereka sedang berbual di dalam sana, bagaimana? Tidakkah mereka mencari nahas di situ?

Renungan Rindu Where stories live. Discover now